Hakikat Perkahwinan

Aku Jay, Isteri aku Ai. Tempoh perkahwinan kami hampir 10 tahun. Dikurniakan 3 orang anak.

Percintaan kami bermula selepas kahwin. Sebelum tu hanya sekadar kenal, berkawan pun tak.

Aku ni boleh dikatakan proud husband. Aku lakukan segala tanggungjawab sebagai suami.

Bagi shelter, bagi nafkah makan minum, bagi nafkah batin, bagi duit ehsan, bagi kasih sayang, tak baran, penyabar, sediakan makanan, basuh baju, kemas rumah, siapkan anak sekolah.

Boleh katakan segala kerja rumah aku buat.

Ai pun buat juga kerja rumah, cuma dia bersikap mudah marah bila buat kerja rumah.

Yang paling aku tak tahan bila dia asyik membebel. Dari sekecil benda dia boleh bebelkan.

Bila dia buat silap, dia minta maaf, aku selalu ambil jalan damai dan tak memanjangkan perkara tu. Tapi Ai tidak, dia lebih suka marah-marah dan membebel sepanjang masa.

Bagi sesetengah orang, bebelan wanita ni sebagai bebelan sayang, atau gurauan dan ‘wanita selalu betul’ ni sebagai jokes.

Sebenarnya ia memberi kesan yang besar. Jika tidak kepada semua pun, ia memberikan kesan yang besar keatas mental aku.

Tak perlu menasihatkan aku supaya cuba slowtalk dengan Ai, sebab kata orang kunci bahagia rumahtangga tu komunikasi yang berkesan.

Komunikasi akan berkesan bila kedua pihak sudi mendengar. Bukan sekadar sebelah pihak mendengar dan sebelah pihak lagi tak henti menjerit2 bila sebelah lagi cuba menjelaskan

Semenjak dua ni hari2 aku dah tak sama. Aku mula menanam mindset yang berbeza.

Sebelum ni aku cuba membahagiakan isteri dan anak2. Kini aku tak lagi meletakkan apa2 harapan dan biarkan saja apa yang akan berlaku berlaku.

Aku lebih rasa bahagia ditempat kerja walaupun ditekan dipijak berbanding dirumah. Senyum aku kini dibuat2. Kasih sayang hanya pada anak2.

Pada Ai kini hanya tinggal tanggungjawab dan kewajipan, dan aku tak pernah gagal menjalankan kewajipan aku.

Jadi benarlah bila ada yang kata, di pertengahan usia perkahwinan tu kasih sayang akan pudar, yang tinggal hanya rasa tanggungjawab.

Perkahwinan yang gagal bila masing2 tidak lagi mahu menggalas tanggungjawab. Kerana madu mula pudar rasa.

Inilah hakikat perkahwinan.

– Jay (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bertuah isteri Jay dapat suami yang bertanggungjawab macam tu. Rugi wife Jay tak menghargai suami yang sempurna sebegini. Harap Jay terus tabah demi anak anak. Cari lar ruang untuk terus ada “spark” dalam rumah tanggaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *