Salam semua,
Semenjak masuk university ni,aku selalu saja menghadapi masalah kewangan. Ada saja yang perlu dibayar. Duit tak pernah cukup.
Aku cuba pelbagai cara, kerja part time waktu tak ada kelas dan hujung minggu, tapi duit tu macam tak pernah cukup.
Aku bukan lah jenis yang boros berbelanja dan aku juga tak pernah keluar berseronok untuk menghabiskan duit. Malah, aku sedaya upaya berikat perut kadang kadang tak makan sebab nak simpan duit.
Tapi, aku pelik kenapa duit aku sentiasa rasa tak cukup.
Ada yang nasihat aku, jangan tinggal solat, selalu kerjakan solat dhuha dan baca al Quran terutamanya surah Waqiah.
Alhamdulillah, aku bukan lah nak riak tetapi aku bersyukur sebab dapat istiqamah dengan ibadat aku.
Akan tetapi, masalah yang sama sering berulang. Ada yang kata ibadah aku tak diterima sebab niat aku untuk lari dari masalah kewangan dan tidak 100% ikhlas beribadah.
jujur aku kata, aku sendiri kadang kadang keliru sama ada aku benar benar ikhlas atau tidak.
jadi aku nak mintak pendapat anda semua, bagaimana tips nak ikhlas beribadah dan juga macam mana aku nak betulkan niat aku untuk beribadat kerana inginkan redha Allah SWT dan bukan hanya sekadar untuk lari dari masalah yang aku hadapi.
sekian.
– Hamba Allah