Individual sangat!

Hye semua.
Ceritanya macam ni. Aku budak sem 1 baru. So semangat belajar tu, membuak buak lah kan. Satu masalah aku, aku tak boleh nak buat group work.

Means that, once aku dapat je assignment tu, aku akan terus buat, sorang diri. Kalau boleh aku memang nak buat sorang, sebab aku kurang percaya dengan org lain. Aku tak reti nak bagi bagi tugas ni (orang akan selalu suh aku jadi ketua).

Aku ada je, sekali dua tunggu group aku tu progress sendiri, tanpa aku buat apa apa. Tapi langsung tak progress!. Aku macam fed up gile. Better aku buat sorang je assignment ni. Sebab, diorang macam suka lengah lengah waktu, aku tak boleh.

Aku nak siap on time. Aku akan rasa sangat tak selesa selagi assignment tak siap. Kalau boleh , harini lecturer beri assignment, esok jugak aku nak hantar. Aku tak boleh main hold hold assignment camni.

So, macammana nak solve problem aku ni?.

– semsatu

CREATE A POST

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *