Nasihat

Assalamualaikum dan Salam Ramadan.

Aku wanita yang lagi setahun akan cecah 3 series. Haihh, mengingatkan angka 3 di depan tu betul betul buat aku rasa takut dan gelisah.

Bila fikir balik, apa jelah yang aku ada selain dosa yang banyak….

Alhamdulillah Allah panjangkan umur aku sampai di bulan Ramadan. Ada peluang untuk aku menghapuskan dosa-dosa aku. Baiknya Allah.

Sebenarnya kan, aku tengah buntu sekarang ni sebab tak tau nak luah kat siapa. Sebelum ni ada berjumpa therapist/kaunselor tapi mahal nokk, RM60 untuk satu sesi yang berlangsung selama 1 jam saja. Tak banyak mana pun sempat luah. Tapi rasa lega dapat menangis tanpa di-jajj.

Tu pun still rasa tak puas sebab kadang2 dapat therapist/kaunselor yang jenis dengar je…. Takde pun nak tolong comfort kita. Rasa macam bercakap dengan dinding. Haihh sabar jelah.

Jadi tujuan asal aku meluah di sini dan sekiranya admin sudi menyiarkan, tujuannya nak bagi nasihat yang korang tak minta pun tapi aku nak juga bagi nasihat. Aku tak kira, aku mesti bagi juga. Aku harap sangat ada yang dapat manfaat dari nasihat aku ni. Amin

Ini ringkasan siapa diri aku. Wanita/waniter kalau manjahh. Menganggur (sebelum ni kerja tapi dah resign, sekarang tengah cari kerja baru).

Duduk menyewa tapi balik semula rumah family sebab tak kerja so tak de duit lah nak bayar sewa. Single. Tak ada bilik sendiri kat rumah parents sebab adik beradik ramai.

Nasihatnya ialah, carilah kawan sekufu. Serius ni. Dapat kawan yang tak sekufu memang boleh jadi sakit jiwa sebab mindset tak sama. Umpama kau kambing tapi kau try to fit in dalam alpaca. Umpama kau ayam tapi kau try to fit in dengan itik. Mana boleh, tak sama!

Aku ni jenis lambat pick up, pembaris dan agak bodoh. Kalau bab emosi lagilah aku tak pandai. Aku reti fikir apa yang ada tengah berlaku je. I live in present. Gittew

Aku seorang follower dan juga listener. Maksudnya kalau dalam group kawan2, aku dengar dan aku ikut je.

Aku pernah berkawan dengan group yang ada safety net. Maksudnya, keluarga diorang have have. Keluarga aku tak have. Sekadar cukup makan dan tak banyak pilihan yang ada. Jadinya aku mmg akan sentiasa elakkan risiko. Bahasa mudah, aku ni pengecut.

Apa-apa yang berisiko tinggi memang aku elak awal2. Yelah, kalau apa-apa jadi kat aku, takde orang nak tolong aku dari segi emotionally dan financially. Aku ada keluarga tapi macam takde. Hidup berdikari. Gittew..

Kawan dgn group ada safety net nie best. Aku belajar banyak benda baru. Belajar fashion, styling, make-up. Tu semua boost confident aku. Tapi jauh di sudut hati hitam aku, aku tak happy. Diorang ajar aku untuk instant reward. Diorang cakap self reward itu pentingsz.

Aku ni dah biasa menyimpan dan berjimat cermat. Aku rasa sedih sebab kena belanja wang pada perkara perkara yang tak berfaedah.

Kemudian kalau aku luah masalah hidup aku, memang seronok sebab diorang akan validate dan acknowledge masalah aku.

Contoh, aku gaduh dengan mak ayah aku atau siblings aku, diorang akan comfort aku,

“Kesiannya you, tak patutlah adik beradik you treat you macam tu. Lepas ni you kena lebih tegas, kena melawan dan suarakan hak you. Self-love is important. Lepas ni fikir diri you je. Tak payah fikir orang lain. Orang lain pun tak fikir pasal you” lebih kurang macam tulah contohnya.

Kiranya macam diorang akan ajar aku untuk lebih self love. Baguslah self love tu.

Tapi hasil nasihat tersebut dah buat aku ni macam outcast dalam family aku sebab tiba2 aku suarakan hak aku sebagai anak perempuan yang tak ada bilik dan banyak lagi lah yang tiba2 aku isu-kan kat parents aku.

Semenjak itu, hubungan aku dan parents aku tidak lagi baik. To make it short, mungkin sebab dah lama sangat friendship ni jadi makin lama makin ketara betapa aku tak ngam dalam group tersebut.

Betapa ayamnya aku dalam group itik tersebut. Akhirnya kami tidak lagi berkawan. Masalah aku dengan family aku masih lagi sama. Huhuh. Diorang tinggalkan aku. Niceee.

Group kawan kedua pulak seperti relatable tapi tak relatable. Ah camne tu. Kiranya macam kami ada masalah yang sama jadi boleh ngam dengan cepat. Contohnya, aku dan diorang ada masalah family. Jadi kami support each other.

Ya Allah terima kasih untuk persahabatan ini. Rasa lega sebab jumpa kawan2 yang ada situasi sama. Alhamdulillah kawan2 dari group ni semua dah berkahwin dan mereka dah bahagia.

Aku masih single dan kerap diasak oleh diorang untuk berkahwin juga. Aku tak nak kahwin. Aku tak sedia lagi. Ntah. Mungkin tak kan sedia. Rasanya sebab parents aku pun tak de lah bahagia mana. Aku jadi takut nak kahwin.

Aku terfikir jugak macam mana kawan2 aku ada keberanian untuk kahwin sedangkan situasi keluarga kami sama. Alhamdulillah pilihan diorang tepat, diorang bahagia sekarang. Bagus dan I’m happy for them. Tapi tak payah lah paksa aku kahwin!

Disebabkan diorang asyik paksa aku kahwin, aku pun try kenal kenal dgn lelaki. Pastu couple dengan niat nak berkahwin. Entah kenapa aku tak happy pun untuk couple. Hati hitam aku tak suka dan tak selesa. Dapat pulak jenis pervert.

Sumpah rasa aku nie bodoh sangat sebab kenal dia. Rasa nak tumbuk je muka dia. Ada ke patut nak minta pegang tangan. Haram! Pastu sibuk minta gambar. Geram! Tak suka dan tak selesa. Pervert! Aku marah pun, aku bodoh.

Aku still try juga keluar dating sebab aku fikir aku dah dewasa. Aku keluar dating kat cafe. Try pulak dating kat kedai mamak. Aku fikir kalau dah keluar banyak kali aku mungkin akan develop rasa suka. Tapi takde pun rasa suka. Rasa tak selesa ada lah.

Rasa macam something wrong. Rasa bersalah keluar dengan lelaki bukan mahram eventho kat tempat orang ramai. To make it short, aku putus. Aku juga menjauhkan diri dari kawan2 aku yang asyik paksa aku kahwin.

Akhirnya, tinggal aku sendiri. Menganggur. Jadi andartu. Huwaaa.

Kesimpulannya, makin kita dewasa makin kita sendirian. Boleh lah ek kesimpulan macam ni. Kalau ada kerja kosong please roger roger saya. Malulah saya dengan parents, dah tua tapi menganggur.

– Lelas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *