Mak Ayah Beraya Tanpa Anak-anak

Boleh baca confession ini dulu,

(https://iiumc.com/abang-aku-robot-v/).

(https://iiumc.com/dugaan-majlis-ijab-kabul/).

Sejak aku menjadi isteri dan pekerja, baru faham rupanya penat juga. Syukur kerana suami memahami aku.

Tahun ini aku beraya di rumah belah suami. Sebenarnya teringin nak beraya belah aku tapi demi menjaga suami dan si robot aku dah berpesan apa pun jadi kena beralah pada suami. Jadi aku just follow je.

Tahun ni si sulong tak balik raya sebab kena duty. Kalau ikutkan dah berapa tahun dia tak balik raya sejak PKP lagi.

Lepas PKP tu lah dia balik sekali itu pun cuti 6 hari sahaja.

Aku hanya fikir kesian mak dengan ayah je. Raya ke 10 baru along dapat cuti selama 1 minggu.

Mungkin raya ke 3 kot aku akan jenguk mak dengan ayah. Selama ni time raya aku lah yang duduk rumah mak ayah dan adik² sebab si sulong duty.

Sekarang tinggal adik² aku dengan mak ayah di kampung. Rasa bersalah tu ada tapi tu lah. Aku dalam dilema kesian mak ayah di kampung.

Teringat dulu masa si sulong masuk operasi terputus hubungan telefon.

Kawan² dia pasukan barisan belakang duduk kem akan pergi rumah hantar kek batik air tangan dia. Kadang hantar surat.

Waktu tu semua keluarga berdebar takut² dia jadi apa² maklum lah dia operasi kan hubungan telefon pun putus. Takut dia meninggal dalam tugas ke apa ke.

Rupa2nya dia hanya hantar surat dari perantauan dan memberi kek batik air tangan dia sendiri.

Ironinya dia tahu kek batik ni lambat basi sebab tu dia buat dan bagi dekat kami ni.

Memang dia ni kuat bebel. Tapi aku dapat rasa kan dia ni sayang dekat kami semua.

Aku rindu nk tengok dia ironkan tudung aku ironkan tudung mak baju melayu abah adik² pakaikan samping ayah.

Aku rindu nak tengok dia masak rendang cari buluh masak lemang malam raya sorang².

Aku rindu pagi² tu dia pasang lagu dangdut kuat² suruh adik² aku bangun bersiap pergi masjid.

Aku rindu dia yang setup kerusi suruh mak dengan ayah duduk atas kerusi dia jalan mengensot pergi dekat mak ayah bersalam lepas tu bagi duit raya dekat mak ayah. Bagi duit raya dekat kami adik², sumpah aku rindu.

Walaupun dia tak pernah mintak maaf dia tu selalu membebel kami…

Aku harap dia sihat selalu di tempat kerja dia. Mak ayah dan adik² tunggu dia balik. Vibe pagi raya pertama dia takde tu rasa mcm sunyi pulak.

Aku harap ada lah perempuan nk dekat dia kalau anggota kahwin ni peluang dapat cuti tu senang…

Maaf luahan aku sedikit sebab terasa rindu si sulong tu ada walaupun dia ni kadang tengok tak berapa betul terlalu perfectionist..

– Izah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *