Belum Istikharah Dah Dapat Jawapan

Aku (lelaki) tak tau nak mulakan dari mana. Tapi sekarang dah kali ke – 5 aku gagal dalam jodoh.

Tapi yang aku nak cerita yang ke-5 (perempuan) ni, lepas gagal dengan yang ke- 4, aku amik masa 1 tahun lebih baru kenal yang ke-5 ni.

Sedikit bio basic, aku dengan dia beza jarak umur 4 tahun. Dia kepulauan borneo tapi menetap di semenanjung, aku pantai timur. Sama2 anak kedua, dan ada past trauma dengan Ex yang lepas.

Tapi trauma dia yang lepas lebih teruk lagi sampai datang panic attacks, suicide attempts, PTSD and depression. Agak krital juga mental health dia, tambahan kerja dalam GOV kesihatan.

Permulaan perkenalan kami di fb dating, mulanya sama2 suka2 jer konon main dare siapa fall in love dulu, dia kalah.

Lama-kelamaan, dia dah tunjuk yang kondisi mental health sikit2 dan past trauma.

Aku punya la kesian, kononnya nak jadi “knight in shining armor” dia jadi heroes tolong dia setiap trigger.

Dia ada seorang kawan laki tahun lepas yang dia kenal sejak persekolahan lagi, jadi life support dia lepas kenal ex dia.

Sampai la suatu hari dia kena maki kaw2 dari kawan dia yang life support ni.

“Baik kau pergi m*mpus.”

“Kalau kau m*ti pon, aku tak nak amik peduli.”

“Aku kawan dengan kau sebab kesian.”

Itulah ayat yang aku dengar dia cerita sambil nangis2 masa dia balik ke borneo sebab nak konvo.

Baru nak share happy moments dengan life supports dia, dah kena macam ni. Aku la yang pujuk2 dia sampai dia back to normal.

Pasal ex dia yang dump tiba2 sampai depressed, work culture toxic and maki kaw2 dari life support baik dia.

Circle dia ada kawan perempuan dia yang dah kahwin, laki kawan dia curang. Memang combination buat dia benci lelaki.

Permulaan main2, hujung2 tu ada isu tesla dan teega. Buatkan dia turn off nak contact dengan aku.

Memang nampak la dia pressure dengan isu semasa ni, sampai kan setiap kali call.

Mesti ada ayat dia yang kata “lelaki tak guna” “tak nak kahwin” etc yang tunjuk kan dia tak perlu laki dalam hidup.

Tambahan kerjaya dia dalam KKM, memang betul2 dah stabil kan. Tak macam kerja swasta.

Macam mana aku boleh hilang dia?

Permulaan nya isu poligami tesla dan teega ni.

1) Dia mula dry.

2) Dia rimas dengan lelaki, benci semua laki tak nak kahwin.

3) Aku yang pressure dia nakkan jawapan kenapa jadi macam ni. Aku salah ke?

Yang aku rasa bersalah sangat adalah sebelum dia kata tak nak contact tu, dia bagitau dia “relapse”, maksud nya dia ada tiba2 suicide attempts lagi. Contohnya ada gores2 tangan etc.

Aku bagi dia masa beberapa hari untuk dia cool down. Dia bagitau dia letih, aku cuba fahammmm kan keadaan, tengok2 dia terus kata tak nak contact aku dah tiba2.

Memang meroyan la aku sebab takde angin ribut, contact pon berbulan2, tiba2 tak nak contact dah. Aku bagi masa lagi, cukup2 jer dua bulan. Terus kena block di fb.

Dia ada matlamat nak sambung degree dalam mod pjj, yang ni memang aku tau dan supports la kan.

So, aku fikir2 mungkin aku akan cari dia dalam 3-4 tahun lagi kalau dia settle degree part time dia. Baru dia terbuka hati untuk berumah tangga.

Sampai la awal bulan dua yang lepas, aku tak sedap hati tiba2. Plus, ada mimpi yang seram sangat.

Bukannya nak percaya sengat dengan mimpi yang entah petunjuk apa. Tapi sebelum tidur tu, aku dah baca doa dan surah Al-mulk. Mimpi pon sebelum subuh.

Aku cuba call dia pakai phone rumah di Kampung, dia angkat sebab mungkin ingat office yang call kot. Masa dia angkat tu, itulah kali pertama dengar suara dia selepas 3 bulan block aku.

Sembang biasa2 jer tanya khabar dia, aku tanya la pasal dia okay ke tak, sebab aku dapat mimpi macam tu kan. Dia kata okay jer, mood masa ni pon dia takde marah2 dah.

Fast forward, 3 minggu lepas tu aku mimpi seram lagi. Mimpi tu SEBELUM SUBUH juga, yang dalam mimpi ni memang perasaan tu aku boleh rasa sama dengan lepas bangun tidur, aku kena block oleh dia.

Aku pon berani kan diri call biasa untuk tanya khabar dia lagi, punca nya sebab mimpi ni.

Hmmmmmmm ternyata mimpi tu petunjuk yang dia dah tunang dengan pilihan keluarga dia, masa bulan dua hari tu lagi.

Aku tak buat istikarah lagi pon, tuhan dah tunjukkan dari mimpi macam ni. Mungkin aku still berharap lagi kan dengan manusia ni.

Entahlah, kalau sekali dua mungkin boleh gunakan agama. Tapi kalau yang ke-5 ni, buat aku rasa macam hopeless nya hidup aku ni. Asyik gagal jer bab ni.

Aku bukannya desperate sangat nak kahwin, bukan ikut kan nafsu sangat, aku rasa sebab macam ni pon sebab “attachment” dengan orang yang aku buat selesa untuk communications.

Dia jer ada dengan aku, masa aku tengah struggle di lowest point. Support aku juga masa tengah sedih sebab kerjaya, 

Masa aku dapat offer job yang baru ni pun. Dia la satu2 nya aku first nak bagitau, tapi fikir mental health dia tak stabil tu. Aku hold dulu sampai la tak sempat bagi tau, dia dah block aku.

Persoalan nya, sampai bila ya jodoh aku nak dipermudahkan? Dah ke-5 gagal ni, gap pon ada Bertahun2, circle aku yang tak solat, career dan financial tak stabil pon boleh kahwin.

Aku? Setiap kali ada niat nak kahwin, kerjaya dah cun boleh kumpul duit. Ujian datang macam2, baru on top dah eksiden patah kaki dan terpaksa balik kg. Kena start kosong balik.

Setahun rugi dekat kg, tahun 2024 baru bernafas dapat saving balik.

Haish, benda ni buat aku mengeluh kadang2. Yang ke-5 ni, aku dah terima mental health tak stabil pon. Kena game bodoh2 juga. Ada jer tak kena.

Aku tak tau nak luahkan siapa2, cukup menulis nak sedap kan fikiran.

Sekian, terima kasih.

– Rai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Semoga hidup awak Allah datangkan kegembiraan dan kebaikan dalam setiap sabar yang awak perjuangkan. Semoga tenang Dan mudah urusan selalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *