Kakak Ipar

Hai assalamualaikum.. Aku tak tahu nak cerita dari mana. Aku dah tak tahan dengan keadaan sekarang. Aku dah meluah dekat family terdekat dan kawan rapat tapi entahlah aku still rasa serabut sampai sekarang.

Aku cuba untuk berdamai dengan takdir, dengan ujian Allah berikan kepada aku tapi semakin aku nak ikhlaskan sesuatu perkara itu akan datang perkara lain yang buat aku stress.

Aku dah berkahwin hampir 3 tahun dan dikurniakan seorang anak. 6 bulan yang lepas suami aku mengajak kakaknya tinggal bersama atas alasan masalah keluarga (yang tidak boleh aku ceritakan. Mungkin ada yang kenal atau ipar duai yang membaca coretan ini).

Suami aku mintak keizinan untuk bawak kakaknya tinggal bersama dan aku beri keizinan atas sebab suami memberitahu bahawa kakaknya hanya tinggal bersama kami untuk sementara waktu (kakak ipar aku ada planning lain).

Tapi sampai sekarang aku tanya tentang dia punya planning dia dah tak ada minat tentang itu. Jadi akan sampai bila2kah dia nak tinggal dengan aku??

Dari anak aku kecik lagi aku ada masalah dengan kakak ipar. Mungkin bagi dia, dia tak anggap itu masalah. First dia persoalkan tentang nama anak aku.

Dia cakap nama yang aku bagi ni membawa maksud tak baik (dia siap bagi nama lain dan umumkan dalam whatssap group family lagi. Dah la nama tu tak best). Aku siap buat rujukan dengan ustaz lagi dan ustaz pun cakap tak ada masalah dengan nama tersebut.

Sampai sekarang aku terasa lagi. Nak cakap pasal perangai kakak ipar aku yang buat aku terasa ni banyak lagi sebelum dia tinggal dengan aku. Jadi aku ringkaskan perangai dia lepas tinggal dengan aku.

Mula-mula dia duduk dengan aku oklah perangai dia. Tolong aku itu ini. Lama-lama dah tak tolong. Fyi kakak ipar aku tak pandai masak. Paling terkilan aku sakit tak sihat tapi aku kena gagahkan diri untuk masak sebab apa? Sebab nak jimat.

Suami aku gaji bukan tinggi. Ikutkan suami aku nak beli je makanan tapi aku tak bagi. Aku kesian dengan kewangan suami aku. Suami aku pernah mintak tolong kakak dia gorengkan ikan tapi dia cakap ada hal. Entahlah.

Anak aku tengah main dia bukak cerita kartun. Lepas tu dia cakap anak aku sekarang ni banyak sangat tengok cerita kartun tak bagi mengamuk. Kalau dia kakak kandung aku dah lama makan makian aku. Aku memang jarang bagi anak aku tengok kartun.

Hari tu aku dah mengamuk dekat laki aku pastu ok sekejap. Malam ni anak aku tengah main elok2 dia bukak kartun kat hp. Ya allah menyiarapnya aku. Lepas tu pasal makanan. Aku jarang bagi anak makan manis kecuali kalau keluar memang tak boleh elaklah.

Sejak dia ada memang anak aku selalu makan manis. Lepas tu dia cakap anak aku sekarang ni dah tak nak makan benda lain sebab dah rasa makanan manis. Bodohkan.

Lagi sekali aku mengamuk dekat suami aku dan hanya bertahan sekejap sahaja. Aku rasa seolah aku yang bersalah tentang anak aku ini. Aku sehabis baik buat yang terbaik untuk anak aku tapi bila masuk campur tangan orang lain aku jadi ibu yang gagal.

Sekarang ni bulan puasa paling tipis kesabaran aku. Anak aku tak sihat. Aku masak ala kadar. Aku buat mana yang sempat sebab anak aku merengek nak dengan aku je. Bangun sahur tu dia cakap “eh semalam baru kakak basuh pinggan licin semua pagi ni dah banyak dalam sink”

Aku tak banyak cakap terus bangun basuh pinggan. Aku memang jenis sambil masak sambil kemas dapur basuh pinggan tu semua tapi sebab anak aku tak sihat aku masak pun lauk telur yang simple memang tak ada masa nak basuh tu semua.

Bukannya aku tak buat lepas anak aku tidur aku buat la. Dia buat aku ni macam menumpang rumah dia yang tak reti basuh pinggang kau faham tak. Stress nya aku.. Dia basuh pinggan pun boleh bilang dengan jari berapa kali sebulan. Dasar manusia tak reti bersyukur.

Aku ni dah macam hamba dia. Tolong masakkan untuk orang tua yang tak sedar diri umur dah nak masuk 40-an. Bila aku suruh laki aku suruh kakak dia masak laki aku buat tak tahu je. Dia pun dah penat dengan perangai kakak dia.

Lagi satu bilik dia kat dapur, hari2 aku kena sapu rambut dia yang berterbangan kat dapur. Aku naik geli dah.

Hari tu aku pergi rumah kakak aku sehari tak balik, esokkan tu dia tegur eh banyaknya rambut kat dapur ni rambut sapa ni. Ni macam rambut saya sebab panjang rambut awak pendek je.

Barulah dia ambil penyapu sapu tapi sekali tu je. Lepas tu aku la jadi hamba dia sapu rambut dia hari2.. Tahun lepas aku dah bagi warning kat laki aku, aku boleh terima kakak dia tinggal dengan aku sampai akhir tahun ni je. Suami aku senyap.

Entahlah sekarang ni aku betul2 serabut. Rasa nak balik tinggal dengan parents aku je.

Hari tu mak aku tersalah cerita pasal masalah aku ni dekat bapak aku mengamuk orang tua tu suruh aku balik tinggalkan laki aku nak tengok tahan ke tak duduk dengan kakak dia. Orang tua mana sanggup tengok anak jadi hamba orang lain kan.

Kadang2 aku rasa aku ada masalah hati tak boleh terima kakak ipar aku. Tapi dalam masa yang sama aku selalu fikir dorang ada ayah lagi. Bukan tanggungjawab laki aku nk jaga kakak dia. Jahat ke kalau aku tak nak jaga kakak dia?

Kakak dia bukan cacat tapi pemalas. Entah la aku serabut. Aku rasa aku nak tinggal je laki aku ni. Lagi satu aku tak boleh stress2 kalau stress aku akan jadi berdebar. Doktor syak aku ada jantung tapi aku tak pergi appoiment.

Aku penat dengan keadaan sekarang. Dah banyak air mata kelelahan yang mengalir. Aku tak reti nak cakap direct dekat suami aku, aku dah tak nak tinggl dengan kakak dia. Oh lagi satu kakak ipar aku tak kahwin lagi dan tak nak kahwin.

Sekian luahan. Maaf kalau cerita ini buat korang pening dan tak faham sebab aku tengah serabut. 6 bulan aku bertahan. Kau bayangkan lah aku hadap muka kakak ipar aku 24 jam sebab aku ni surirumah. Kakak ipar aku pulak buat bisnes kecil-kecilan kat umah ni.

Sekarang ni dengar suara dia pun aku dah naik muak. Masalah hati betul kan aku ni. Hmm. Sepatutnya di bulan yang baik ni aku berlapang dada tapi entahlah ada je perkara yang buat aku semakin serabut. Hmm.

– Kacau Bilau (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kalau suami hanya diam cuba uji suami. Cakap awak stress dan mahu pulang ke rumah ibu bapa awak. Awak balik dlm seminggu biar suami rasa hidup dgn kakak dia. Klu suami paksa balik syarat nya kakak tu balik ke rumah ibu bapa suami. Klu degil jg minta bapa tt turun tangan dan tegur suami

  2. Pendapat sy..baik sementara waktu tinggal dgn parent dulu.Tenangkan diri..Jaga hati kita dulu sbb kita yg menanggung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *