Hasutan Syaitan atau Masalah Psikologi?

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih pada admin sekiranya kisah aku disiarkan dalam page ni.

Sedikit pengenalan diri, nama aku Rin (bukan nama sebenar) berumur 28tahun. Tanpa membuang masa jom aku nak mula bercerita, korang duduklah dulu.

Aku mulakan kisah ni dari zaman bujang aku supaya korang faham. Aku lahir dari keluarga yang sederhana, yang pada awalnya tidak mementingkan agama.

Parents aku seorang yang garang tapi dalam masa yang sama mementingkan pelajaran kami.

Awalnya aku dihantar mengaji, fardhu ain dan sebagainya tapi bila parents aku tak cukup duit jadi aku berhenti.

Dan dalam umur aku 28 tahun aku masih belum pernah khatam al quran. Aku boleh baca al quran tapi mengejalah.

Hidup aku penuh dengan kongkongan, tak boleh keluar tak boleh join lawatan sambil belajar, tak boleh tidur rumah kawan, tak boleh mandi lama lama. Segalanya tak boleh.

Makin membesar aku makin stress, aku kerap dipukul dan dimaki oleh parents aku, pantang salah sikit mesti aku dipukul dengan batang ampaian dengan dawai, tali pinggang dan sebagainya, aku makin memberontak.

Aku mula toreh tangan, pukul diri sendiri sehingga lebam lebam, aku makan ubat berlebihan, aku campur panadol dengan coke, aku seksa diri aku. Aku rosakkan diri aku.

Setiap kali aku kena pukul, aku akan toreh tangan aku dengan jarum selapis selapis, dari kulit luar sehingga nampak isi putih sehingga last sekali baru darah keluar tapi bukan bertujuan untuk bunuh diri just sakitkan diri untuk lepaskan kemarahan yang ada.

Bila di rumah, aku kena settle kerja rumah sebab parents aku bekerja. Aku mula berimaginasi, seolah olah ada satu babak cerita bermain dalam fikiran aku. Aku bercakap dan bermain sorang diri.

Kalau ada adik beradik atau parents aku kat rumah, aku bercakap dalam hati. Aku yang bertanya, aku yang jawab.

Sampailah hari ni andai aku bersendirian fikiran aku mula mainkan babak cerita seolah olah sedang bekerja, bercakap dengan kawan.

Bila aku memasak, aku bercerita apa yang aku masukkan sambil memasak. Ada masa aku bercakap dalam hati, ada masa aku bercakap mcm biasa tapi slow jela. Cukup untuk aku seorang je yang dengar.

Selepas aku berkahwin, aku duduk dengan keluarga mertua. Makin lama aku semakin bermasalah dengan keluarga mertua. Aku mula memerap.

Aku semakin down, aku rasa aku tiada sesiapa, aku tak berguna, tak patut berkahwin dengan suami, hanya menyusahkan suami dan sebagainya. Nasib baik suami aku baik.

Dia selalu nasihatkan aku, selalu puji aku. Jadi aku lebih tenang bila suami ada disisi. Tapi, bila suami bekerja aku mula berimaginasi lagi, macam2 babak cerita bermain dalam kepala aku.

Ada masa apa yang menjadi masalah aku dengan keluarga mertua mula bermain balik dilayar fikiran aku.

Masa tu aku mula jadi marah, sakit hati, dendam dan sebagainya. Bila aku mula rasa tak boleh kawal kemarahan tu baru aku beristighfar, kadang kadang aku pasang lagu aku menyanyi untuk alihkan fikiran aku dari terus berfikir bukan bukan.

Tambahan, selepas bermasalah dengan keluarga mertua, aku mula bermimpi melakukan perkara yang tak sepatutnya dengan ipar aku. Fikiran aku makin terganggu, risau iman senipis kulit bawang ni goyah.

Jadi sekarang, kalau aku tak memerap, aku follow suami ke tempat kerja melepak. Kalau tak, aku keluar beli barang sorang sorang untuk elakkan dari fikiran aku melayang bukan bukan bila aku tak ada apa nak buat.

Aku masih boleh buat kerja macam orang lain. Memasak, mengemas, dan sebagainya. Tapi aku bermasalah dengan fikiran aku.

Kadang kadang aku terfikir, normal ke aku? Atau aku ada masalah psychology? Aku pon tak tahu. Aku tak berani nak bercerita dengan sesiapa tentang masalah aku, aku takut orang cakap aku gila. Aku takut kalau orang takut dengan aku.

So aku gunakan medium ni untuk aku luahkan segala yang terbuku sebab tak ada sesiapa yang mengenali aku.

Sekarang aku baru mula nak solat balik. Terpaksa recall bacaan dan sebagainya sebab dah lama tak solat.

Korang, doakan aku dapat keluar dari masalah yang aku hadapi ya. Terima kasih.

– Rin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *