Idea lawatan bermanfaat

Salam semua. Saya tengah buntu. Harap ramai-ramai boleh bantu saya.

Saya seorang guru di salah sebuah sekolah menengah agama. Untuk program pasca PT3, saya berhajat nak adakan lawatan supaya minda pelajar-pelajar saya lebih terbuka dan mungkin juga sedikit sebanyak menaikkan motivasi serta jati diri dalam diri mereka. Sebagai seorang guru, saya menyaksikan ramai dikalangan pelajar zaman kini tiada jati diri yang jitu dalam pelbagai aspek, baik pelajaran mahupun akhlak. Walaupun mereka bersekolah agama, jati diri mereka sangat rapuh sama sahaja seperti pelajar sekolah harian biasa.

Untuk pengetahuan semua, aktiviti-aktiviti seperti hafazan, basic skills by some government institutions, memasak, menjahit, gotong-royong dan beberapa aktiviti lain sudah dijadualkan untuk mereka mengisi masa.

Cuma yang menjadi masalahnya, bahagian lawatan. Saya masih tiada idea yang bernas untuk mereka. Dalam kalangan guru, saya sudah membuat perbincangan tetapi masih gagal mendapatkan senarai tempat-tempat yang berbaloi untuk dilawati. Mungkin juga kerana guru-guru tidak berpeluang untuk brainstorm betul-betul disebabkan kekalutan penyediaan pelajar untuk SPM.

Saya mohon rakan-rakan pembaca boleh menolong saya memberi idea supaya lawatan ini bukan sekadar makan angin tetapi boleh memberi manfaat buat pelajar saya.

Terima kasih.

-CikguBuntu-

– CikguBuntu

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *