Expectation Pada Pelajar Degree

Hai assalamualaikum. Terima kasih confessor kerana menyiarkan cerita saya, sebab sebelum ni banyak kena reject.

Cerita saya ialah tentang pekerjaan saya sebenarnya, saya baru sahaja graduate dalam bidang seni (tapi bukan yang lukis-lukis tu, ia lebih kepada pengurusan) november tahun lepas, tak baru sangat la.

Lepas tu saya kawin dan start cari kerja, sebab ikut suami ke pantai barat. Saya dapat lerja di salah sebuah kilang di sana sebagai kerani. Pertama sekali masa temuduga memang saya taknak minta gaji tinggi sebab tahu fresh graduate, so saya minta around rm1000-rm1300 je.

Dipendekkan cerita, bila saya masuk kerja, staf kat ofis saya lebih kurang 4 orang sahaja yang melayu, yang lain cina. 4 orang tu termasuk supervisor saya, executive dan 3 orang lagi clerk juga. Diorang nak tambah clerk sebab kerja dah semakin bertambah.

Bulan pertama saya bekerja, memang susah nak sesuaikan diri, dan sebab diorang ni pekerja lama, tabiat diorang ni xajar pekerja baru tau, semua yang saya nak buat saya kena tanya diorang apa yang saya nak buat(macam budak praktikal kadang2).

Satu hingga tiga bulan kerja, kerja saya hanyalah menyusun file, kadang-kadang key in data, kadang-kadang pergi Hr ambil borang cuti pekerja.

Selepas tiga bulan, sepatutnya saya dah jadi pekerja tetap sebab 3 bulan percubaan. Tapi supervisor saya dia tak bagi saya tetap sebab perfomance saya yang kurang memuaskan walaupun kehadiran saya sangat tiptop.

Dia bagitau saya budak degree sepatutnya semua benda dah tahu, contohnya microsoft excell, dan bila orang ajar sekali dah faham. Ok persoalannya kat sini, bila title budak degree semua benda kena pandai ke, dah la kerja ni takde kaitan dengan apa yang saya study.

Untuk pengetahuan semua, semasa belajar, tugasan saya semua buat dalam microsoft word, excell ni last saya guna masa ambil sijil komputer lepas spm. So memang banyak saya dah tak tau guna. Bila kerja kat sini, semua data dalam excell dan bila saya disuruh buat kerja dalam excell, saya akan tanya sebab dah banyak benda saya lupa.

Lepas tu, supervisor saya tu kerap kali menegur saya secara kuat sampai satu ofis dengar,cakap saya buat kerja sama la, salah sikit terus tengking-tengking. Sepatutnya, diorang bagi la kerja yang specific pada saya, takkan setiap kali nak buat kerja saya kena tanya apa kerja saya nak buat hari ni.

Setiap kali pergi kerja saya rasa down sangat sebab dah bayangkan wajah supervisor saya nak marah saya apa lagi hari ni. So pada pendapat korang, cara diorang layan pekerja tu memang sama kea dekat semua tempat kerja lain. Diorang tak ajar tapi semua benda kena tanya, lepas tu memang expectation tu tinggi sangat ke pada budak degree ni? Terima kasih sudi baca.

– Ain farihah md yunus

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit