Masalah Batin Suamiku

Malu sebenarnya nak tulis pasal ni.. Tapi niat sebenarnya lebih kepada nak bantu suami. Cuma tak tahu cara nak pujuk dia ja. 

Saya tak tahu masalah ni ada kena mengena dengan past dia ke. 

Saya dah kahwin dengan suami nak masuk 4 tahun. Kami ada anak sorang 2 tahun setengah. 

Sebelum ni saya kenal suami agak lama sebelum dia setuju kahwin dengan saya. 

Ye, memang saya yang beriya nak kahwin dengan dia sebab saya sangat sayang dan cintakan dia. 

Sikap dia sangat berbeza dengan lelaki lain walaupun dia seorang yang baran. 

Tapi baran dia bukan satu masalah untuk saya pun. Sebab saya banyak melihat kebaikan dia yang lain. Lagipun saya tahu dia jadi baran sebab nak semua orang benci dia. 

Sebelum ni dia bukan seorang yang baran pun. Dia sangat friendly dan mesra dengan orang. Tapi semuanya berubah lepas dia kemalangan motor besar. 

Agaknya ada kecederaan di bahagian alat sulit dia kot. Saya tak faham apa masalah dengan benda tu sebab dia tak pernah nak cerita details. 

Tapi kemalangan tu menyebabkan dia hilang pekerjaan, putus tunang dan banyak kesusahan lain. 

Saya kenal dia dari tempat kerja baru, masa tu pun dia tak berapa ok jugak. Tak banyak saya tahu pasal dia dan past dia. Hanya sikit2 yang penting ja dia cerita. 

Dulu dia tolak cinta saya dengan alasan dia mungkin mandul. Mati pucuk.. Tak mampu bagi nafkah batin pada saya. Dia suruh cari lelaki normal. 

Dia cakap dia tak nak kahwin dengan sapa2 pun.. Tapi bagi saya seks bukan segala2nya.. Lelaki kalau normal pun, tapi perangai tak baik mampu ke saya bahagia. 

Saya pujuk dia untuk ambil anak angkat kalau rasa nak anak. 

Saya cuma nak hidup dengan dia ja.. Ada pasangan. Saya nak dia faham, bukan semua perempuan pentingkan seks dan harta macam bekas tunang dia. Saya terima dia seadanya sebab cinta semata2. 

Bertahun saya cuba raih cinta dia akhirnya dia setuju jugak. Saya tahu dia jugak suka saya, cuma ada perkara yang mengganggu dia. 

Ibarat kejap dia nak, kejap tak nak.. Macam banyak keliru dan berperang dengan sesuatu. Bila kita tanya, dia cakap tak de apa. Mungkin takut saya tak ikhlas dek kerana trauma dia pada perempuan kot.. 

Tapi berkali2 dia tekankan pada saya jangan harapkan seks dari dia. Saya dah cakap saya tak perlukan semua tu. Cukup la hanya kasih sayang dan perhatian dia. 

Tapi yang anehnya, malam pertama tu dia usik saya pulak. Saya persoalkan. Ye la dia kata dia mati pucuk kan. Dia kata dia saja sengaja cakap macam tu nak tengok perempuan terima dia ke tak. 

Ok la saya tak kisah pasal tu. Sebab saya faham trauma dia dengan perempuan buatkan dia lebih hati2 pilih pasangan kot. 

Hubungan kami lepas tu ok ja. Normal macam pasangan suami isteri yang lain. Tak de masalah pun dengan hubungan batin kami. Dia ok ja.. Sangat normal dan saya pun bahagia. 

Bila saya pregnant, dia la orang paling happy. 

Ye la sebagai lelaki, benda tu sangat penting untuk dia kan. 

Sebab dia pernah cakap, bekas tunang dia cakap dia tak mampu bagi zuriat sendiri. Dia cakap dia happy, at least dia tak mandul macam kata bekas tunang dia. 

Dari saya mengandung, sampai lahirkan anak.. Nampak la dia sangat2 hargai saya asbab kandungkan benih dia. 

Dia berubah 360 darjah. Cakap lembut2, sentiasa senyum. Tak de baran2. Sentiasa belai saya peluk saya. Selalu mengaji dekat saya. 

Masa tu saya jugak sangat2 happy dengan perubahan diri dia.. Saya sangka kebahagian ni kekal selamanya. 

Cuma lately ni, rasanya dekat 5 bulan dah. Dia macam gagal dalam hubungan tu.. Awal2 ok, lepas tu tiba2 lembik. Tak sempat nak apa pun. 

Dan dia memang la nampak sangat kecewa dan jadi baran tiba2 dengan keadaan tu. Awal2 saya pujuk. Saya cakap mungkin sebab dia penat. 

Dia hanya merengus dan keluar dari bilik. Tidur dekat hall. Lepas tu dia cuba dan cuba, masih tak berjaya. 

Makin hari dia makin salahkan saya. Dia cakap sebab tu dia suruh saya kahwin dengan laki lain. Dia kata saya ni bodoh nak laki macam dia. Sedangkan laki normal kat luar bersepah. 

Dia kata sekrang tak mampu bagi kebahagian kat saya. Sapa nak bertangunjawab sekarang ni dia soal saya. Hanya itu yang diulang2. 

Lepas tu sekarang ni asyik sebut2 pasal cerai ja. Saya dah berulang kali cakap, saya tak perlukan benda tu pun. Tapi susahnya otak dia nak faham. 

Banyak kali saya ajak berubat. Tetap dia tak nak. Alasan dia buang masa. Sebab dia memang tak mampu. Tapi cubanya tak pun. 

Saya perasan satu benda. Awal2 dia macam bernafsu ja dengan saya. Kemudian dia macam akan terdiam, seoalah2 terfikir sesuatu, terus dia off macam tu ja.

Tapi kalau saya bantu dia dengan tangan saya, dia ok ja. Cuma kalau nak betul2 dengan saya dia tak mampu. 

Jujurnya, walaupun tipu la kalau kata tak rindu belaian dia. Tapi saya masih boleh tolerate dengan benda ni.. Sebab fikirkan keadaan dia, saya pun tak de mood jugak nak fikir seks. 

Sebab saya sangat sayang dia, tak mampu nak tengok dia sebagai lelaki yang gagal. 

Saya tahu benda tu sangat menjentik ego dia sebagai lelaki. Kalau tak, mana mungkin dia minun segala kopi2 untuk batin tu. Ada ubat2 yang dia makan, tapi tak berjaya. 

Saya pulak risau dengan pengambilan benda bukan2.. Takut effect jantung dan sebagainya. Saya sayang sangat kat dia. Saya nak dia bahagia. Saya dah larang dia ambik benda2 macam tu. 

Tapi setiap kali saya ajak baiki, dia kata benda tu tak mampu baiki. Kena terima dia dah mati pucuk. Dia suruh saya cari laki lain. 

Asyik salahkan saya ja.. Macam2 cara saya cuba. Tapi still macam tu.. Dia mudah tergoda dengan saya sebenarnya, tapi sekejap ja la. 

Puas saya pujuk ajak ke klinik. Tapi macam tu la, dia akan cakap buang masa buang duit. Dia cakap dari buang masa nak ubati dia, baik saya cari laki lain katanya. 

Suami tak de apa2 tabiat buruk pun. Tak merokok, tak de masalah kesihatan kencing manis semua tu. Suami rajin angkat besi berat tu. Tapi dia asyik kata dia dah mati pucuk. 

Saya kurang faham mati pucuk tu macam mana sebenarnya? Sebab awal2 dia ok ja.. Pagi2 dia ada ja morning wood. Tapi dia asyik kata dia tak mampu bagi dah. 

Saya ni jenis lembut dan penyabar sebenarnya. Tapi hari ni kemuncak saya hilang sabar sampai boleh nak luah kat sini sebab dah tak boleh tahan dengan sikap dia. 

Hari ni dia cakap kat saya macam ni. 

-sayang sedar tak sayang ni sangat cantik.. 

-dulu kat office lama pun ramai nak sayang kan. 

Saya diam ja.. Sebab faham dia tengah cari point nak gaduh. 

Dia tanya, dekat office sekarang pun mesti ramai ja suka awak kan. 

-abang izinkan ja kalau sayang nak skandal kat tempat kerja. 

-sayang pun muda lagi. Lagipun sekarang ni ramai ja orang buat macam tu. Tak pun boleh ja cari2 dekat omi tinder. 

-abang percaya kejap ja sayang boleh dapat 100 orang. 

Saya tanya dia, abang buat macam tu ke? Skandal kat tempat kerja. Layan orang kat omi. 

Dia gelak macam menganjing. Dia kata skandal ni tujuan dia untuk s*ks. Abang mana perlukan benda tu. 

Saya soal dia, ‘habis awak rasa saya perlukan benda tu ke.. Jijik sangat ke saya kat mata awak. Sampai suruh saya pergi tidur dengan orang sana sini.

Macam saya ni tak maruah kat mata awak kan. Lupa halal haram ke? Kita ni ada anak. Focus untuk anak dan keluarga sudah la..

Dah saya ajak berubat awak tak nak, bila saya cakap saya tak perlukan benda tu awak tak boleh terima. 

Awak nak apa sebenarnya?’ saya soal dia. 

-dia cakap kita berpisah ja la. Dalam islam pun boleh berpisah kalau suami tak mampu. Awak layak bahagia dia cakap. 

Saya soal dia, kalau saya alami perkara macam ni, abang semudahnya tingalkan saya ke. 

-dia cakap ye. 

Tapi saya tahu dia menipu. 

Saya cakap kat dia tolong la faham, seks bukan segala2nya. Kalau abang ceraikan saya, apa jaminan abang saya dapat lelaki baik?

Maunya saya dapat kaki pukul, abang boleh bahgia ke tengok saya derita? Anak kita pulak macam mana. 

Dia diam ja. Tapi saya dah stress sangat. Saya menangis tak boleh berhenti. Saya cakap kalau abang tak mampu bagi tu pun tak pe. Tapi jangan la hancurkan hati saya dengan kata2 abang macam ni. Itu lagi menyakitkan saya. 

Dia ada cool down sikit tengok saya menangis. 

Dia cakap,

-dari awak buat kat belakang saya, lepas tu saya dapat tahu. Baik saya tahu awak buat dari awal2.. Tak de la abang sakit hati sangat. Lagipun dah banyak kes macam ni berlaku. Sebab tu abang izinkan. Abang tahu benda tu penting. 

Time ni saya naik angin, saya melenting. Saya campak habis semua barang2. Dia nampak sangat terkejut dengan amukan saya. Ye la, selama ni tengok saya diam ja kan. 

Saya cuma cakap tak habis2 nak samakan saya dengan perempuan lain kan.. 

Saya cakap kalau di mata awak saya ni perempuan murahan, saya ni perempuan yang hidup untuk s*ks semata2. Awak lepaskan ja la saya. Saya pun tak nak awak tersiksa hidup dengan saya. 

Tak sangup sebenarnya nak lontarkan kata2 macam tu. Tapi kesabaran saya ada limit jugak. Dia hanya diam ja sampai sekarang..

Saya kini pasrah apa pun tindakan yang dia nak ambik. Talak kat tangan dia kan. 

Tapi saya tahu dia sayang saya. Dia pun tak mungkin nak lepaskan saya. Bagi saya apa yang dia cakap tu terbawa2 emosi.

Cuma saya tak tahu la macam mana nak handle masalah ni. Tak tahu macam mana nak pujuk dia untuk ke klinik. 

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Ubat erectile dysfunction murah je sekarang. Beli kat farmasi. Kena jumpa dr dulu utk dpt prescription. Beli generic punya. Jangan beli jenama viagra tu. Awk pergi beli. Ckp awk nak sidenafil generic 50mg. 100mg pun ada. Saya tahu pasal ni sebab saya pun ada ED. Kesian kat isteri. Memang stress dia lain macam.

  2. Mungkin dia gay? Tak minat dengan perempuan? Bila xde nafsu memang akan lembik. Boleh cuba jumpa doktor dulu, doktor akan sarankan pergi ke pakar sakit laki dulu. Kalau tak boleh mungkin ada masalah mental, hantar ke psikiatari. Lelaki kalau sayangkan isteri dia xkan cakap bende macam tu suruh isteri skandal main dengan orang lain. Gila ke apa? Tak masuk akal langsung. Mungkin perceraian adalah jalan yang terbaik daripada isteri tersakiti, dan suami tidak cuba mempertahankan rumah tangga. Jenis suami apa macam tu? Kita punyalah banyak kali isteri mintak cerai, kita bersabar sahaja, sebab sygkan keluarga dan anak2. Puan jangan risau jika jodoh tidak panjang, ada lagi jodoh yg lebih baik di luar sana yg mungkin Allah dah tetapkan untuk puan.

  3. kenapa laki ko cakap macam tu ? suruh bini ada skandal ??? suami benarkan ? kasih sayang di beri green light untuk di bahagikan ??? something fishyyyy . better akak ni pergi check apa kelakuan dia belakang akak. saya yang baca ni pun rasa laki akak ni ada something dia hide . tapi adakah masalah dari diri akak juga ? penampilan ? atau masalah dari laki akk juga boleh jadi sebab . tapi mmg tak normal lelaki benarkan isteri ada scandal ????? sbb mandul je ? tak tahu ke hukum , kifarah , dah ada anak pulak .

  4. akak, boleh tak nanti sambung cerita akak ni. saya curious pula. mungkin suami akak sayang akak sangat sampai dia cakap macam tu sebab nak akak pergi dekat lelaki lain yang normal. entahla. saya harap akak sambung apa findings akak.. semoga semuanya baik baik saja untuk akak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *