Dilema Sekeping Hati

Assalamualaikum semua. Nama saya Elle. Mid 20s, kerja dalam range B40 tapi cukup, blessed with 2 awesome kiddos.

Elle tahu dalam page ni dah berulang-ulang cerita yang sama, tapi Elle tetap buntu dan mohon sesangat pandangan korang/pengalaman sendiri lebih elok.

Soalan Elle simple je, cerita background yang panjang tu :’)

“Ada tak pasangan yang kembali bahagia selepas episod curang?”

Ceritanya macam ni… Elle baru sahaja PJJ dengan suami, Elle namakan dia Zada je la.

Sebelum PJJ, Elle memang dah expect dia akan curang pun sebab few times Elle terbaca conversation dia dengan seorang perempuan ni, Elle bagi nama Pink la dekat dia. Sebab sama warna dengan binatang tu.

Anyway, Zada ni tak tahu la kenapa, maybe tak berapa cerdik, link WhatsApp dekat laptop and Elle kadang² kalau dia lupa log out, Elle baca la chat dia dengan Pink.

Masa ni ok ok la, chat dia macam kawan yang sangat rapat gitu. Cuma ada la Elle terasa hati sikit sebab dia mesra dengan Pink, tapi dengan Elle tak.

Sebelum Elle cerita lebih jauh, Elle memang mengaku dengan korang yang Elle bukanlah perfect wife. I try very hard.

Cuma Elle manusia biasa… Elle tak tahu silap dia mana or which exact point tapi memang perkahwinan dengan Zada memang terumbang ambing pun.

Miscommunication memang selalu. Zada pun ada sejenis perangai panas baran yang mana dia tak boleh ditegur, tapi bila dia nak tegur Elle, on the spot dia akan tegur walaupun depan orang, dengan tinggi suaranya.

Dulu Elle muda memang melawan la juga, tapi lama kelamaan Elle jadi pendam dan malas nak layan sebab memang no point bertekak dengan Zada ni sebab apa pun yang terjadi, point dia Elle tetap salah…

Zada pun ada satu isu besar dengan Elle yang mana Elle memang tak dapat bantu dia walau sekuat mana Elle mahu.

Elle obes, dan Zada memang sebolehnya setiap hari remind Elle tentang hakikat ni. Macam rumah kami tiada cermin. To be fair, Zada pun bukanlah jenis fit.

Dia pun buncit berisi dan lebih rendah daripada Elle. Tapi mcm biasa la, bila Elle point out, dia salahkan Elle balik… Sabor je lah.

Bagi Elle, memang dah cuba positif ya sejak dulu. Cuba terapkan dalam hati yang Zada sayang bini, Zada taknak bini sakit, sebab tu dia suruh kuruskan badan.

Tapi kalau benda tu jadi daily reminder, mental Elle dibuatnya. Manakan tidak, Elle kerja dalan stressful industry, kadang² terskip meal tu biasa.

Kerja Elle perlukan decision making, banyak fikir dan sebagainya. Kadang² otak deprived… Tapi bila Elle buka mulut makan or minum je…

Zada akan tegur. “Haa makan benda macamtu, patutlah tak kurus” “Bila nak kurus macam ni” dan sebagainya. Elle senyap je la angguk² sebab entahlah.

Malas dah nak cerita apa² pada orang yang tak faham kita. Dia juga ada habit untuk pick up and drop off Elle lebih jauh daripada tempat sepatutnya diiringi dengan statement “Jalan sikit, supaya cepat kurus” :’)

Bagi Elle pun, satu lagi sebab Elle tak berapa nak put effort, firstly Elle percaya Elle lebih sihat daripada colleagues. Sebab Elle banyak bergerak. Bila ada medical check up, colleagues yang kurus kering la biasanya sangkut bab kolesterol.

Elle cuma obes la… And Elle memang sedar hakikat tu, sebab ada cermin. Tipulah kalau Elle kata Elle tak nak kurus, tapi Elle taknak la buat sebab setiap hari kena bodyshaming dengan suami sendiri.

Atau yang lebih tepat lagi, Elle rasa kalau Elle nak kurus pun, bukan untuk Zada. Sebab dia pun bukannya worth to fight for… Like, apa je jasa dia sebagai suami, dan kenapa Elle kena pertahankan dia?

Kenapa Elle kata macam tu, first memanglah sebab dia panas baran tu. Even dengan anak² pun sama.

Kadang anak sulung Elle tanya soalan, dia akan perlinya budak tu sebab bagi dia soalan tu soalan bodoh. Eh, Elle yang dewasa ni pun kecik hati kalau kena sindir macam tu, ni pula budak.

Elle pun tak nafikan la soalan anak ni kadang tak masuk akal tapi kenalah faham gap umur dan knowledge juga…

Secondly, bab anak² Zada memang lepas tangan dekat Elle. Iron baju sekolah, susun buku sekolah, bahkan makan minum pun semua dekat bahu Elle. Kalau Elle tak buat, dia pun tak buat lah.

Kerja dia tengok Youtube, main phone. Dia pun ada satu expectation yang Elle turut kena kemas rumah. Eh habis tu kalau semua Elle… Dia buat apa?

Padahal sama² kerja. Bahkan kerja Elle lebih teruk daripada dia… Kalau Elle terpaksa OT dan minta dia tengok anak pun, most of the time dia akan biar anak² dia pergi ke rumah mak Elle yang dekat. So dia duduk rumah tengok Youtube, still tak mengemas.

Satu lagi masalah dengan Zada ni, bila Elle overworked myself as employee, mother, wife, Elle tak pernah ya tolak ajakan dia semua kecuali period.

Elle memanglah mengharapkan sedikit penghargaan. Thank you pun dah cukup berharga. Berapa tahun dah tak dengar dia cakap.

Dia akan cakap, bila Elle minta. Kalau tak, haram lah nak dengar. Elle paling terasa bab birthday Elle dulu, dia cuma beli kek sahaja. Tu pun lepas Elle update status mengatakan ni birthday paling hambar. Hahahaha.

Sedih teringat masa tu… Elle jenis tak berkawan sangat sebab fokus kerja & keluarga, jadi kita memang harap dekat suami je lah untuk bahagiakan kita kan. So lepas kek tu… Elle pun duduk la rumah tunggu kot ada surprise delivery bunga ke, bawa dinner ke…

Tapi sampai ke 12 malas, semua tak ada… Hehehehe. Lepastu scroll IG, scroll Tiktok tengok laki orang punya effort… Hmm takpelah :’) Elle makan hati sendiri. Tapi, Elle still communicate dengan dia. Elle bagitahu Elle sedih diperlakukan macam ni.

Elle whatsapp dia juga. Zada reply apa? “Sorry tak pandai nak romantik mcm orang dekat IG senua” okay… Faham… Elle memang tahu Zada ni sejenis tak romantik… Tapi… Ingat part ni kengkawan, sebab rupanya Elle salah menilai suami sendiri.

Oh pasal birthday tu, lepas Elle meroyan, esoknya Zada kelam kabut la cari rantai emas untuk Elle. Berminggu Elle tak buka hadiah tu sebab merajuk…

Tapi ayat Zada “hargailah sikit orang cari time panas² pening kepala semua tu” hahahahaha dah satu hal aku kena hargai dia pulak.

Zada pun tipu Elle dia kata sebenarnya hadiah dah beli cuma belum check out dekat Shopee. Elle check dekat app dia, takde pun. Dasar penipu…. Hahahaha.

Oh selang beberapa bulan lepas birthday Elle, Zada ada wish birthday adik dia dekat group. Memang sweet la siap dengan wish semua…

Bila Elle cakap dengan dia, untunglah adik awak dapat wish camtu… Zada perli Elle, dia kata “ok lah lepas ni birthday awak kita sambut dekat hotel 100 star” Hmmmm….

So tu cuma tip of the iceberg je la… Banyak lagi Elle makan hati dengan dia, tapi Elle ignore je la. Sebab dia kan ayah kepada anak². Sakit hati semua memang tak tipu.

Cuma bagusnya dia akan bagi hampir semua gaji untuk Elle manage… Sebab dia jenis tak pandai belanja sangat. Boros. Elle pandai urus duit dia apatah lagi dengan keadaan kerja dia tak tentu, bila dia jobless Elle akan top up dengan gaji yang dia pernah bagi.

Anyway fast forward lah, akhirnya Elle bantu Zada untuk dapatkan kerja tetap. Macam biasa, sepatah haram terima kasih tak keluar dari mulut dia. Tapi dia ucap je terima kasih dekat orang lain, kecuali Elle.

Elle bersyukur la juga, akhirnya ada kerja tetap lepas hampir sedekad kahwin kerja terumbang ambing sara anak bini ni kan. Kerja dia pun memang Elle tolong apply, submit resume apa semua.

Jadi bila dia dapat kerja tu, dia berkeras nak balik kampung dia hujung dunia tu. Elle kata Elle akan ikut, cuma bagi masa sikit sebab Elle ada sikit komitmen dengan tugas sekarang dan pada family Elle. Elle minta lah dia tunggu sekejap…

Tapi satu yang berubah sejak dia pindah dia dah tak bagi gaji. Dia bagi alasan kita sekarang dua dapur, dia nak pakai banyak duit. Which Elle tak kisah patutnya, asalkan dia beritahu. Sebab Elle besarkan anak² dia.

Memang dia minta nak jaga sorang tapi dengan history dia pukul anak, memang tak lah Elle nak bagi lagi pula dia jauh macam tu.

Sebelum dia pergi, Elle memang ada instinct dia akan teruskan dengan Pink sebab Pink adalah orang kampung dia. Cuma tu lah… Tak sangka, dan walaupun Elle tak sayang dia mana, lukanya tetap dalam ya.

Elle tak dapat bayangkan apatah lagi kelukaan wanita lain yang memang bergantung harap dengan suami bila diduakan. Lagi satu, Elle jenis bukan share kebahagiaan sangat. Sebab tak bahagia pun at first place hahahahaha.

Point yang menghancurkan hidup Elle adalah sejak hari tu Elle bawa anak visit Zada di tempat baru dia bertugas. Elle masih boleh buka phone dia…. So Elle nampak… Mesej² macam love you, wish good night dan sebagainya. Yang menghancurkan Elle bukan mesej tu.

Tapi sebab, sepanjang hampir sedekad berkahwin, sekalipun Zada tak pernah ucap benda macam tu pada Elle dulu. Elle yang kena initiate I love you, baru dia reply love you too. Elle yang kena cakap good night, baru dia reply. Sebab dia kata dia tak romantik kan.

Tapi dengan Pink?? Lahhh boleh je rupanya. Romantik lebih lembut lidah daripada tulang.

Anyway Elle rasa panjang pula dah kali ni. Sementara Elle karang part 2 (kalau ada sambutan haha), boleh tak bagi pandangan korang.

Adakah hubungan boleh pulih selepas episod curang? Apakah Elle perlu undur diri atau beri peluang?

– Elle (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *