Duri Dalam Daging

Wajah manis senyum tak lekang, rupanya dalam diam dengki dan cemburu. Bagai tak percaya keluarga sendiri yang hantar sihir pemisah kerana cemburu.

Disihir ketika sedang mengandungkan zuriat yang pertama, dari awal trimester aku kerap mimpi benda yang kotor macam darah dan ular hitam.

Aku abaikan kerana aku ingat mimpi tu cuma mainan aku tak ambil serious. Sedangkan benda tu effect pada hubungan kami suami isteri.

Suami yang dulu penyayang, suami yang sangat baik berubah menjadi baran. Tak boleh salah cakap pasti bertengkar.

Pernah sekali tu aku lari keluar dari rumah sewaktu trimester ketiga. Aku drive jauh seorang diri keluar daerah aku sembunyikan diri seketika kerana waktu tu pertengkaran hingga dia hampir nak naik tangan ke wajahku.

Waktu itu juga aku kerap kali ada spotting darah, aku ingat cuma tanda dekat nak bersalin tapi satu malam waktu aku keseorangan dalam rumah suami aku kerja aku nampak lembaga. Itu bukan pertama kali aku pernah nampak tapi aku abaikan saja.

Aku kerap sangat mimpi perempuan itu nak ambil anak aku. Aku jadi takut nak tidur malam. Aku jadi mengantuk yang amat pada siang hari, letih melampau macam kau tengah berlari mengejar awan.

Hakikatnya sepanjang pregnant aku jarang masak, morning sickness lamanya. Buat keja rumah pun sikit2 jaa. Semuanya dibantu suami.

Dada bagai menekan, perut juga kadang tu sakit. Tapi tak semua orang faham. Kerana mereka tidak berada di dalam kasut yang sama.

Mertua aku sifatkan aku manja. Katanya aku tak boleh tidur waktu siang, aku ni jarang dapat waktu free sebab busy run business.

Bila ada kelapangan waktu sekejap aku dah happy boleh jugak rest, selama aku bermalam di rumah mertua badan aku sangat lemau dan letih.

Petangnya aku langsung tak dapat nak rest buat kerja apa yang patut.

Aku selamat melahirkan anak aku, aku pelik melihat perut aku masih belum kempis walau sedikit. Ia masih sama bagai ada lagi seorang anak dalam perutku.

Doktor kehairanan seorang demi seorang mo datang ukur perut aku, check perut aku dan aku kena extend warded lagi waktu itu sebabkan dorang nak scan perut aku.

Aku ingat benda ni normal yelah aku takda pengalaman, ini pengalaman pertama dalam hidup aku.

Segalanya bermula selepas habis berpantang, aku balik ke kediaman aku sendiri.

Tiba tiba aku bleeding dalam tempoh yang sangat lama, darah yang sangat banyak. Aku jadi panik pada hari tu ada gumpalan darah yang besar keluar.

Aku drive pergi hospital dan doktor bagi ubat drip untuk stop bleeding tu, and sangat terkejut bila doktor cakap gumpalan tu tak normal bila ada pada dua bulan lepas berpantang.

Alhamdulilah aku dah okay, dah takda bleeding lagi.

Tapi aku perasan kesihatan aku sangat merosot, aku kerap sakit belakang, sakit bahu, sakit lutut, sakit yang dalam tempoh yang lama bukan sakit tu lepas makan ubat okay. Makan painkiller pun sakit tu tetap ada tak kemana.

“Aku dah penat hidup macamni, ceraikan aku!” aku mendesak suami untuk ceraikan aku.

Hampir setiap hari kami bertikam lidah, ada saja yang tidak kena.

Suami sampai berkasar dengan aku, aku macam dah tak kenal siapa suami. Bila tangan suami hampir melekap di pipi aku, ditariknya tangannya itu. 

Anxiety aku datang kembali, aku jarakkan dengan suami. Aku jadi takut dengan suami aku.

Suami duduk di ruang tamu dan mula pasang ruqyah waktu ni aku jatuh terduduk dan terbaring, sakit badan teramat sangat.

Suami terkejut melihat aku terbaring di lantai, badan aku lemah longlai.

“Jom kita pergi hospital” ajak suami.

“Tak nak lah. Paling kurang bagi drip normal saline ja” aku buat keputusan untuk berehat sahaja malam itu. 

Setiap kali bergaduh aku mesti minta cerai, aku pulak jadi benci tengok suami.

Pernah sampai aku rasa aku tak boleh duduk dekat dan tengok suami. Bila suami pergi kerja aku mula rindu yang teramat rindu.

Seminggu selepas itu, suami ajak aku berubat. Ustaz yang pertama aku jumpa bagitahu yang aku terkena sihir pemisah, orang yang hantar sihir tu nak buat sampai aku mati. Dan dia pun tak boleh nak tolong buangkan.

Seminggu selepas itu aku derita kembali, sakit sangat. Suami bawak aku jumpa ustaz yang kedua pula, cuba ikhtiar mana tahu kali ni berjaya pulihkn aku.

Alhamdulilah kalini ustaz ni boleh buangkan, sakit dan badan jadi teramat letih sangat.

Kedua dua ustaz cakap yang buat ini ‘keluarga sendiri’. Ini bukan yang pengalaman pertama bagiku, sebelum ni aku pernah disantau. Benar keluarga sendiri juga yang buat.

Orang yang nak menjatuhkan bukan jaraknya jauh, dekat seinci tak jauh pun. Cuma hatinya kita tak tahu sejauh mana sifat kebaikkan itu yang ditonjolkan.

Suami menceritakan pada ibunya, dan ibunya pula sampai kan cerita kami pada kakak iparku.

Awalnya aku tak syak apa apa yelah mustahil kan. Tapi setiap kali berubat bila suami cerita, dia mula minta contact no ustaz yang tolong kami. Alasan macam macam dia bagi, dan aku sakit kembali.

Kalini suami bawak aku ke pusat perubatan yang jauh sikit dari rumah kami, Alhamdulillah kalini agak lama aku sembuh dekat sebulan juga.

Kakak ipar aku minta contact number ustaz ni juga, dan suami memberi padanya tanpa pengetahuanku. Dan kakak ipar ku bertanya soalan yang agak pelik.

“Betul ke dah sihat?” tanya dia.

Obviously aku macam pelik. Dengan setiap kali berubat minta contact number aku dah jadi curious nak tahu kenapa sebab hubungan kami baik ja. Aku ni pulak tak ada musuh, jumpa sembang biasa ja.

Aku kembali sakit sampai sekarang belum pulih sepenuhnya. Aku minta bantuan dari Allah, aku solat sunat dan amalkan tidur dalam wudhu. Aku betul betul terkejut, bila dalam mimpi aku wajah kak ipar aku.

Memang suami ada cakap masa jin dalam tubuh aku, waktu aku histeria sekejap dia beritahu tujuan dia adalah sebab cemburu.

Aku doakan dia diberikan hidayah, tak dinafikan mereka punya banyak duit tapi aku tak sangka cemburunya sampai tergamak sihirkan aku dari aku mengandung sampai sekarang aku derita sakit.

Paling sakit aku berperang dengan perasaan, emosi, amarah pada suami bila benda tu berlaku tiba-tiba.

Aku cuba kawal, ada harinya aku berjaya. Tapi ada waktunya aku gagal. Dan ‘perempuan itu’ yang kerap muncul dalam mimpi aku yang nak ambil anak aku dari dalam rahim itula kak ipar aku.

Aku ingat itu cuma mimpi kosong rupanya berisi. Buat yang sedang membaca, doakan aku supaya kuat dalam ujian ini. Doakan aku diberi kesembuhan.

Jika ada yang tengah alami atau pernah berada dalam situasi yang sama mohon kongsikan cara atau tempat di mana untuk pulihkan sihir pemisah ini.

Hampir empat ustaz aku jumpa namun sisa baki itu masih ada. Aku hampir putus asa tapi aku percaya Allah pasti bantu.

P/S : Jangan pandang orang dengan penuh hasad dan iri. Pandanglah dengan keseronokkan dan penuh prasangka yang baik. Buang lah sifat iri tu kerana penyakit tu barah yang paling bahaya, jika gagal dikawal kelak makan diri sendiri.

Buang negatif jauh dalam diri, sambut yang positif agar hidup sentiasa tenang.

– Maya Irdina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *