Assalamualaikum..saya gadis asal kelantan. sejak akhir2 ni, saya curious sangat kenapa orang2 kelantan dilabel dengan banyak pandangan2 negatif. contohnya;
1- semasa bersembang dengan kawan ni, dia mengeluh yang partner dia selalu lambat n buat kerja x elok. diakhiri dengan " haisyy, sebab budak tu asal kelantan dah memang cam tu". erk, dia pun tahu yang saya asal kelantan. tuju kat aku ke?
2- sorang abang ni sembang ngn kawan saya, mengeluh gak pasal sorang pekerja dia yang banyak bermasalah. diakhiri dengan "orang Kelantan kot". walhal saya ada je kat belakang kereta. sekali lagi, tuju kat aku ke? :((
tapi yang menariknya, saya sendiri acap kali dipanggil "mek" oleh orang yang lebih tua kat luar. lebih kurang gini, mereka akan ingat saya sebab saya orang kelantan. bukan sebab nama or rupa.
yang ni pulak, kat blog saya banyak terjumpa forum or blog yang cerita pasal gadis kelantan (mostly pandangan negatif). contohnya, forum kutuk gadis kelantan pengotor. well, sy banyak kali je jumpa roomate kelantan yang pengemas, dan ikut orang gak lah. kalo gadis negeri lain pengotor, x label dengan negeri plak?
ni jugak pandangan orang pasal gadis kelantan, lawa2 dan cantik?terutama sekali pasir mas. well, kalo asyik tunjuk contoh neelofa n nelydia senrose memanglah. tapi sy sendiri akui, gadis pasir mas setakat ni yang sy jumpa banyak kacukan. siap ada surat khabar ulas pasal gadis pasir mas lagi. actually, setiap negeri ada je yang cantik. tapi kenapa kalau gadis cantik asal kelantan terus dikaitkan dengan negeri?
orang kelantan ada semangat assabiyah? hurm mungkin sesetengah. tengok lah bola sepak tu. sebab bahasa kitorang payah nak buang. jujur, saya cuba untuk bercakap bahasa melayu standard, siap mintak tolong kawan untuk ajar n perbetulkan. last2, orang lain masih dapat detect. bagi saya, bahasa kelantan translate ke bahasa luar umpama dari BI ke BM. berbelit lidah ni. tapi sy ia x menhalang sy bergaul ngn kawan2 negeri lain.
banyak kali juga terbaca di surat khabar. kalo jenayah melibatkan orang kelantan, akan dikaitkan dengan negeri. contoh "lelaki kelantan bunuh orang". tapi x pernah lagi baca tajuk "lelaki selangor bertumbuk". (contoh sahaja). tapi bunyi cam kelakar je.
satu lagi, tempat kami x banyak hiburan. wayang n karok memang x pernah tgk lah sampai masuk u. 1st time tengok wayang masa umur 20 tahun. pengalaman yang paling tak boleh dilupakan. jadi pernah gak orang label yang gadis kelantan ni kalo pergi bandar KL cam 'lupa diri'…adei la..
tapi yang menyedihkan saya, kenapa di media sosial sering mengutuk negeri ni. siap kata yang mereka tak nak kawen dengan orang kelantan?
#ilovekelantan
– jz
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Biarkan saja..
i just think that org yg racist ni narrow minded.. xnk ngaku? hmmm setakat knl 4 5 org terus generalize kan satu negeri.. hmm mmg simple n narrow minded. sekian.
Anis Amilin
kelate the best yeahh!
biasa la tu yg elok-elok ni ramai tak suka. their only problem is that they’re too fabulous. haters just can’t handle that
Iffah Nazlah
Er..pelik betul nk melabel org prangai mcm tu mcm ni based on negeri..aku pun asal klntn gak..tp xmcm tu okey..n aku pun ade very bad xperience dgn roomate, n housemate dari negeri2 lain..tapi xingin pulak aku nk mention dr negeri mana..kadang korang2 y dr negeri lain y dok melabel kami kelantanese ni..tapi kami xingin nk melabel org based on negeri..so fikir2 kn dan slmt beramal.. ;)
Hidayah Azhar….is it true??? Haha..
Gadis kelantan Amir Fazwan Osman baik
semua negeri sama….ada yang baik dan ada yang perangai macam lahnat…..
Masa kat universiti tahun 2 asrama tak cukup kena cari rumah sewa. Elok2 plan dengan 4 orang lain, dah bayar deposit kat landlord, 2 orang tak jadi sebab jumpa rumah lain yang semuanya asal kelantan. Lepas tu mengamuk nak duit deposit diorang tang tu jugak. Bukannya boleh mintak balik kat landlord. Sakit hati je teringat balik susah payah pinjam sana sini nak ganti duit diorang.
Borak dengan admin HR pasal budak2 freshie nak cari kerja. Katanya, banyak kali dia reject calon time phone interview sebab slang pekat sangat sampai 3-4 kali suruh ulang jawapan.
Ok, maybe lidah keras susah nak tukar. Habis tu kenapa bila menaip kat FB kena taip slang kelantan jugak? Tak caya? Cuba scroll down baca komen kat confession ni. Apa, buku teks sekolah korang dulu belajar membaca menulis dalam bahasa kelantan ke? Sampai jari dah sama keras jugak.
6 atau 8 tahun lepas aku pergi pantai 7 kat kelantan. Kata orang situ, pantai buatan guna pasir sungai. Percaya tak kalau aku cakap kawasan aku rehat tu setiap 1-2 meter depan, belakang, kiri dan kanan aku jumpa sampah? Sepanjang panjang kawasan pantai macam tu. Pengotor! Bila aku terbongkok bongkok kutip, budak2 muda geng rempit tengok je gelak2. Bukan nak tolong. Pemalas!
Ni pengalaman peribadi. Maybe kalau aku pergi pantai area mersing ke, cherating ke, port dicksson ke, boleh jumpa pantai kotor macam tu. Tapi entah la, jadi macam terkejut sangat masa tu. Nak kasi jumlah sampah sebanyak tu, dan boleh cover kawasan besar seluas tu, perlukan kerjasama (kemalasan sebenarnya) dari ramai pihak. Setakat satu dua family lepak buat sampah tak mungkin jadi seteruk tu.