The Damage is Done

Hai semua. Nama aku Puan Rahsia. Aku seorang ibu anak ramai. Aku berkerjaya.

Ada lesen mengajar. Dan ada juga lesen mengasuh kanak-kanak.

Aku telah bekerja dalam bidang ini hampir 20 tahun. Ya. sama usia dengan putri sulong ku.

Apa yang aku nak kongsikan cerita di sini tidak lah isu yang berat. Cuma tujuan aku agar kalian yang membacanya mengambil suri tauladan.

Entah kenapa sekarang ini aku berasa agak down dengan diri sendiri atas kejadian yang menimpa aku.

Ia berkait dengan kerjaya aku sebagai penjaga budak2. Klien aku terdiri daripada mereka yang berumur baby hingga 6 tahun.

Oleh kerana kerja aku mengadap kanak2 umurnya begini, maka klien utama aku sudah tentulah ibu bapa mereka.

Entah kenapa aku dapat rasakan cabaran menjaga anak2 ini semakin kuat lagi2 selepas era pkp.

Anak2 yag dihantar ke sekolah ku ada pelbagai isu baharu terutamanya masalah lewat perkembangan bahasa, adhd,mild autis dan pelbagai isu tingkah laku.

Tapi itu bukanlah perkara utama yang aku nak ceritakan di sini.

Aku nak bercerita tentang kisah pahit aku menjaga seorang anak bernama WHI.

Ya. senang sebut WHI jelah. Wanita Hari Ini. hahahaha.

Kisah bermula seawal dia berumur 2 tahun yang diletakkan di bawah jagaan ku.

Anak ini walaupun baru 2 tahun, tetapi dia punya berdikari tu kalah anak umur 4 tahun. Sangat senang menjaganya.

Datang sekolah tak menangis. Jalan dah kuat. Hensem pulak tu. Pendek kata senanglah. Sampai aku puji2 mak dia pada rakan sekerja ku kerana pandai mendidik anak. Time flies…..Masa berganti masa.

Hinggalah masuk tahun kedua WHI dihantar ke sekolah ini di bawah jagaanku, dengan tidak semena-mena… pada suatu pagi yang damai, aku mendapat pengkhabaran tidak enak.

Waris WHI datang membuat aduan kepada Penyelia.

Sungguh aku terkejut. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba mendapat aduan tentang aku.

Hairan aku di mana silapnya aku kepada WHI dan ibu bapanya. Jika ada benda tak kena, kenapa tidak direct sahaja bertanya kepada aku. Bukan tak pernah bermesej, bersembang pun sebelum ini. No telefon ku pun ibu bapanya ada.

Tak mengapalah. Aku anggap ini sebagai asam garam kerjaya. Tetapi aku berjumpa juga face to face dengan ibu bapanya. Bertanya apa yang ada rasa ketidakpuasan di hati mereka.

Entah kenapa aduan yang diberikan adalah perkara yang tidak munasabah dan tidak berkait dengan mereka.

Pertama, Mereka mempersoalkan tentang tugas aku yang pada aku tiada kena mengena dengan mereka sebagai klien. Pendek kata mereka tidak perlu masuk campur urusan kerja aku.

Kedua, mereka menuduh aku punca kepada anak mereka yang datang ke sekolah dalam keadaan menangis.

Dalam term pendidkan awal kanak2, “Separation anxiety” itu adalah wujud. Dan normal ia berlaku kepada kanak-kanak saat berpisah dengan ibu bapa.

As long as anak gembira sepanjang berada di taska/tadika, mahu makan minum, mahu minum susu, mahu belajar, maka itu adalah normal walaupun pada setiap pagi anak tersebut akan menangis saat kita menghantar dia ke taska/tadika.

Balik dari taska/tadika tiada birat, tiada lebam sana sini, di rumah tidur anak nyenyak dan sebagainya, maka ibu bapa tidak perlu berasa khuathir.

Okay. Berbalik kepada ibu bapa WHI ini tadi. Dia mengesyaki aku berbuat apa2 kepada anaknya yang menyebabkan anaknya akan menangis setiap kali dihantar ke sekolah.

Aduiiii. Pitam aku. Ibu bapa cerewet aku masih boleh bertahan lagi. Tetapi kalau sampai memfitnah, yang ni aku tak boleh terima. Sebab apa? Sebab ia berkait dengan periuk nasi.

Hairan aku. Tahun itu adalah tahun kedua anaknya bersekolah di situ. Takkanlah tahun pertama aku tak buat apa-apa.

Tiba-tiba tahun kedua aku nak dera anak dia pulak????? Kalau aku ni kaki dera, dari tahun pertama lagi aku dah buat. Betul tak?

Aku rasa dah panjang sangat pulak aku menaip. Aku stop sini dulu. Kalau kalian rasa nak tahu apa berlaku selanjutnya, aku akan akan karang lagi episod kedua.

Adios dulu.

– Rahsia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *