Perempuan Better Bekerja atau Tidak?

Saya Roy (lelaki, bukan nama sebenar), mempunyai isteri yang bekerja.

Usia perkahwinan kami baru nak masuk 5 tahun, dan telah dikurniakan satu cahaya mata.

Menulis sekadar ingin dengar pendapat semua rakan-rakan yang membaca.

Alhamdulillah saya bekerja dengan pendapatan yang mencukupi. Tak kaya tapi cukup untuk selesa.

Secara keseluruhannya, semua komitmen / perbelanjaan atas saya. Isteri bekerja dengan kehendak sendiri dan gaji dia juga bagi saya tinggi juga dalam RM5000.

Tapi terus terang saya selalu tertanya-tanya kemana duit lebihan gaji dia, sebab untuk berbelanja untuk kehendak diri pon selalu cakap tiada duit.

So far taska anak saya memang dia yang bayar RM600. Tapi saya cuma pelik bila dia selalu berkira spent untuk diri sendiri.

Sebagai contoh, nak spent untuk diri sendiri pon selalu kata tiada duit, tiada pon spent untuk kecantikan diri (facial dan sebagainya).

So far saya sendiri pula yang berfikir untuk hantar dia buat facial semua.

Ya saya okay untuk semua tu tapi persoalannya untuk apa dia kerja kalau nak spent untuk diri sendiri pun tak nak / takde duit.

Macam saya sebenarnya memang nak dia jadi suri rumah sahaja, tapi memikirkan mungkin dia akan bosan dirumah bila saya sibuk bekerja, saya jadi dalam dilema.

Beli barang tang memudahkan dia kat rumah semua saya beli.

Tapi selalu cakap dia takde duit untuk spent diri dia. Belikan apa-apa untuk parents saya pon tiada, parents dia saya tak tahu la kan.

Bukan apa saya ni hampir seluruh gaji habis untuk keperluan kami, cuma tertanya-tanya la kat mana dia habiskan duit dia ye?

– Roy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Kenapa tanya kami? Tanyalah wife awak tu… hehe gurau je. Mungkinlah isteri awak ni jenis yang berjimat cermat atau dia tgh tolong langsaikan hutang family dia.

  2. perempuan ckp je xde duit.. hakikatnye xde duit dia tu, beribu dlm account.
    semua sbb dia nak jimat.
    dia tahu nak menabung mcm2 utk future.
    tabung kecemasan la, tabung travel la, tabung emas la, tabung reward la.
    Encik jgn kisahkan duit wife tu ke mana, duit dia biar dia uruskan,
    jgn harap kn dia nk beli anything utk your parents, tu biar dia sendiri fikir.
    kalau Encik rase dia xbelikan ape2 utk your parents, Encik la belikan, kalau x mampi]u, its ok.
    Duit suami, duit isteri. Duit isteri, duit isteri.
    Melainkan isteri ade ihsan nk bayar kn komitmen suami, mcm yuran taska tu.
    kalau xde jgn meminta.
    kalau rase terfikir nk suruh dia buat facial treatment, then belanja la. tu nafkah suami utk isteri.

  3. Pelik sungguh lelaki sibuk pasal duit bini. Mana maruah lelaki? Nak bini cantik, suami la keluarkan duit. Bini tu kena fikir masa depan bila ditinggal suami, diduakan dan macam macam perangai suami zaman sekarang. Nak bercerai pun banyak duit nak guna tau, lagi la nak jaga anak, bayar hutang. Tapi serious la, dah kenape sibuk pasal duit bini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *