Salam guys. Aku nak tanya korang lah kan lelaki2 ni, kalau korang kena reject *read:reject ajak kawin* oleh seorang wanita yang kau gila2 suka, dan dia memang ada dekat dengan kau contohnya sekelas, cara mana yang korang prefer either 1)si perempuan ni buat2 dunno je baru reject kau dan try buat friendly aka masuk friendzone or 2) sila pergi jauh2 dan jangan ganggu hidup kau lagi ie jangan duk like/komen fb, jangan senyum kalau jumpa dan semua janganlah.
Sbb aku ada kawan perempuan dan lelaki. Kawan lelaki aku confess lah kepada kawan perempuan aku. Aku pulak jadi orang tengah yang mana aku tahu selok belok kisah mereka. Kawan perempuan aku ni duk buat2 friendly dengan kawan lelaki aku dan pada masa yang sama aku kesian kawan lelaki aku ni takut dia berharap ke apa.
Pandangan korang yang penah kena reject macamana? Kahkah
– Kawan kamu