Cepatnya Jatuh Miskin

Terima kasih kepada Admin IIUM Confession dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia IIUM Confession versi BM. Nama aku Kechik, 22 tahun, oqhang Utara. Bekerja di sektor swasta. Niat aku, apa yang nak dikongsikan pada semua berdasarkan apa yang aku tahu dan aku pelajari daripada Guru Mulia kami, Ustaz Fawwaz Mat Jan.

Miskin adalah pintu yang boleh menghabiskan harta dengan banyak jalan. Jalan yang mengundang kemiskinan ini ada banyak pintu. Miskin harta dan wang umpamanya. Miskin pahala pun termasuk jugak. Miskin jiwa pun termasuk sama. Cuma Jehan Miskin ja yang aku tak pasti masuk ka tidak dalam senarai miskin. Hahaha. Hambar teruk.

Jadi, aku senaraikan 14 perkara saja untuk perkongsian semua, mungkin ada lebih dari ini :

1)Tinggal solat, tak cukup waktu solat, hukum hakam dalam solat tunggang langgang. Solat itu pembuka pintu rezeki kot. Ruginya tak solat kalau hidup kufur nikmat pada Allah.

2)Terburu-buru keluar dari masjid selepas solat Subuh KECUALI jika ada keuzuran( urusan)

3)Tidak membersihkan sawang-sawang di dalam rumah atau bilik. Ada betulnya juga orang dulu-dulu, pantang nampak bersawang sikit dalam rumah terus sapu bersih. Risau takut jatuh miskin.

4)Mengeringkan air pada wajah dengan kain baju yang sedang dipakai. Umpamanya, selepas ambil wuduk, lap air di muka dengan lengan baju yang kita pakai. Jadi, sunat ada sapu tangan sendiri.

5)Makan dan minum dalam keadaan berjunub. Tahu-tahu ja la kan kalau berjunub siapa yang suka berdamping. SYAITAN la guys.

6)Isteri yang suka mencaci suami dan memarahi suami. NO COMMENT sebab aku masih lagi bujang. Tapi aku tahu benda tu tetap salah. Syurga di tapak kaki suami what.

7)Berdiri telanjang tanpa menutup aurat. NO COMMENT.

8)Tidur dalam keadaan telanjang. NO COMMENT.

9)Suka melakukan maksiat tanpa bertaubat, lagi cepat ditimpa kemiskinan. Bila hati rasa gelisah semacam kan, cepat memohon keampunan dari Al-Ghafur.

10)Suka sapu sampah pada waktu malam. Petua orang tua lama juga.

11)Terlalu banyak tidur sehingga ibadah lain tertangguh. Jadi, waktu terbaik untuk tidur ; sebelum lohoq (Zohor) dan selepas Isyak.

12)Duduk di depan pintu rumah. Kalau orang sekarang ni buat, bila ada jiran lalu depan rumah dia, sembang dengan dia depan pintu rumah. Tak pelawa pun jiran masuk rumah. Cuma sembang depan pintu sahaja. Kan, membawa masuk tetamu ke dalam rumah, membawa masuk seribu rahmat dan mengeluarkan seribu bala dalam rumah.

13)Memakai sikat yang rosak. NO COMMENT.

14)Membiarkan pinggan mangkuk di malam hari tanpa dibasuh. Kalau yang masih bujang, latihlah diri dari sekarang. Kalau yang dah kahwin tu, suruh si isteri yang basuhkan. Kalau dia tak hendak, abang-abang la kena basuh. Tolong menolong what…Kata sayang bini kannn…

Simple nyimple tapi susah nak praktis kalau hati dah keras. Samalah dengan aku pun. Penyakit hati banyak sangat. Itu sahaja perkongsian aku yang tak seberapa untuk anda semua. Moga bermanfaat untuk kita yang hidup bersyariat. Tanpa Islam, hidup takkan bermakna langsung. Sebab kita semua hanya MENUMPANG rahmat sahaja.

Sekian saja dari aku, Kechik.

– Kechik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit