Keluarga Bakal Isteri

Salam semua. Saya memerlukan pertolongan kalian.

Nama aku Jerry. Aku bakal berkahwin pada 1 January 2025. Kami merancang nak bertunang pada August 2024 ini. Sedikit background.

Aku dibesarkan di ibukota KL. Anak Kedua dari tiga adik beradik. Ibu ayah aku dua2 masih bekerja. Tapi tidak lah kerja sehebat sampai ke overseas tiap tahun. Cukup untuk sara kami adik beradik.

Alhamdulilah aku dapat sambung belajar di UK. Pada tahun akhir, aku berkenalan dengan gadis ayu. Aku namakan dia Anna.

Anna ada program dibawah Universiti local di Malaysia. Dapat membawa Anna ke UK. Anna memang cukup pandai. Itu yang aku berkenan.

Anna anak ke empat dari enam adik beradik. Keluarga Anna hanya bekerja kampung. Aku sikit tak kisah tentang itu. Bagi aku, cukup lah hati budi Anna yang menawan hati aku.

Setelah habis belajar, aku melamar Anna untuk jadi GF aku. Alhamdulillah dia terima walaupun aku jobless lagi. Anna dapat trainee di satu GLC. Aku bagitahu Anna, Bagi aku 3 bulan untuk dapat kerja, kereta dan aku akan jumpa mak ayah Anna.

Alhamdulillah aku dapat kerja di syarikat Sdn Bhd di hujung Selangor. Gaji biasa2 sahaja. Tapi cukup la bagi aku untuk tampung anak orang.

Maka, janji aku tunaikan. Aku jumpa mak ayah Anna. Dan mengatakan isihati aku. Mereka gembira dan bersetuju.

Di situ, mereka terus kena sediakan rumah tak kisah sewa atau beli untuk anak nya, dan hantaran RM15,000. Aku bersetuju. Sebab aku dah ada simpanan masa kerja part time belajar.

Mak ayah aku belum berjumpa lagi. Hanya sekadar bercakap di telephone sebab Makayah Anna menetap di hujung utara. Waktu Anna habis trainee, Makayah Anna datang Selangor. Jadi mak aku atur kan untuk berjumpa makan2 di rumah kami.

Waktu ni kami bincang tentang risik. Sebab mak aku memang nak proper ikut istiadat. Dia kata nak ambil anak orang kena betul2. Tak nak langkah2. Sebab aku bagi idea risik dan tunang terus. Hihi.

Ini lah terjadinya perbalahan. Tak pernah saya sedih menangis dalam hati. Ni 1st time.

Waktu merisik, kami membawa la orang tengah iaitu ayah sedara ku. Ayah sedara aku ni memang orang have2. Tapi dia sangat humble. Waktu kisah hantaran, Ayah sedara aku cakap kami akan beri RM15,000 hantaran dan seutas gelang. Keluarga Anna tidak setuju.

Ayah Anna cakap nak RM25,000 dan emas serba diri. (aku baru tahu ayat ni). Ayah sedara aku cakap akan berbincang dengan aku. Sebab aku masih kat hotel VC dengan Anna. Yela.. Risik mana boleh kami ada kan.

Ayah aku tak pernah nak marah2. Terus dia bertanya tentang kerja mak ayah Anna semua tu. Aku terkejut. Aku cerita A-Z. Terus ayah aku cerita apa terjadi waktu majlis. Aku terduduk sebab aku takde jumlah wang banyak tu. Aku ada balance tu pun untuk majlis belah kami.

Aku call Anna terus. Tanya mana perjanjian kita? Anna cakap dia ikut mak ayah Anna je. Sebab kalau aku tak dapat bagi apa yang ayah dia minta, memang Anna tak dapat terus majlis ni. Sebab Anna jenis patuh mak ayah.

Aku terus dalam flashback dari apa yang terjadi. Keluarga Anna bergelap mata bila datang rumah kami. Memang rumah kami agak besar, tapi tu adalah rumah pusaka atuk kepada ibu.

Makayah aku bukan orang berada tapi masih bekerja yang mendapat gaji tetap. Lain pula dengan keluarga Anna, pendapatan tidak tetap.

Anna sekarang tak kerja sebab dah habis trainee. Jadi dia memang mengharapkan untuk kahwin secepat mungkin supaya dia boleh duduk di rumah. Aku tegas. Aku suruh dia kerja jugak. Anna seorang yang bijak. Rugi kalau dia tak jd cikgu atau lecturer.

Keluarga aku sekarang takde nak buat preparation tunang. Mak aku memang tak nak teruskan. Dia kata dari ikhlas nak terima tetiba jadi benci.

Aku nak tanya pendapat korang. Aku janji akan baca semua comment.

Aku masih sayangkan Anna. Tapi benda external factor membuatkan hubungan aku dan Anna dah renggang. Masih mahu teruskan ke?

Aku boleh buat loan untuk dapatkan hantaran tu. Cuma nak tanya pendapat anda semua. (Sebab korang akan neutral, tanya mak aku gerenti tidak terus). Perlu ke sampai ke tahap itu?

– Jerry (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Jerry, jujur dari hati seseorang yang sudah berkahwin 11 tahun, kita ni berkahwin bukan hanya dengan pasangan, tetapi dengan seluruh keluarga pasangan. Dari awal dah nampak keluarga dia materialistic. Awak ingat itu je ke yang akan dia mintak? After nikah? Uish.

    Lagi 1, kalau dari awal bakal awak kata tak nak bekerja dan awak paksa dia bekerja, it’s not gonna happen. Itu hak dia nak bekerja atau tidak. Kalau awak betul2 nak dia, awak kena terima yang dia tak nak bekerja. Awak sanggup?

    Dengan keluarga yang materialistic dan isteri yang tak nak bekerja, boleh jadi awak kena tanggung family dia.

    After nikah, your wife akan dengar cakap awak or mak ayah dia lagi? Banyak benda nak kena fikir masak2 ni.

    My opinion, kalau betul2 you sayangkan anna, before nikah, both of you have to set some ground rules. Be rational.

  2. Dik, jgn buat loan.

    Loan utk kahwin merupakan langkah gagal yang pertama.

    Akk ade personal experience semasa merisik, ayah akk berat nak bg kahwin sbb bakal suami masa tu br lepas diberhentikan kerja, akk pula ada 1 semester lg nak habis belajar.

    Lepas tu Ade la konflik lebih kurang mcm ni.Keluarga belah sana risau kitorng ni kaya sgt, yg belah mak akk ni pon jd tak ikhlas bila depa duk ckp mcmtu.

    apa yg buat kami dpt settle adalah…komunikasi antara saya dan bakal suami,kami berbincang berdua apa yang boleh kami tawarkan kpd kedua belah keluarga.lalu, kami pujuk ibu ayah kami dengan cara baik.

    Mungkin jodoh kami( dan track record sepanjang membesar kami merupakan anak yg baik dan patuh.hehe), jd kedua ibu bapa terpujuk serta yakin dgn tawaran kami and the rest is history.

    Kata kunci disini berbincang semula antara keluarga..dan anna perlu berperananlah nak fahamkan keluarganya.

    Jika mmg takde kata sepakat, panjangkanlah masa utk kumpul duit atau buatlah apa yang dirasakan terbaik buat diri adik (kecuali buat loan ye!)

    Bermusyawarah dan beristikharahlah..
    Moga Allah ilhamkan yang terbaik dan mudahkan urusanmu sekeluarga.

  3. pertama sekali, jangan buat personal loan untuk berkahwin. Sebab nanti lepas kahwin memang akan pakai banyak duit. Nak sara anak org bukan mudah.. keperluan asas perlu disediakan. Sis rs jerry ni mesti masih muda. jauh lagi perjalanan. Mgkin Allah beri ujian ini ada hikmahnya. Develop career dlu, kejar segala impian sementara bujang ni, sebab bila dh berkahwin, bnyk perkara & keinginan terpaksa dikorbankan. Awal2 lagi diskusi antara kedua2 belah keluarga dah ada persilisihan. Jadi jerry fikir baik2.. sayang mak ayah jerry dlu, kalau mak dh tak suka, mmg red flag utk jerry. Ataupun, masing2 boleh ambil masa dahulu, setahun, 2 tahun.. masa bertenang… maksudnya, jerry develop career dlu, yg anna pun sama. Bekerja lah, enjoylah sepuas2nya masa waktu bujang. Sis cerita ni berdasarkan pengalaman sis ye, mmg selepas kahwin, tgjwb makin besar, komitmen makin tinggi.. nak2 bila dah ada anak.

    • Bukan mudah untuk menerima nasihat secara neutral apabila perasaan cinta sudah menguasai diri. Tetapi ini nasihat saya. Saya menasihatkan saudara untuk berundur sahaja. Apakah saudara menyangka akan berhadapan masalah menyediakan 25K sahaja untuk hantaran? Tidakkan saudara berfikir apakah lagi permintaan-permintaan tidak munasabah dari ibu bapa Anna yang akan datang selepas berkahwin?
      Ianya boleh mengeruhkan hubungan suami isteri, hubungan dengan keluarga mentua malahan hubungan dengan keluarga saudara sendiri. Ingat saudara, fikir secara rasional, jangan buat keputusan yang salah semata-mata kerana rasa cinta. Semoga saudara menemui pengganti yang lebih baik di luar sana.

  4. Tlong jgn teruskan dik. Klau jenis yg ikot mak pak ni susah kemudian hari.Nak2 bab gile rete ni.

  5. Redflag sgt tetiba minta naik hantaran berganda.Anna tu pon mcm xkn la x mengamok tiba² jd cmtu..

    • Jerry…Anggap lje tiada jodoh.Pernah berlaku pada ank makcik,perbincangan awal nak 10k..da nak g minang tukar 25k..bkn hantaran ye,25k duit mas kawin.Ank mula2 setuju,walau ada rasa sedih..tapi sy tak benarkan dia teruskan.Terasa mcm org sana bg hint..tak suka dan cara halus untuk menolak.Jadi rentikan je la…Bila kita tak nak teruskan..dia bg alasan bkn btol2,saja nk tgk serius ke tak?ko ingat menda ni untuk main2 ke…drama sgt!So jerry,jgn teruskan sbb selepas ni awak akan menghadap berbagai jenis drama lg.InsyaAllah ada jodoh yg lebih baik untuk awak.

  6. Terkejut akak bila ayahnya bagitau rm25K! mane tak terkejut yelah dah awak dan anna bincang rm15k, tapi bila waktu risik keluarga tetapkan jumlah lain pulak. Tak tahu kenapa perasaan akak ni macam keluarga perempuan macam nak reject je(dengan alasan tetapkan harga hantaran tinggi dan “emas serba diri”) maksudnya dengan harapan si lelaki mesti “tak mampu ni”. Ni dah macam materialistik dh. Takut pulak rasanya. Bincang lagi dengan mak ayah, tanya restu mak ayah. Bukan apa tau, bila dah kawen kita pun kena terima keluarga dia selamanyaaaaa!

    Apa-apa pun, bincang balik dengan anna dan buatlah keputusan terbaik. Sepatutnya Mak Ayah permudahkan urusan untuk anak-anak. Banyak lagi anak-anak nak gunakan duit untuk kehidupan berumahtangga lepas je pada majlis kenduri-kendara tu.

    Nasihat akak satu lagi, janganlah buat loan untuk majlis kahwin. Biarlah sederhana ikut kemampuan kita. Fikir betul-betul ye dik.

  7. Untuk sahabat Jerry, anda telah mengingatkan tentang masa lalu saya 10 tahun lalu. Percayalah walau macamna pun anda rapat atau ‘kautim’ bila masuk hal hantaran keluarga belah perempuan tidak akan bagi muka. Dan apa anda sangka benda ni akan berlaku sekali ? Tidak kawan, diri saya sedang mengalaminya selama 10 tahun tanpa henti. Selepas kahwin akan banyak lagi kerenahnya. Minta duit bulanan, nak beli itu nak beli ini, nak renovate itu ini. Orang tua materialistik tiada ubatnya dan hanya membuat diri sendiri yang makan hati, isteri ? Mesti la menjaga hati orang tuanya. Hahahahahaha.. kalau lah dulu aku undur diri.

    Apa kata SH (komen di atas) perkahwinan bukan dengan isteri sahaja tetapi dengan keluarga isteri juga. Dan menurut cerita kamu, Anna langsung tidak membantu dan hanya pentingkan orang tuanya saja. Nampak di situ Anna pun kurang fikirkan diri kamu. Cuba bayangkan selepas barkahwin kalau mak ayah suruh tinggalkan kamu, rasanya Anna akan turut ja kata orang tuanya.

    Kesimpulannya, kalau ada jodoh semuanya akan mudah. Dan percaya atau tidak, masih ramai wanita diluar sana yang jauh lebih baik daripada Anna. Fikir-fikirkanlah kawan, sayangi diri dulu sebelum orang lain. Jangan jadi macam saya, anak dah berapa, cerai ? Hmm baik aku telan.

  8. Let go je bro.. Carik lain.
    Sekufu itu penting.

    Perit nanti kalau jenis ikut family sgt. Ssah nk hidup bersama , nk grow family sendiri.

    Ko pun nak gi UK.. mgkn dpt jodoh blonde ke, brunette ke

  9. Carilah yg sekufu.
    Perkahwinan bukan nak hidup sehari dua je.

    Family dia kurang kemampuan untuk buat kenduri sebelah perempuan. Lagi pula selalunya sebelah perempuan kan grand2 lagi pulak bila family dia dah bertamu ke rumah awak dan family awak pun ada yang have2, future FMIL sure nak tunjuk orang kampung yang anak dia kahwin dgn lelaki berduit.
    Ni baru merisik minta hantaran rm25k dgn serba berdiri lagi. Kalau awak confirm dapat sediakan, agak2 majlis tunang, majlis kahwin nanti family dia request apa?
    Dgn kos wedding sekarang ni memang mahal.

    Kalau family dia jenis kurang berkemampuan dan tidak amik kesempatan, dia tak minta melampau sampai serba berdiri dan buat kenduri ukur baju di badan sendiri.

    Kalau awak buat loan, lps kahwin banyak keperluan rumah perlu beli.,nanti jenuh terikat ngan komitmen hutang, lagi kalau bunting pelamin lak.
    Incase future wife awak tak kerja, adakah family dia takkan minta awak sedikit sebanyak bantu kehidupan dorang?

    Kalau nak teruskan juga, tryla, at least tau macam mana red flag akan dtg pulak. At least untuk lagi nampak true colors. Teruskan sampai majlis tunang, tetapkan tempoh tunang 2-3tahun ke. Tengoklah apa yang jadi seterusnya. Kalau rasa boleh accept, terima seadanya your future family in law. Kalau tak, tarik handbreak awal2 kalau tak nak sia2 kan masa dan duit.

    Buatlah solat istikharah, itu yang lebih baik.
    Berbincang semula dengan family awak, apa yang terbaik.

    Semoga awak dipermudahkan urusan dan tenang membuat keputusan yang terbaik untuk memilih bakal ibu untuk zuriat awak.

  10. Jerry, kisah awk ni lebih kurang kisah akk 10 tahun lepas. Tapi terbalik. Family akk org biasa2, mak ayh Z berpangkat. Z sangat baik. Lepas istikharah dan ambil pandangan kawan2, akhirnya akk buat keputusan untuk batalkan semua. Sakit hati tengok family dihina dan mak menangis. Belum kahwin dah macam2. Tak payah pening kepala. Sekarang akk dah kahwin dengan orang lain dan ada cahaya mata.

  11. kesian bila membaca kisah encik. tp betul2 jumlah hantaran dr ibuayah anna? kenapa anna tak cuba bgthu ibuayahnya kalian dah berbincang sekian2. rasanya mungkin ditambah dgn duit kenduri belah perempuan tu memandangkan anna pun belum bekerja 😂 sy kahwin dgn suami sy dlm masa 3 bulan sahaja. masing2 time tu tgh cuba menyimpan lg. kami buat yg mana mudah aja. lg pulak zmn kami dlu time pkp. pokok pangkal sy rasa pd anna dan encik, bincang balik. yg nak kahwin kamu berdua. nnt yg nak menjalani hari-hari puj kamu berdua. jangan sesekali ambil loan. klau tiada kata sepakat, mungkin tiada jodoh. klau dr skrg dah ada conflict duit, nnt bila dah kahwin lg byk ujian kewangan nie. kita je rasa cukup tp mesti ada je nnt yg tak cukup dah boleh buat pergaduhan 😅

  12. Untuk jerry.

    Belajar la untuk melepaskan.
    Cari yang sekufu. Berkahwin bukan sebulan dua tapi seumur hidup. Berkahwin bukan dengam pasangan sahaja tapi dengan seluruh keluarga nya.. Fikir sebaik nya.

  13. jangan buat loan. jangan buat loan. jangan buat loan.

    try jumpa mak ayah anna face to face. nego.
    kalau tak leh juga. move on.

  14. jgn sskali bt loan untuk kwen, apa yg ada ckup untk itu. Kalo mak ayh si anna tue sdr diri and tau hal agama die blh bpikir wajar atau tidak untuk hntran sbyk 25K untuk kualiti ank ye yg sbegitu.Jobless, aset tiada,kemahiran memasak blm tntu lg. Trust me cr la yg sekufu or awk akn trus jd hamba dalam hbgn tue klo diteruskn.

  15. Ikut cakap nasihat abg2 kat sini….depa lebih berpengalaman. ikut nasihat kelurga juga… memang pedih…. tapi kejab jer… kalau ko teruskan, kau akan gembira sekejab dan pedih sepanjang perkahwinan kau…

  16. jerry, ni yg aku agak boleh jadi bila kau teruskan perkahwinan ni
    1. kau dh kena tanggung personal loan kau, kau ingat loan takat tu je? mesti diorg akan demand suruh ada rumah sendiri nanti, nak kereta untuk anna tu jalan2 dirumah, since dia taknak kerja.

    2. anna mengandung nanti, demand nak ke swasta saja termasuk beranak swasta. nak lagi best, kalau ada komplikasi, kena bedah, anna refuse ke gov hospital. paling-paling cikai pun czer swasta lebih 10ribu. baru beranak, anak kuning ke apa kena tahan wad, ada lagi beribu extra charge. tu belum baju anak nak branded, full set breast pump, sterelizer canggih, takmau rebus-rebus botol anak. entah-entah demand nak mesin bancuh susu automatik. anna demand nak CL 44hari lagi. tang ni saja dah hampir 50ribu kena habis. nak hadiah emas sebab dah lahirkan anak kau.

    3. mungkin jugak anna demand nak hantar playschool anak kau. yuran tahunan saja dah 2ribu lebih, bulanan lagi. or anna nak anak kau makan makanan berkhasiat, organik sahaja, brokoli brazil saja. duit lagi.

    ni baru cerita kau dgn anna je, kalau adik2 anak demand nak kau sponsor diorg belajar ke kawen ke apa, how?
    jenuh nak melayan weh kehendak bini, baik kau simpan je duit kau tu, travel solo ke apa. sebab benda ni akan berlarutan. percayalah, sebab diorang dh ada mindset kau sekeluarga kaya.

    aku tau la aku ni anna, tapi aku nak semua ni atas gaji aku sendiri, apa aku nak, aku bayar sendiri termasuk beranak kat swasta. laki aku support yang basic-basic je. sebab aku yang demand so akulah yang kena tanggung. since aku ni professional employee boleh la tanggung.

  17. Apa pun jangan sekali² buat loan untuk kahwin sebab ini lah permulaan untuk ketidakstabilan ekonomi kamu nanti,sekarang memang kamu rasa mampu tapi lepas kamu dah jadi seorang suami baru kamu tahu apa itu penyesalan kerana tidak merancang dengan baik.
    Cuba buat sunat istiqarah n hajat untuk dipermudahkan dan diberikan jalan terbaik.
    Ujian Allah tu ada bermacam-macam kalau boleh move on jelah nanti akan ada yang lebih baik untuk saudara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *