Senyum II

Salam.
.
Terima kasih kepada yang minta part 2 tu, dan yang memang minat bab bisnes ni. Actually, aku kongsi pun bukan nak kata aku berjaya tu semua. NO! Jujur, aku tak da kereta pun sekarang. Duit pun gila-gila saving. Sehari tu kadang-kadang sekali je makan. Sebab apa aku cerita camni? Sebab aku tak nak orang lain kena macam aku kena dulu. Dan aku pulak, of course la kan tak kan cerita benda sadis-sadis tu dekat sini.
.
By the way, aku buat bisnes biasa-biasa je. Aku tak ada la kaya sekarang ni. Aku baru mula secara serius, which is, aku tahu yang ni memang medan sebenar aku. Jangan anggap aku dah kaya pulak. Bukan apa, dulu aku rasa dah banyak kali juga la konon dah kenal bisnes yang sesuai dengan aku, etc. Padahal, pfftttt…. Kejap tukar bisnes ni, kejap sana. Tapi 1 benda aku nak pesan, cuba teroka bisnes selain MLM. Tak ada niat nak rosak periuk nasi sesapa. Tapi cuba try. Sangat best.
.
Jadi, itu benda lain lah tu. Kalau nak kenal diri, banyak proses kena buat. Itu cerita lain kalilah. So, ringkas cerita, aku tak lah berjaya pun sekarang. Jadi, aku tak kisah lah kalo orang nak kata, "Alaaa, ko tak berjaya, ada hati nak kongsi macam-macam". Aku faham. Orang sekarang memang dia tengok pada profil orang, baru dia nak terima kata-kata diorang. Cuma 1 benda ja, aku suka nak kongsi benda aku tahu, dan aku rasa sangat penting untuk kita semua tahu benda macam ni. Dan, alhamdulillah, Allah tunjuk satu-satu jalan untuk aku naik naik dan naik. Doakan aku eh? haha, kenal pun tak. Takpa2.
.
Kita, kalau jumpa orang berjaya, mesti happy gila gila kan? Sebab kita ada rasa 1 perasaan respek pada diorang. Cuba fikir jap, contoh kita kenal dia masa dia 'bawah' daripada kita. Contoh, kita ni femes, cerdik, etc, dan kawan kita tu, lembab, penakut, tapi tiba-tiba sekarang, berjaya nak mampus. Mesti segan gila kan sebab pandang rendah kat orang macam ni?
.
Kita tak tahu apa jenis ujian, kejatuhan yang diorang rasa. Even kita ada rasa empati, aku tak rasa kita boleh letak diri kita pada diri orang macam tu. Tapi, macam biasa, ujian Allah tu sesuai dengan keadaan muslim tu sendiri. Tak lebih tak kurang. Jadi, jangan risau lah.
.
1st rule kalau nak mula bisnes, mesti reti respek semua orang. Ethic & Etiquette. Kalau 2 benda ni dah fail, jangan sebut lah nak kaya dan berjaya. Jangan sebab kita rasa kita ada motor LC, iphone, or else, kita rasa hebat. Please. Jangan sesekali. Even bawa McLaren F1 pun ke kelas, or tandas, jangan rasa sikit pun yang kita hebat. Selalu lah sebut alhamdulillah tu semua. Kalau tetiba nak juga rasa kita hebat, cepat-cepat pergi buat benda yang buatkan kita jadi sampah. Contoh buat2 terjatuh tangga, tersadung, atau terbersin keluar kahak ke.
.
Jap, aku tak kata benda ni wajib tau. Tapi ni antara cara yang aku buat nak jaga hati daripada rasa tinggi daripada orang. Please dont. Sangat bahaya. Bakat, or talent yang kita ada, kita patut kongsi dan manfaatkan untuk orang lain. Sumbang pada mereka. Bukan nak gah dan dapatkan populariti semata-mata. Hah, dah macam ceramah aku pulak dahhhhhhh.
.
2nd rule, kita jangan fikir, hidup ni matlamat dia 1, dan 1 tu pula pada jangka masa pendek. Faham? Mesti tak fahamkan. Sebab aku yang tulis ni pun tak faham. HAHA. Contohnya macam ni, kita fail exam. Of course down kan? Tapi, ada orang down dia sampai rasa nak bunuh diri. Tu maksud dia, matlamat hidup dia pendek, dan fokus pada 1 benda. Dia tak nampak hidup dia tu lagi luas daripada exam. Dia tak nampak hidup realiti kat luar macammmana. Jadi, jom cepat-cepat kita cari apa matlamat sebenar kita. Benda ni lagi sekali cliche. Tapi, kita kena cari. Kalau 4 flat matlamat jangka panjang hidup kita, hmmm hmm hmm… ikutlahkan. Dan daripada sini, kalau kita firm dengan diri kita, aku percaya korang boleh jadi opportunist. Sebab aku dah rasa benda ni.
.
3rd rule, "Ehh, mana pasal bisnes nye, semua pasal benda apee jee..!!".. Maaf la, ni benda basic je. Kalau yang ni tak setel, yang lain tu macam sia-sia je. Aku tak tahu nak cakap apa, tapi benda macam ni memang core untuk mula bisnes. Kalau tak kuat, kita akan senang jatuh. Maaf membebel panjang. Ni tempat confession, tapi aku tak kira, aku nak juga membebel. huhu~
.
Ok, 3rd rule, rajin-rajin lah beri orang benda percuma. Dalam kata lain, sedekah. Konsep sedekah ni luas, korang semua tahu kan? So, point ke 3 ni aku tak nak pusing panjang-panjang. Semua student UIA faham aku rasa. So, jangan lokek bagi benda free. Ilmu ke, duit ke, makanan, tumpang muto, kereta, pinjam selipar, (tapi jangan kasi pinjam kain tuala, woooo, bahaya), dan apa-apa jelah. Besar manfaat dia.
.
Orait, bereslah. Haha. Terima kasih kalau ada yang baca habis. Aku ikutkan nak post kat iium on9, macam nak bina komuniti gitu, tapi….. benda macam ni aku rasa tak dapat sambutan pun. Yelah, u guys pun semua hebat-hebat. Aku ni cam tak ade apa sangat. Apa-apa hal nanti wasap ya. :)

– DoubleW

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *