Keyakinan Diri

Ada tak orang macam saya? Seorang yang tak ada keyakinan diri. Saya Zia berumur 24 tahun saya seorang penganggur dari lepas SPM sampai umur saya sekarang ini.

Sejujurnya saya nak kongsi kan kisah saya kalau-kalau ada yang sama macam saya supaya saya tak sorang-sorang kat dalam dunia ni.

Mulanya saya ada pergi interview kerja merata-rata cuma saya terlepas 2 3 peluang dapat kerja tapi saya dapat tempat kerja yang toksik, kerja susah yang saya tak boleh saya seorang yang lembab, tak boleh nak laju-laju dalam satu masa,

Masalah kenderaan juga salah satu sebab ayah saya tak boleh nak hantar kan ayah cakap kena berdikari sendiri, ayah memang cakap kat anak-anak dia korang nak kerja berdikari ayah tak boleh nak hantar kan lagipun ayah sibuk.

Mak pula tahan-tahan saya nanti dulu lah adik kan baru habis SPM nak sambung belajar kakak saya cakap tak perlu nak sambung sebab bazir duit je saya belajar tak pandai mak ayah masa tu dah nak pencen.

Saya dari kecil memang ikut je cakap orang lagi-lagi family kita sendiri. Saya pula anak bongsu so saya menganggur sampai sekarang.

Dalam tempoh sekarang ni ramai merendahkan saya. Kadang-kadang adik beradik sendiri anak buah pun ada juga rendah-rendahkan saya.

Saya tak ada keyakinan diri sampai saya nak cakap dengan orang strangers contoh orang yang jaga kaunter ke saya jadi takut berdebar je saya tak boleh nak berdikari sendiri tak ada keyakinan.

Tapi sekarang alhamdulillah saya okay bila lawan sikit-sikit berdebar tu masih ada lagi. Kawan-kawan pula hilang dan saya segan malu nak berjumpa dengan kawan-kawan sebab saya tak ada kerja.

Diorang pun tak ada nak betul-betul ambil tahu tentang hal saya macam sahabat ada waktu susah senang.

Jadi sekarang saya sorang-sorang ada family je saya ada media sosial tapi tak update sangat macam orang lain tunjuk kereta, tempat kerja, kawan-kawan,bercuti

Kadang-kadang kalau saya berjalan sorang-sorang atau family je. Saya tak tahu nak keluar dari kepompong saya ni macam mana dah cuba tapi sikit sahaja perubahan dalam diri saya.

Sekarang ni saya jaga anak buah saya umur dia 2 tahun dapat jugak la duit walaupun tak banyak.

Ada tak dalam dunia ni macam saya tak ada keyakinan diri kalau ada awk tak keseorangan, kita sama-sama kuat okay..

Sabar banyak-banyak dengan orang yang merendah kan kita ni dorang tak ada tempat kita in Sya Allah kita boleh saya harap satu hari nanti ada perubahan dalam hidup saya. Sekian.

– Zia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *