I Am An Introvert

Thanks admin jika siarkan confession aku ni. Rasa beban sangat dalam hati akibat sifat introvert aku ni.

Aku rasa memang sikap introvert aku ni sejak kecik. Sebab seingat aku, dari tadika, sekolah rendah, aku takde kawan.

Aku sampai tahap tak pergi makan kat kantin sebab takde kawan kan. Masuk sekolah menengah baru lah aku ada kawan 2-3 kerat, tu pun sebab mereka yang tegur aku dulu.

Masa sekolah menengah aku selalu menjadi pelajar terbaik, so cikgu selalu dedahkan aku bergaul dengan semua orang. Orang pun macam suka kawan dengan aku, tapi aku tak boleh paksa.

Bila dengan yang tak rapat, aku tak boleh jadi diri aku sendiri. Dan satu lagi kelemahan aku, aku tak pandai untuk berkata tidak. Dan tu jugak la yang buat aku selalu dalam masalah.

Dengan keluarga aku pun, aku tak boleh sebab kakak2 dan adik perempuan aku jenis toxic suka mengumpat. So aku banyak terperap dalam bilik, main laptop, phone, belajar, baca novel. Kalau hari cuti aku selalu keluar dengan kawan2 baik aku.

Waktu bujang tiada masalah untuk menjadi introvert sebab boleh bawak diri sendiri. The biggest problem start bila dah kawin. Kebetulan suami aku adik beradik ramai, suami aku nombor 4.

Bayangkan abang2 dia, kakak dia dan adik2 dia yang dah kawin ada anak2 tu. Memang bertambah penuhlah rumah tu. Kebetulan rumah mereka berdekatan dengan rumah mertua.

Aku memang tinggal berasingan dengan mertua, tapi tiap2 2 minggu memang wajib tidur rumah mertua sebab adik beradik dia berkumpul.

Allah dugaan sungguh aku rasa.

Masa tu aku tgh pregnant anak sulung, so aku boleh la bagi alahan so boleh terperap dalam bilik. Aku tak tolong mertua masak, tapi aku tolong kemas2 dapur.

Lepas mertua masak, semua dah takde kat dapur, baru aku pergi basuh semua periuk belanga. Aku rela buat kerja sorang2 daripada duk ramai2 kat dapur sebab aku tak pandai borak. Aku tak suka.

Pernah lah aku join duk depan tv rumah mertua ramai2, aku kekok. Aku tak pandai. Satu lagi aku tak selesa bila anak2 saudara suami aku duk keliling dengan aku, borak2.

Aku tak suka budak2. Aku melayan saja mereka bercakap tapi aku tahu tu fake. Bila dah penat sangat aku masuk bilik tunggu sampai masa nak balik.

Kalau aku dengar family belah aku/ family belah suami plan nak buat bbq, atau vacation aku akan jadi tak tenang. Aku boleh bayang kena selalu berborak, bakar ayam sama2.. Oh no its big no..

Bila dah bersalin, keadaan jadi makin teruk. Bila balik rumah mertua, aku dah tak boleh nak terperap dalam bilik lama2 sebab ank bosan.

So nak tak nak aku terpaksa ikut anak aku main kat ruang tamu. Nanti anak2 saudara suami aku datang rampas mainan anak aku, nak dukung angkat anak aku.

And still aku yang introvert tadi tak berani nak tegur sebab adik beradik suami aku semua ada. Mereka nampak saja anak2 mereka kacau anak aku but mereka diam saja. At least tegur lah sikit.

Aku tak suka tegur perbuatan budak tu sebab aku dah tahu kadang2 budak perangai dia, bila kita tegur, dia makin buat.

Ada yang jenis menjawab. Bila tak tahan sangat aku bawak ank aku masuk bilik, and yes mereka ikut. Aku bgtau baby nak tidur tapi biasalah budak2 bukan mereka nak dengar aku kata.

Aku jegilkan mata baru la mereka keluar. Tapi nanti bila dengar suara anak aku menggelekek, mereka datang balik ketuk2 pintu. Aku penat weh.

Aku pernah suarakan kat suami aku. Suami aku pun jenis tak tegur perbuatan anak2 saudara dia. Tapi yang kena hadap aku.

Dah lah jenis suami aku ni, bila balik rumah mak dia, dia akan serahkan penjagaan anak kat aku bulat. Kononnya rumah dia, yang lelaki tak buat kerja macam tu nanti nampak macam takut bini.

Aku dulu selalu gaduh bab ni dengan laki aku. Aku siap ugut suruh dia balik rumah mak dia sorang2.

Oh ya lupa bgtau aku ni fully housewife. So communication skill makin berkurang sebab jarang jumpa orang. Kalau jumpa keluarga mertua, aku takde topik.

Aku sampai tahap bersyukur kalau anak aku meragam so aku boleh beri perhatian kat anak aku saja.

Now usia perkahwinan aku dah 7 tahun. Anak dah 3. But guess what? Introvert aku makin teruk. Aku jadi makin malas nak bersosial dengan fmily aku atau family mertua.

Kalau menjelang hari raya, aku dah start badmood sebab kena jumpa semua orang.

Balik rumah mertua, anak sulung aku selalu kena buli. Bukan buli pukul. Tapi contoh dia tengah main phone, nanti datang ank saudara yang umur 9 tahun datang ambik phone anak aku.

Aku memang tegur kata bagi balik, jangan main. Nanti bila aku dah masuk bilik, tiba2 phone tu dah kat tangan budak tadi.

Aku memang marah suami aku sebab tak marah ank saudara dia. sebab aku dengar anak aku mintak2 phone dia tu tapi budak tu tak bagi.

Suami aku macam tunggul dah kat situ. Konon segan nak tegur sebab tu anak abang dia. Asyik aku yang kena campur tangan, last2 nampak macam aku yang melebih2.

Hello nu bukan soal melebih2 tapi barang ank aku kot, ank aku mintak2 dia buat tak tahu. Anak aku takut2 nak pegang barang orang, tapi barang dia senang2 saja orang rampas. Siapa tak geram.

Aku jadi anxiety bila tiap2 kali nak balik rumah mertua sebab suami aku macam tak berfungsi pun. Rumah mak dia tapi aku yang kena handle semua. Aku selalu jadi moody. Kadang2 aku terperap dalam bilik dengan ank2, sampai ank aku bosan menangis.

Dan yang paling nikmat bagi aku bilamana start pkp tak boleh rentas daerah. So aku tak balik rumah mertua. Masa tu rasa heaven. Hubungan aku dan suami pun makin baik. Rasa macam nyaman boleh rehat kat rumah tanpa jumpa sesiapa.

Tapi tu la bahagia hanya skejap. sekarang dah boleh rentas negeri daerah semua. So rutin tu dah start balik. Anxiety pun dah start balik. Aku serabuk. Aku tak suka.. Tolong aku guys macam mana nak jadi extrovert.

– Puan Introvert (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit