Assalamualaikum wbt. harap admin appr.Saya bukanlah student uia tapi cita2 nk masuk uia lah.Umur sya 16 thn.i am a girl.saya nak make confession sikit pasal biasiswa.Nak mintak pendapat lah sbb benda ni saya selalu geleng kpala and rasanya x tahu apa solution.solution nya hanyalah dgn hidayah drpd Allah swt shj.
Ceritanya bgini ,saya ada sorang kawan ni.ni memang alim tahap dewa lah.semua org suka kan dia pasal perangai dia yg sgt sopan,lemah lmbut,rajin etc.org suka kat dia pun maybe sbb dia pakai purdah. Yelah purdah ni kan membawa imej wanita solehah. saya selalu sakit hati,jealous,marah kat dia ni sbb dia ada jer plan nak jatuhkan saya dari segi education,exam.tapi sya x pernah mengalah.Sya tetap akan belajar sungguh2 utk ubah nasib keluarga.kawan sya ni seorang anak org kaya sedangkan saya sederhana saja.
Masalahnya mcm ni, saya jealous kat dier ni sbb dia sejak form 1 lagi dpt biasiswa.sebab apa dia dpt biasiswa.sbb dia isi gaji ayah dia yg kerja kontrak tu just rm1000. Walhal gaji sbnar ayah dia rm6000++.mak dia suri rumah. Syarat nk dpt biasis ni kena 1500–.semua kawan pandang buruk kat dia ni sbb dpt biasiwa.Padan muka.
Baru2 ni ,dia antara pelajar terpilih lah dpt biasiswa tajaan ke universiti kalau lepas syarat gred minima spm tuh.Lagi lah saya ngan classmates lain jealous. Sapa tak jealous? saya memang dah lama mengharapkan biasiswa tapi tak layak sbb mak ayah cikgu.takkpelah saya redho dan saya yakin itu rezeki kawan lain yg susah.cikgu ckp yg dapat biasiswa tu hanya pelajar yg miskin dan bagus keputusan exam.tapi kawan saya yg pakai purdah ni dpt biasiswa.mcm mna dia boleh dpt? Dia bukan anak org miskin. rumah dia gedabak banglo 3 buah kereta,hari2 bawak bekal kfc ke skolah.
Saya tak kesah jgak kalau saya x dpt. TApi saya kesian ngan kawan2 lain yg miskin. Ada kawan saya best student,ayah pekebun ,tapi x dpt biasiswa. Kesian gak kawan sya ni.ramai lagi kawan sya yg mak ayah kerja biasa2 tapi bukan rezeki mereka dpt.
Entah la nak buat mcm mana.cikgu pun pandang sleng kat dia ni sbb cg rasa memang dia ni tipu data murid. kitorang dah cuba perli dia makan duit haram lah apa lah. tapi dia buat dekk je.biasa lah org alim ni kan kalau rasa marah ,mesti berdiam diri, berwudhuk supaya hilang rasa marah tu kan. Tak mcm kitorang ni tudung x labuh,gengster plak.kalau marah,gaduh pukul bawak hanger gi sekolah haha. Nak mintak pendapat kalau biasiswa kawan sya ni kira lepas tak kat akhirat nnti.terima kasih.
– nur s