Gadis Miskin Yang Mahu Mengubah Diri V

Untuk part I, (https://iiumc.com/gdsmskn/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/gadis-miskin-yang-mahu-mengubah-diri-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/gadis-miskin-yang-mahu-mengubah-diri-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/gadis-miskin-yang-mahu-mengubah-diri-iv/).

Selepas kematian mak, berlaku perubahan dalam perancangan hidup. Saya sudah penuhi janji saya untuk menjaga mak hingga akhir hayat. Sekarang tiba masa saya untuk merealisasikan impian dan wasiat mak yang lain serta menjaga kebajikan adik beradik saya.

Saya bertekad mewakafkan diri saya berbuat kebajikan kepada orang lain sehingga akhir hayat. Saya mahu ubah nasib saya, keluarga saya dan membantu orang yang memerlukan. Life isn’t about getting and having. It’s about giving and being.

Saya jual tanah saya yang saya beli untuk membina rumah bagi menempatkan kakak saya yang hidup susah bersama 2 orang anaknya.

Saya tidak mahu mereka tinggal di rumah pusaka yang hampir roboh, rumah barunya belum siap disebabkan kemiskinan. Hanya mengharap duit sumbangan zakat negeri, pengeluaran KWSP dan bantuan dari keluarga serta orang lain.

Rumah mak yang baru sudah ditukar milik kepada adik saya atas permintaan saya semasa mak masih hidup. Adik saya cuma bekerja kampung. Saya mahu dia punya rumah sendiri dan hidup selesa dengan anak isteri.

Keputusan yang saya ambil akan menguntungkan semua orang. Adik saya ada rumah dan punya privasi bila saya keluar dari rumah baru mak.

Saya juga akan ada rumah sendiri. Kakak saya keluar dari rumah usang dan akan tinggal di rumah saya sementara rumahnya siap. Ketika kisah ini ditulis, salah satu daripada impian mak sudah tercapai iaitu semua 11 orang anaknya sudah memiliki rumah sendiri.

Selepas sekian banyak halangan, akhirnya rumah saya siap juga dengan kos 85k. Saya mengecat sendiri dengan dibantu adik ipar serta anak sedara. Saya jahit sendiri langsir rumah untuk menjimatkan kos.

Segala tabungan saya korek untuk menyiapkan rumah. Hanya tinggal barang kemas yang saya simpan sebagai persediaan untuk menunaikan haji suatu hari nanti.

Bulan ogos 2018, pada hari raya haji ke3 saya buat kenduri kesyukuran. Meriah dengan pelbagai menu yang di sponsor oleh adik beradik, sedara mara dan jiran tetangga. Rezeki.

Saya bersyukur impian saya mahu bina rumah secara cash, tercapai dengan sokongan adik beradik. Anggap saje lah keajaiban dari Allah kepada hambaNya yang berniat membantu orang lain.

Walau bagaimanapun, tetap ada masalah yang berlaku semasa mendapatkan kebenaran majlis bandaran. Saya hampir putus asa, projek pembinaan terbengkalai beberapa bulan. Duit saya habis membayar denda.

Saya amalkan membaca yasin 7 mubin dan masalah saya selesai. Kakak saya pula menawarkan duitnya untuk saya pinjam ketika pembinaan terbengkalai. Pembaca boleh juga amalkan jika berhadapan dengan masalah dan mahu meminta sesuatu hajat. Mengadulah kepadaNya.

Apabila rumah siap, duit saya tinggal seribu ringgit, saya reward diri saya dengan bercuti secara bajet ke Singapura dan Hatyai.

Saya sudah penat menangis berhadapan dengan masalah2 yang bertimpa2 termasuk difitnah rakan sekerja. (Jika pembaca diuji dengan fitnah, amalkan membaca ayat 76 surah yasin untuk mendapat kekuatan diri)

Walaupun diuji hilang pekerjaan kali ke2, saya bersyukur kerana telah berjaya melangsaikan semua hutang, PTPTN, kereta dan personal loan. Saya sudah punya rumah dan ada kereta. Saya buat keputusan menamatkan insuran perlindungan dan memperoleh lebih 5 ribu.

Saya juga mendapat duit ganjaran tamat kontrak sebanyak lebih 2k. Campur tunggakan gaji, simpanan saya berjumlah rm10k. Saya keluarkan 2k untuk membayar zakat hasil jual tanah. Saje saya lebihkan jumlah, lebih afdhal.

Bermulalah kehidupan sebagai penganggur. Selama 4 bulan saya menganggur. Saya habiskan masa berkebun, menanam pelbagai jenis tanaman dan pokok bunga.

Saya mulakan projek kebun kasih iaitu projek sedekah biji benih berskala kecil. Saya post di di group berkebun dan juga akaun fb saya sendiri.

Sedang seronok berkebun, Allah uji kemarau sehingga telaga kering. Rumah saya terletak dihujung kampung yang dikelilingi kebun getah dan sawah padi. Tiada kemudahan saliran paip.

Orang kampung semuanya menggunakan telaga sebagai sumber air. Saya terpaksa mengangkut air dari rumah adik saya untuk mandi dan membasuh. Saya mengangkut air dari sungai untuk tanaman saya.

Setiap pagi, bangun tidur, jari2 saya kebas. Badan saya yang kurus mula sakit2 kerana kerja keras. Tumit kaki mulai pecah, tapak tangan juga semakin kasar dan kulit semakin gelap.

Sedihnya mengenangkan nasib diri. Seorang wanita miskin di hujung kampung yang struggle meneruskan kehidupan.

Rezeki saya, tiba2 dapat panggilan kerja. Tinggalkan rumah kesayangan saya, Teratak Bonda Halijah, berhijrah mencari rezeki. Allah memudahkan urusan saya. Dapat sewa bilik yang murah, owner yang baik hati serta housemate yang mesra.

Hari pertama melapor diri, saya terlalu teruja apabila diberitahu tentang 1 projek amal yang sedang dilaksanakan oleh kementerian kami.

Semangat saya berkobar2 ketika itu. Ujian allah, meskipun skop kerja saya adalah bidang yang saya minati kerana perlu melaksanakan program2 (mengikut KPI yang ditetapkan),

Ternyata ia bukan tugas yang mudah kerana sangat berbeza dengan expectation saya. Banyak benda baru yang saya tidak biasa. Tetapi kerana minat dan kesungguhan, saya berjaya atasi.

Bermulalah tugasan yang saya impikan selama ini. Ada satu majlis perasmian melibatkan menteri. Saya mewakili jabatan saya menjadi pihak perantaraan IPTA dan sebuah agensi untuk melaksanakan majlis tersebut.

Saya tiada pengalaman menguruskan majlis sebesar itu. Tambahan pula ketika itu, banyak program lain yang saya kendalikan beserta dengan panggilan2 kursus.

Mujurlah dari hari pertama diberi tugasan saya sudah mula membuat persiapan dengan penyediaan paperwork, menyediakan senarai jemputan2, aturcara, menguruskan syarikat2 penyumbang, membuat jemputan2, panggilan mesyuarat dan lain2.

Rakan sejawat daripada negeri2 lain banyak membantu memberikan informasi.

Allah memudahkan urusan saya meskipun dalam tekanan berhadapan dengan masalah di tempat kerja. Saya tidak biasa dengan protokol majlis melibatkan menteri dan dibiarkan menguruskannya seorang diri.

Saya bernasib baik kerana IPTA tersebut yang menjadi tuan rumah, tetapi saya masih perlu menguruskannya hal2 bagi pihak kementerian kerana majlis ini kerjasama 3 pihak. Pihak IPT akan merujuk saya juga.

Setiap hari saya menangis dan berdoa supaya diberi kekuatan menguruskan majlis tersebut dengan lancar.

Saya tidak berani mengadu kepada pegawai kerana pernah diherdik oleh pegawai yang lebih muda beberapa tahun dari saya.

Hanya kerana berlaku salah faham tentang surat2 edaran melibatkan sekolah, PPD dan JPN yang saya buat dicampak atas meja dengan tengkingan. Saya malu kerana dimarah di hadapan rakan sejawat yang lebih muda.

Esoknya saya mahu memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar, sedihnya dia menengking2 saya. Langsung tak diberi peluang bercerita apa2.

Sejak hari itu, saya tidak berani lagi bersuara apa2 kecuali apabila disuruh bercakap. Cakap salah, tak cakap pun salah. Entah kenapa rasa dibenci dari hari pertama sampai hari terakhir saya berkhidmat.

Sesungguhnya, Allah mendengar rintihan hambaNya. Allah menghantar pertolongan dengan cara yang saya tidak sangka.

Pembaca boleh amalkan pelbagai zikir (refer google) untuk memudahkan urusan, terutamanya amalan membaca ayat 1000 dinar, ayat kursi, surah Alam Nashrah dan beberapa surah lain selepas solat fardhu.

Saya penah beberapa kali mencadangkan buat promosi ke sekolah2, IPT2 dan agensi2. Bagi ceramah kesedaran tentang kempen2 kerajaan yang berkait dengan dasar kementerian kami, ada pula satu topik kegemaran saya iaitu pengurusan kewangan.

Sayangnya cadangan saya tidak didengari dengan alasan tak ada dalam KPI. Saya mahu lakukannya sebagai tanda terima kasih saya kepada kementerian kerana mengambil saya bekerja. Saya mahu naikkan nama kementerian.

Saya sayang tempat saya bekerja dan mencari rezeki. Ramai cikgu, pegawai IPT dan NGO tidak tahu mereka boleh memohon peruntukan daripada kementerian untuk membuat program disebabkan tiada promosi dilakukan.

Saya hanya mahu bantu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hak mereka. Saya mendapat peluang menjadi penceramah apabila Majlis Belia Malaysia mengundang pihak kami untuk memberikan ceramah tentang satu projek amal anjuran kementerian di kolej X.

Itulah jemputan pertama saya terima sebagai penceramah disusuli beberapa jemputan seterusnya daripada pelbagai pihak.

Dendam saya berbelas tahun yang lalu terbalas ketika saya bersumpah suatu hari nanti saya akan bercakap dan memberi ceramah di khalayak ramai dengan confident, akhirnya tercapai.

Saya takkan lupa hari saya diberi peluang berdiri di rostrum dewan Auditorium Kolej X, UiTM cawangan Y, dewan2 seminar dan bilik mesyuarat UTC sebagai penceramah.

Ada satu program melibatkan IPT dan beberapa pertubuhan sebagai peserta. Penceramah terdiri daripada sebuah agensi kerajaan dan 2 NGO.

Saya sedih kerana tidak berjaya mendapatkan penceramah daripada kedua2 NGO tersebut. Rupanya ada hikmah di sebalik penolakan tersebut. Saya diarahkan menggantikan tempat penceramah kerana program tersebut berkait dengan program yang saya uruskan.

Mungkin bagi sesetengah orang, bercakap di khalayak ramai adalah perkara biasa. Tapi bagi mereka yang pemalu dan pernah diketawakan seperti saya, ia adalah satu kejayaan yang besar. Saya masih ingat selepas tamat program, saya meneliti setiap helai borang penilaian keberkesanan program.

Peserta yang terdiri daripada pegawai2, lecturer2 dan pengarah IPT serta beberapa pertubuhan memberikan markah 4 dan 5 kepada saya sebagai penceramah. Skor 1 untuk lemah sehingga skor 5 untuk cemerlang. Saya bersujud syukur.

Saya kongsikan tips kepada mereka yang pemalu dan berdarah gemuruh seperti saya. Amalkan membaca zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir untuk hilangkan gemuruh.

Saya amalkan zikir ni pada malam sebelum saya beri talk. Saya akan berlatih bercakap di hadapan cermin, berlatih untuk senyum juga.

Buat solat sunat hajat dan tahajud supaya Allah mudahkan urusan.

Untuk ceramah kepada pelajar sekolah dan IPT, saya gemar memberikan hadiah (cenderahati daripada jabatan atau guna duit sendiri beli gula2 mentos atau kit kat) sebagai ganjaran jika mereka menjawab soalan saya. Itu cara terbaik untuk attract attention peserta sebenarnya.

Gunakan pujian, galakan dan ucapan terima kasih kepada peserta yang memberi respon kepada ceramah anda. Paling penting, berikan senyuman paling ikhlas. Senyuman anda akan menarik perhatian audiens terhadap ceramah anda, ia melambangkan kemesraan dan keyakinan anda juga.

Saya sangat seronok dengan tugasan ini. Walaupun tugas saya tidaklah sibuk sepanjang masa, saya sentiasa mencari kerja untuk dilakukan. Saya tidak betah duduk relax. Saya gembira kerja yang berurusan dengan orang ramai, buat program, attend meeting, dan kerap out station.

Saya sangat gembira jika ada pihak sekolah, IPT, NGO dan agensi meminta bantuan melalui kementerian kami serta berurusan dengan saya.

Saya sediakan minuman dan gula2 di sudut kecil bilik saya, khas untuk tetamu saya. Saya mahu tetamu saya gembira dan dilayan dengan sebaik mungkin.

Saya tidak kisah diganggu diwaktu cuti, selepas waktu pejabat atau ketika mc sekalipun. Kerana tugasan ini, saya mendapat kawan baru dan ramai adik angkat.

Saya yakin ada hikmah Allah sediakan meskipun kontrak saya tidak disambung. Saya pulang ke kampung halaman ketika Perintah Kawalan Pergerakan dengan kebenaran rentas negeri dan surat penamatan kontrak.

Beberapa anggota polis yang bertugas menjaga sempadan negeri turut melahirkan rasa simpati apabila saya memberitahu alasan saya pulang ke kampung.

Selepas 3 bulan bersedih dan meratap nasib diri. Saya bangkit menyusun kembali jadual dan perancangan hidup saya.

Saya bisikkan kepada diri saya, saya perlu kuat kerana saya perlu melakukan sesuatu untuk orang lain. Saya beruntung kerana sudah bebas hutang, ada rumah, ada kereta, ada simpanan dan ada adik beradik serta kawan2 yang sangat supportive.

Adik beradik saya sangat mengambil berat tentang saya selepas mak meninggal. Selalu datang mengunjungi saya dan menghantar makanan. Kawan2 juga selalu berziarah membawa buah tangan dan hadiah. Sungguh, saya bertuah dilimpahi dengan kasih sayang oleh semua orang.

Kalau dulu saya buat kerja2 amal dengan menjadi sukarelawan dalam pertubuhan ISMA, juga terlibat dengan tugas mengagih bantuan kepada golongan miskin semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu pertubuhan Sahabat i Care (pertubuhan yang diasaskan oleh ustazah Asma Harun).

Semasa bekerja, saya berurusan dengan IPT2 dan NGO2 seperti Rumah2 kebajikan, I- Bantu, Hidayah Centre, IKRAM Muda dan lain2 untuk mendapatkan bantuan daripada syarikat2 sebagai penyumbang. Kini saya tidak mampu lagi terlibat seperti dulu.

Saya teringin menjadi sukarelawan seperti uncle Kentang (Selangor) arwah Cikgu Abd. Ghani Haron (Kedah) Dr Raja Shamri (Kelantan) & cikgu Fadli Saleh/cikgu korea (Kelantan/Gombak). Saya mungkin tak mampu menjadi seperti mereka, tapi saya mampu buat dengan cara saya sendiri.

Sejak tahun lepas, saya lancarkan projek derma biji benih (sayur dan bunga) berskala kecil di bawah projek Kebun Kasih Cik Bunga Dahlia.

Saya post derma di group berkebun dan wall fb saya. Saya hantar melalui pos. Saya amalkan bersedekah sebanyak rm1 setiap hari selepas subuh ke dalam tabung. Duitnya sy gunakan untuk membeli setem.

Saya lancarkan projek amal menyediakan breakfast percuma kepada sekumpulan murid sekolah rendah di bawah projek ‘She Hotz Kitchen Breakfast Meal’.

Selepas beberapa minggu bergerak secara solo, kawan2 saya berminat untuk join dan jadi penyumbang bersama apabila saya bercerita tentang aktiviti yang saya buat. Saya jadikan murid kelas anak saudara saya sebagai anak angkat projek ini.

Saya berkongsi duit KWSP sebanyak RM500 sebulan sebagai belanja hidup saya setiap bulan untuk membeli barang2 dan memasak.

Saya masak sendiri makanan tersebut sebanyak 2x seminggu kepada murid2 tersebut mengikut jumlah yang saya mampu sahaja. Bagi saya, If you can’t feed a hundred people, then feed just one.

Baru2 ni saya ada terbaca posting Dr Raja Shamri melancarkan projek meminta sumbangan topeng muka untuk diberi kepada golongan asnaf.

Saya sudah menjahit beberapa sampel mask daripada kain secara jahitan tangan dan bercadang untuk menyumbang kepada projek tersebut. Doakan saya berjaya siapkan mask tersebut.

Buat masa ini, saya tidak aktif mencari kerja. Saya ingin berehat buat sementara waktu untuk memulihkan semangat yang hilang.

Saya sudah terlalu lama merantau. Saya mahu menikmati hidup di kampung halaman saya. Bangun pagi melihat pemandangan sawah padi yang menghijau, bukit dan sungai dari jendela bilik tidur serta pintu utama rumah.

Saya mahu menikmati bunyi kicau burung di siang hari. Setiap hari burung Tekukur menyanyi untuk saya.

Saya mahu menikmati hembusan bayu yang bertiup lembut masuk ke rumah, kadang sampai terlena di atas kerusi. Saya mahu sibukkan diri dengan menanam pelbagai jenis pokok buah2an, ulam2an, bunga2an dan sayur2an.

Pelbagai jenis pokok pisang yang saya tanam tahun lalu sudah banyak kali berbuah dan hasilnya dinikmati oleh adik beradik dan sedara mara.

Pisang Lemak Manis, 40 hari, Kapas dan Berangan. Tahun lalu saya menanam sayur bendi, kangkung dan pak choy. Hasilnya saya berikan kepada adik beradik. Benih bunga dan sayur saya edarkan secara percuma meskipun ada yang mahu membeli.

Saya suka memasak dan menjamu orang makan. Saya percaya masakan mampu mengerat silaturrahim dan tanda kasih sayang antara manusia. Kalau dulu, saya memasak untuk rakan2 sekerja. Kini saya beralih kepada kanak2 sekolah.

Response yang saya terima sangat memberansangkan. Anak2 angkat saya suka masakan saya, sanggup berkongsi ramai2 tanpa mengira miskin atau kaya. Semua dapat rasa.

Sekarang, saya tumpahkan minat saya yang suka bercakap dalam bentuk penulisan dengan harapan memberi kesedaran dan semangat kepada mereka yang senasib dengan saya.

Saya mahu jadi bahu untuk mereka bersandar ketika sedih meskipun saya sendiri hampir rebah. Saya mahu memberi idea bagaimana untuk menghargai hidup ini dengan berbuat baik kepada orang lain.

Happiness is not the absence of problems; it’s the ability to deal with them. The only thing that will make you happy is being happy with who you are, and not who people think you are.

Doakan saya diberi kekuatan, kesihatan dan kemudahan untuk melaksanakan kerja2 amal ini. Doakan 2 impian mak saya yang belum dimakbulkan tercapai.

Doakan saya kuat untuk membantu orang lain. Saya mahu mengubah kesedihan orang lain menjadi senyuman gembira. Saya mahu jadi sebaik2 manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain. Mudah2an ia membantu saya di akhirat nanti.

Kepada mereka yang mengikuti kisah saya dari awal, terima kasih atas kata2 semangat anda, doa anda, kasih sayang anda membantu saya pulih daripada kesedihan. Anda juga penguat semangat saya untuk terus membantu orang lain.

Tiada sambungan cerita buat masa ini kerana tiada perkembangan selain aktiviti yang saya nyatakan. Tapi saya akan terus menulis tentang pengalaman hidup, nilai kasih sayang dan pelbagai perkara.

The world is full of nice people. If you can’t find one, be one! Spread your love to others. Terima kasih admin dan pembaca semua.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *