Doa

assalamualaikum

Teringat dulu insiden masa lalu. Ayah accident. Dan selepaa tuh bermulalah kisah pahit dalam hidup.

Dimana didera oleh abang kandung sendiri sebab aku disalahkan dimana aku penyebab kemalangan arwah ayah aku. Tiap kali jumpa dengannya, besi dipegang dan aku disebat. Terutama bahagian pinggul. Terkadang besi tuh dipanaskan dahulu.

Dan syukur ada abang sulung masa tuh. Dia selamatkan aku. Masa tuh berusia 12tahun. Jadi bermulalah jalan perjalananku sebagai pencinta ilmu. Bersekolah di kudat. Tinggal jauh dari rumah. Sebulan lebih kurang gitu duit belanja diberi.

Hidup dengan kengkawan. Sewa rumah dan pegi sekolah. Ehee.
Alhamdulillah kenangan pahit semakin hilang cuma. Terasa peritnya setelah beberapa tahun tinggalkan zaman persekolahan.
Banyak ujian dihadapi, hampir dirogol semasa bak jenguk ibu tercinta tapi alhamdulillah diselamatkan.
Leher dah dipegang masa tuh dan aku menutup mata tika itu. Dan semasa menutup mata, ada seperti bayangan di mata tertulis pandang ke arah dadanya. Terus dilaksanakan dan orang tuh sesak nafas.
Oke tu salah satu benda agak 'magic berlaku'
Lepas tinggalkan zaman persekolahan, aku tidak sambung mana2 ipta atau ipts sebab tak mampu dan aku memilih untuk membaik pulih jiwa ummah.

Dalam membaik pulih jiwa ummah, aku rasa macam dah bosan dilamar hampir setiap bulan dan ada pula anak usto hantar kat ws gambar aku. Candid lak tuh. Comey memanglah. Kadang geram juga tapi apa boleh buat.

Dalam gelak tawa, aku memendam sakit yang tereffect hasil deraan dulu. Sekarang, setiap 3bulan kena jumpa pakar orthopaedic. Sebab buat terapi. Tidak mengapa aku sakit. Sedikit sahaja(sedangkan sakitnya itu allahu).
Masa terus berjalan. Sehingga satu masa, aku pengsan dek kerana sibuk. Masa tuh sibuk nak bagi ceramah. So malamnya, pengsan. Masuk wad. Dan balik rumah dekat subuh dan xboleh menggerakkan pinggang. Umiku(ibu angkat) membersihkan badan dengan lap badanku guna tuala basah. Terjerit sedikit. Dan agak terkedu bila dr diagnose aku mengalami barah otak.
Nangis tak berhenti tapi setiap malam tak ku tinggalkan hafalan hadis dan sunnah baginda saw.
Zikir peneman. Dan saudara ku pemberi semangat tika aku sakit. Dan sampai hari ini, alhamdulillah hidup lagi. Lupa nak kata. Masa dr diagnose aku ada barah otak, dr sendiri kata bail dilakukan pembedahan. Sebab tulang semakin mereput. Tapi aku tetap taknak. Sebab diganti besi. Lebih rela mati dengan cara normal dari cara mengerikan.
Hari demi hari berlalu. Tiba2 aku batuk. Batuk sudah menjadi kebiasaan tapi ini kali pertama aku batuk sampai muntah berdarah.
Seterusnya, entah apa lagi cabaran akan ku lalui.
Mengharap doa kalian untuk kesembuhan dan kekuatan akan aku untuk menghadapi cabaran dihadapan. Kerana aku ingin mengubah ummah yang kotor dan lemah kepada kuat biar aku seorang muslimah. Pernah dua tiga kali ku bertemu rasulullah dalam mimpi. :')

P/s inilah apa yang saudara aku ceritakan. Mohon doakan saudara saya sihat seperti sedia kala. Jasa kalian sangat dihargai. InshaaAllah ya..syukran kalian yang sudi mendoakan. Doakan saudara saya(jannah) untuk pulih..aamiin.
Maaf jika permintaan besar sangat.?

– Fazz

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *