Diri Kamu Adalah Sebaiknya

‘Hei! Budak buruk tepi lah semaklah.’

‘Hoi! Budak muka macam babi ‘.

‘SPANAR MUNCUNG TIRUS ‘

‘Sudahlah muka babi, pendek pulak semaklah tgk muka kau.’

Melalui ejek kan itu membuatkan saya hanyut dalam dunia ciptaan saya itu,

Di kala saya tidur saya membayangkan yang mana berada di sebuah tempat yang sungguh indah penuh dengan keindahan sepertimana dalam cerita ‘maleficent’.

Indahnya tiada kata -kata nista, hinaan dan juga pandang rendah terhadap orang lain.

Itulah adalah hinaan yang saya dapat di sekolah, ingatkan kalau disekolah sudah lepas namun tidak.

Saya juga menjadi mangsa pembulian oleh saudara mara pulak, dilemparkan dengan bermacam -macam hinaan.

Saya menjadi mangsa pembuliaan oleh seorang saudara dan juga bapa saudara saya. Saya akui saya seorang yang lemah dalam pelajaran.

Kiranya kalau exam tu memang ke belakanglah berbanding dengan adik -adik yang lain yang ada diploma, ijazah dan paling tinggi yang iaitu di jordan yang bongsu sekali.

Setiap kali kalau ada exam yang besar cth upsr, pmr atau spm pasti saya akan di bandingkan dengan adik -adik beradik.

Macam -macam kata hinaan yang saya dapat, letih memang letih dengan letih dengan segala hinaan itu bermacam -macam hinaan yang saya.

Saya bagaikan pengemis ke sana, sini. Saya di hujan kan dengan hinaan seperti. ”Esok kalau kamu dah habis sekolah jangan pernah datang depan muka, penyemak dah lah bodoh.”

Saya pernah ingin melihat konset Dato Sri Siti Nurhaliza ketika itu raya, sedang asyik melihat tiba -tiba datang seorang bapak saudara ini dia berkata dan terus memadam TV,

“TV ni akan pasang balik kalau budak nak yang dilahirkan bodoh ini blah”. Saya di tolak macam kan bola.

Yes! Jujur saya katakan jika bukan dalam agama itu mengharamkan SIHIR DAN SANTAU.

Maka satu demi satu saya sakitkan sehingga kesakitan memamah kedalam tulang betulang. Namun jika saya melakukan sedemikian saya yang rugi.

Apa yang boleh buat saya bertenang ialah dengan menulis dan juga makeup itu saja yang boleh saya bertenang.

Namun bukan senang, ialah bila kita tak kurnian wajah cantik maka semua akan menjadi salah. Bila tiba raya sepatutnya adalah sesuatu yang amat mengembirakan namun, tidak pada saya.

Apa yang pakai, apa yang ada semua bagaikan salah, bahkan saya bersolek sikit pun di katakan miang nak menggoda jantan.

Sehinggakan saya tertanya apa salah saya, bukankah nak cantik itu adalah fitrnah setiap wanita. Apakah hanya tiada kepandaian, kecantikan maka wanita itu tidak layak untuk merasa akan erti cantik?

Kumpul duit belanja sekolah untuk membeli bedak muka, kumpul duit untuk membeli tudung untuk di pakai waktu namun satu ayat yang membunuh erti syawal pada saya.

“Kalau muka buruk, belajar bodoh maka tempek lah apa di muka itu tak pernah cantik “.

Semenjak daripada erti syawal tiada lagi pada saya. Syawal 2020 adalah syawal terindah untuk saya, bukan sebab pandemik covid-19 tetapi nikmatnya syawal itu apabila tiada kata -kata hinaan, perlian dan sebagainya.

Ini kerana sepatutnya syawal kita raikan dengan penuh rasa gembira setelah sebulan berpuasa, dan sepatutnya menjadi tempat untuk berkumpul sanak -saudara namun di sebabkan terlalu membangga diri akan kelebihan masing -masing namun ada hati yang terluka.

Tidak cukup dengan itu saya fikirkan jika di alam persekolahan saya mengalami ‘buli fizikal’ saya ingatkan bila melangkah ke alam selepas sekolah saya terlepas daripada itu namun andaian saya salah. Saya sekali lagi menjadi mangsa pembuliaan di tempat kerja.

‘muka macam kawah bulan’

‘muka macam anak katak’

‘pendek macam anak toyol’

Pernah satu malam bermulanya shift malam, saya puas menekan butang intercom untuk membuka pintu tiada siapa yang membuka.

Sehinggalah ayah saya membantu saya barulah seorang supervisor ini membukanya namun sebaik saja kaki melangkah ke masuk terdengar supervisor ini mengamuk dan berkata macam ini kepada saya.

“Semaklah ada staft muka buruk macam ni? Aduh! Terbantut kerja aku”. Kejam kan ?

Dan untuk pengetahuan semua saya pernah membenci seorang figura yang bernama NEELOFA.

Semua bermula ketika saya melihat neelofa memakai sehelai baju yang berwarna oren sememangnya cantik sangat. Kebetulan saya adalah seorang yang amat menyukai warna oren.

Saya berkata sendiri kepada diri saya. “Eh ! Cantiknya baju ni.”

Namun entah macam mana seseorang telah mendengar perbualan saya. “Neelofa pakai memang cantik cuba kalau engkau pakai dah macam anak jin”. Ketawa di simbahkan pada saya waktu itu.

Saya melangkah dan terus melangkah masih menjadi kan menulis dan makeup adalah kecintaan saya selama ini. Sikit pun tak padam akan kecintaan itu, namun untuk memulakan itu bukanlah senang.

Tahun 2015 saya mengorak langkah dan demi langkah. Tetapi Allah saja tahu akan permulaan itu, airmata menjadi saksi akan semua itu.

Untuk pengetahuan semua saya teringin sangat nak bekerja di SEPHORA kerana bagi saya SEPHORA adalah tempat untuk saya belajar semuanya.

Doa tak pernah putus untuk dapat situ, semenjak daripada itu belajar yang mana hidup ini berada 30 skala jangan hanya 1 skala saja.

Sebab dekat situ kita boleh tengok, jika sebelum ini kamu berada dibawah orang yang selalu membenci dan menghina kamu.

Namun jika kamu pecahkan ‘tembok batu’ itu kamu akan tahu ramai lagi yang ada untuk kamu.

Pedulikan ‘manusia -manusia’ lahanat itu sebab manusia mana pernah puas hati kan!

Kamu buat ke, kamu tak buat mulut akan tetap mengata juga. Sudahlah pekak kan, telinga jalan saja ikut haluan kamu. Tak payahlah nak jadi sesiapa, ikut diri kamu saja.

Tak payahlah fikir nak bunuh diri ke, telan 200 papan panadol ke tak ada guna pun. YA! Saya mengaku pernah juga terfikir untuk membunuh diri.

Pernah panjat bangunan sekolah nak terjun, telah panadol dengan air coke. Namun semua itu macam bodoh saja saya lakukan. Akhirnya saya bangun seperti biasa juga….

Dekat sini saya ingin tegas kan. Dunia ini luas laluinya segala pahit, manis, masam, gembira itu dengan sepenuhnya, gembira kan hati kamu sendiri.

Tak perlu nak tunggu orang untuk kita gembira buat suka apa yang suka kamu buat. Nak pergi shooping hujung minggu pergi lantaklah orang nak cakap apa.

Nak tengok wayang pergilah, nak pergi makan dekat food court pergi. Nak duduk 4 jam dalam watson, guardian waktu 50% sale pergi, asalkan nanti kedai tu nak tutup sila keluar.

Happy kan diri kita, hargai diri kita.. Insyallah nanti akan ada orang yang hargai kita. Apa yang penting doa jangan sesekali lupa okay. ‘ TRUST YOUR SELFT AND LOVE YOUR LIFE’. OKAY ;)

– Amelia Farah Ellina Nazeri87 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *