Taqdir Untukku

Assalamualaikum w.b.t harap admin approve. Saya bukanlah student uia tp saya suka membaca page IIUM Confessions ni. Allah dah tentukan yg hari ni saya tergerak hati untuk berkongsi cerita dan memerlukan pendapat sahabat-sahabat sekalian.

Saya sekarang berumur 25 tahun, saya telah kenal dengan seorang muslimin ni melalui sepupunya (perempuan) pada bulan april tahun ni. Beliau tinggal sekampung dengan saya, tapi saya tidak pernah mengenalinya. Ini adalah kerana dia bekerja di kuala lumpur dan pulang ke kampung apabila ada cuti.Pada bulan september beliau menyatakan hasratnya untuk menjadikan saya sebagai isterinya yang sah. Saya meminta tempoh sebelum memberi jawapan kepada hasratnya itu.

Sepanjang tempoh itu, saya ada berbincang dengan mak dan abang berkenaan hal ini. Mak dan abang menyerahkan keputusan kepada diri saya sendiri untuk membuat keputusan. Saya ada juga bertanya perihal peribadinya kepada sepupunya (perempuan) dan rakan-rakannya. Almost menyatakan yang dia seorang yang baik.

Saya ada juga melakukan solat istikharah serta berdoa meminta petunjuk Allah dalam membuat keputusan tersebut. Setelah itu, hampir seminggu dia menunggu jawapan saya, saya tergerak hati memberi jawapan yang saya menerima dia dan bersetuju untuk dijadikan isterinya yang sah.

Setelah itu, pada bulan oktober rombongan keluarganya datang ke rumah untuk merisik. Perbincangan antara kedua-dua pihak berlaku dan alhamdulillah mereka merestui kami. Tetapi saya masih lagi memikirkan adakah dia boleh menjadi pemimpin dan pembimbing kepada keluarga yang akan dibina nanti. Saya tahu dia baik tetapi fikiran saya masih memikirkan hal yang sama kerana sebelum ini kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain walaupun tinggal sekampung. Tetapi sebelum dia menyatakan hasrat hatinya, dia ada berjumpa dengan mak saya di rumah dan saya telah melihatnya dan kami sebelum ini ada berhubung melalui aplikasi whatsapp untuk perkara-perkara yang penting sahaja.

Persoalan yang masih membelenggu fikiran saya macam mana saya boleh mengetahui yang dia boleh menjadi pemimpin dan pembimbing kepada keluarga yang akan dibina nanti. Sebagai wanita yang akan mendirikan rumah tangga, sememangnya memerlukan seorang lelaki yang boleh memimpin dan membimbing anak dan isterinya menuju ke syurga. Saya tahu semua ketentuan Allah dah tetapkan tetapi kita sebagai hambaNya perlu berusaha.

– Sis Kelate

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *