Diceraikan Talak Tiga Semasa Mengandung II

Untuk part I, (https://iiumc.com/diceraikan-talak-tiga-semasa-mengandung/).

Terima kasih admin atas penerbitan luahan yang pertama. Seperti yang dijanjikan, aku akan tuliskan bahagian kedua dan terakhir di sini.

Sebelum mulakan, aku ada terbaca respon pembaca-pembaca yang menganggap cerita ini tak benar dan mengandaikan bahawa Niki tak lebih daripada watak seekor haiwan.

Satu perkara je yang aku nak ulas; benda ni tak terjadi lagi pada batang hidung sendiri sebab itu boleh bercakap dan jadikan bahan jenaka. Dan aku doakan, korang tak akan melaluinya.

Niki ambil keputusan untuk bercerai dengan Ilham atas desakan dan pujuk rayu Fazli. Waktu itu, Niki dan Fazli tiada hubungan yang sah.

Apa yang aku tahu, Fazli waktu itu dalam proses untuk berpisah dengan isterinya… sebab itu Niki bersetuju untuk tinggalkan Ilham untuk bersama Fazli.

Akhir cerita, Fazli sebenarnya menipu. Isteri yang kononnya ingin dipisahkan rupanya sedang sarat mengandung.

Lepas tu, Niki ambil keputusan untuk tinggalkan Fazli, atau Fazli yang tinggalkan Niki lepas dah kantoi… aku pun tak berapa pasti.

Dalam masa setahun lepas tu, Niki berkenalan dengan Aizal. Oh ya, lupa nak ceritakan keberadaan anak-anak Niki. Anak-anaknya ada di rumah bekas mentua, kecuali yang sulung.

Setiap butir-butir maklumat yang aku tahu semua datangnya daripada mulut anaknya, kalau bukan dari tuan badannya sendiri.

Kadang-kadang aku kasihan juga dengan anaknya, muda lagi dah terpaksa ikut maknya ke sana sini dan terpaksa saksikan drama yang tak berkesudahan.

Selepas Niki berkahwin dengan Aizal, kami sangkakan semua penderitaan Niki akan berakhir, tapi jauh sekali dengan realiti yang terjadi.

Aizal bukanlah manusia sama yang kami kenal sebelum dia bernikah dengan Niki. Aizal seorang yang panas baran. Mereka kerap kali bergaduh atas sebab-sebab yang remeh.

Saksinya? Anak sulung Niki yang duduk serumah. Aizal berubah 360 darjah selepas berkahwin.

Mungkin dia sebenarnya tak berubah, tapi mula tunjukkan perangai sebenar selepas kahwin. Mak bapak aku pun dia tak hormat.

Masih aku ingat, ada satu masa tu bila Niki bergaduh dengan Aizal sampai Aizal naik tangan, mak bapak aku tolong hantarkan Niki ke balai polis untuk buat laporan polis.

Lepas selesai semua urusan, Niki dihantar balik rumah tapi Aizal kuncikan pintu. Ya, dia kunci pintu tak nak bagi isterinya masuk.

Aneh betul perangainya, macam budak-budak. Lepas kunci dah berjaya dipecahkan, rupanya dia tidur dalam bilik. Mak aku pun apa lagi, hembus terus jantan tu. Yang terkejutnya, dia melawan. Mulutnya lancang.

Waktu itu, terlintas pula dalam fikiran aku “patutlah bini lama kau minta cerai.” Pertama kali aku jumpa dengan jantan berumur lewat 30-an yang berperangai macam budak-budak.

Dalam beberapa bulan mereka hidup bersama, macam tulah perkara yang jadi. Sekejap gaduh, sekejap berbaik.

Hinggalah suatu masa tu, entah macam mana Aizal lafazkan cerai talak tiga sewaktu Niki berada di awal kandungan. Aku tergumam juga waktu Niki ceritakan hal tu menerusi WhatsApp.

Nak rujuk pun dah tak boleh dan akulah yang terpaksa tolong Niki uruskan proses penceraian. Kena pergi balai polis, cetak borang penceraian dan sebagainya.

Sebagai orang yang bertanggungjawab membantu Niki uruskan segala hal, aku sebenarnya sedar bahawa dia banyak terseksa; itu semua atas sebab dia meminta cerai dari Ilham.

Banyak andaian yang aku buat dalam kepala; “kalaulah dia tak minta cerai daripada Ilham…” “kalaulah dia tak ikut Fazli…” “kalaulah dia berfikiran waras sikit sebelum bernikah dengan Aizal yang baru dia kenal… semua ini tak akan terjadi.”

Sekarang dia terpaksa menjanda sambil membawa anak dalam perut. Sejujurnya aku cuma kasihan. Pergi klinik untuk buat pemeriksaan bayi secara berkala pun sendirian.

Perempuan lain dihantar dan ditemani oleh suami sendiri, tapi dia terpaksa hidup dengan keadaan macam tu. Tu semua sebab nafsu.

Nafsu nak ikut Fazli, nafsu yang kononnya hidup dia akan berubah, tapi rupanya semakin teruk. Makan pun kadang-kadang tak cukup. Itu pun dia berangan nak kembali bersama dengan Ilham, tapi Ilham tak mahu.

Kepada wanita di luar sana, sebelum berkahwin, kenallah dulu lelaki tu betul-betul. Kalau kau rasa perangai dia kau dah kenal, tanya orang sekeliling dia.

Sebab tu pentingnya kau kenal keluarga dan kawan-kawan dia juga. Jangan jadi macam kakak aku. Dalam rasa kasihan, aku sebenarnya geram juga.

Jauh dalam sudut hati aku, nak aje aku padankan muka dia sebab buat keputusan bodoh yang membawa kepada kehidupan dia yang sekarang.

Bukan saja diceraikan talak tiga, keadaan diri dia pun macam orang tak cukup makan. Jauh beza dengan keadaan dia masa masih bersama Ilham dulu.

Kalau korang rasa suami atau pasangan korang kedekut, fikirlah benda-benda baik lain yang pernah dia buat selama ni.

Jangan gadaikan kestabilan kewangan dan kepercayaan orang yang sayangkan kau hanya sebab angan-angan dan wang ringgit semata.

Sekian.

– Eusoffe (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *