Ibu Bapa Saya Asyik Bergaduh

Assalamualaikum, saya cuma nak meluah.

Kalau korang rasa apa yang saya rasa, saya berharap semuanya dipermudahkan untuk anda.

Saya berumur 17 tahun dan saya adik 4 adik kecil,

Tahun ni saya amat tertekan kerana ibu bapa saya sering bergaduh, mereka kerap bergaduh pasal duit dan perbelanjaan keluarga.

Ayah saya seorang pencen tentera dan ibu saya seorang jururawat…. korang fahamlah kan kalau baran tentera tu macam mana, ibu pula asyik soal pasal duit. 

Dahulu, mereka kerap juga bergaduh tapi tidak la sampai selalu.

Ayah saya selalu guna duit ibu saya dan dia terlalu boros asyik membeli benda yang tidak berfaedah,

Sepatutnya dia sebagai ketua keluarga patutnya membeli barang keperluan harian kami atau memberi duit belanja untuk ke sekolah.

Ibu saya sudah penat dengan ayah saya kerana sangat boros,

Ibu saya uruskan semua perkara di rumah seperti bil elektrik, bil air, rumah, barang keperluan rumah dan sekolah, duit belanja kami.

Ayah saya selalu marah ibu saya sebab selalu mengungkit pasal duit.

Tapi ayah saya jenis panas baran tidak boleh terima apa orang lain cakap.

Kadangkala saya geram dengan ayah saya sebab sangat tidak bertanggungjawab. 

Saya dah penat nak layan mereka. Sudahlah saya ni anak sulung, sampai saya stres dengan peperiksaan penting nanti.

Sudahlah, saya dah penat nak meluah. Saya harap mereka berpisah sahaja, kan mudah?

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *