kesian adik2 aku

cerita nya macam ni, balik kerja tadi aku pelik apasal la rumah aku gelap ni. sekali bila masuk rumah.. blackout rupanya. aku tanpa banyak soal masuk bilik aku, cari torchlight n pergi mandi. aku tak tanya apa2 sebab aku tahu… api kena potong. lagi. sebab kami tak dpt perjelaskan bil.

semasa aku nak ke tandas tu aku lalu bilik adik2 aku (adik aku 2 orang perempuan). aku nampak salah seorang tu tgh baca quran sambil torchlight kt tangan. aku diam je, aku terus pergi mandi.

sebab apa aku kesian? kau bayangkan lah, makan ber-torchlight, tidur dengan lilin, panas tu takpayah cerita lah ini rumah batu. dengan lipas suka gelap lagi (adik aku dah la takut lipas).

fyi, benda ni bukan baru. dah selalu jugak api rumah kteorang kena potong. cuma ini baru dua kali aku rasa. sebab yang lain, aku ada kat kampus time tu. so adik2 aku dgn mak aku ni lah banyak merasa situasi mcm ni. kekadang tu bukan api je kena potong, air pun sama. adik aku dah la sekolah lagi.

kami ni bukanlah orang susah sejak awal lg. cuma sejak semua benda naik harga ni, mcm ni lah keluarga kami. yes mak aku kerja tp nak belanja buat makan lg, yuran sekolah lg, bil itu bil ini, hutang rumah. mmg tak cukup lah. nasib baik aku dpt elaun asasi. next year masuk degree tak tahu lah mcm mana hidup aku. bapak aku? kerja habiskan duit je. aku kesian kat adik2 aku and of course sekali ngan mak aku yg berpenat cari duit. aku nak bantu tapi aku baru 19 thn. jauh lagi perjalanan aku utk grad dan bekerjaya utk bantu keluarga aku ni.

so tujuan aku confess ni bukan lah nak minta simpati ke apa, cuma aku rasa setiap manusia perlu rasa bersyukur. aku nak bila bro n sis baca kisah aku ni, korang akan rasa bersyukur dgn life korang. korang tak pernah kan bergelap kat rumah selama berminggu.
second, aku tahu yang baca ni ada kisah lagi teruk drpd aku. pengalaman korang mungkin lagi sadis. sbb somehow aku rasa nasib kami sekeluarga ni tak lah teruk sangat dibandingkan dgn keluarga lain. so aku nak mintak lah sikit nasihat atau kata semangat buat aku. itu je. doakan kami.. (sedang aku menulis ni betapa gatalnya aku diserang nyamuk)

– bro dalam gelap

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *