Assalamualaikum.
Saya sudah berkahwin beberapa tahun. Alhamdulillah tahun ini saya pregnant. Sebelum ini saya tidak ada masalah dengan ibu dan bapa mertua. Tapi semenjak pregnant, masalah mula timbul.
Saya dapat tau ibu mertua saya tidak menyukai mak dan ayah saya. Disebabkan kerana salah faham (it's a very long story there), ibu mertua saya tidak mahu saya berpantang di rumah emak saya sendiri. Suami sudah menjelaskan salah faham tersebut, tapi ibu dan bapa mertua saya tidak menerima penjelasan tersebut. Beliau memaksa suami saya utk memaksa saya berpantang di rumahnya. Saya tidak mahu kerana tidak selesa dan ini pengalaman pertama, dan yakin mak dan ayah saya dapat menjaga saya dgn lebih baik ketika berpantang. Ada beberapa sebab lagi kenapa saya tidak mahu tetapi terlalu panjang utk diceritakan. Suami tidak kisah saya mahu berpantang di mana, tapi kerana dipaksa ibu dan bapa nya, suami terpaksa meminta saya mengikut kehendak mereka.
Saya sangat tertekan kerana mak dan ayah saya mahu menjaga saya, tetapi mertua tidak memahami saya. Selain memaksa, ibu mertua saya juga seolah2 sentiasa berfikiran buruk terhadap mak dan ayah saya. Hati saya sangat terasa dgn tanggapan buruk mereka. Tetapi saya masih bersabar. Bukan lah niat untuk menderhakai kehendak suami, tetapi saya dapat rasa saya akan sangat tertekan jika bersalin dan berpantang di rumah mertua.
Mohon beri saya jawapan, adakah saya berdosa sekiranya saya masih berkeras utk berpantang di rumah emak dan ayah saya? Saya bimbang akan mengalami postnatal depression dan akan effect mental health saya serta baby nanti. Adakah berdosa sekiranya suami saya tidak mengikut kehendak ibu bapa nya dalam hal ini?
Tolong, saya tertekan sangat dan terasa macam nak lari daripada semua orang. Terima kasih.
– menantustress