Life, Money, Blessing

Assalamualaikum followers setia IIUM Confession-BM :)

First of all, aku bukan student UIA. aku belajar kat private university under sponsor. Aku tulis post ni pun bukan sebab apa. Just nak luahkan apa yang aku rasa dengan hidup aku sekarang.

Setiap bulan aku akan dapat elaun RM700++ and mesti antara korang rasa banyaknya dapat duit setiap bulan. FYI, zaman sekarang yang semua benda tengah mahal ni tak cukup. meh aku cerita macam mana aku guna duit tu every month. Btw, aku bukan anak orang kaya tapi takdela susah sangat. Sekadar cukup segala keperluan and tak perlu meminta dengan orang lain untuk hidup. Tu pun aku dah cukup bersyukur. Alhamdulillah :)

Macam aku cakap sebelum ni, aku belajar kat university private and kalau dah namanya belajar kat uni private of course takde hostel. kalo ada pun RM1000/month. tu pun sewa bilik SAHAJA. Mahalllll gila. Yes, but its true dae. So, aku duduk la rumah sewa dengan budak batch. So roughly every month kena bayar sewa RM200++. Tu tak termasuk bil air elektrik internet. Campur2 semua plus minus 300 per month. So sekarang ni aku tinggal lagi dalam RM400++ sebulan. tempat aku belajar dengan rumah agak jauh. so kena naik kereta. Aku tumpang kawan. Tong tong minyak dalam RM60-80 per month. So tinggal la dalam RM300++. Okey, dengan duit tu la selebihnya aku adjust untuk makan,minum, beli brg study, duit tiket balik kampung, top up, belanja adik setakat boleh.

Aku ni kan memang almost setiap bulan wajib blk kampung even though weekend je pun. Aku orang jauh. So tiket balik lebih kurang RM100. 7-8 hour baru sampai rumah. Tapi kan,aku fikir kalau aku tak balik, aku akan bosan. Bila bosan keluar. Bila keluar, duit pun keluar sob sob. So, dari aku habiskan duit dengan benda lain baik aku balik jumpa family.Boleh makan sedap kat rumah walaupun sekejap. Boleh jumpa sumber keberkatan dalam hidup aku :). So dear readers, aku nak cakap walaupun duit aku tinggal sikit je baki setiap bulan untuk makan minum, duit tu tetap cukup. Aku rasa keberkatan duit yang sedikit aku ada tu Allah bagi sebab aku utamakan parents aku. Kalau korang rasa ragu2 nak balik tak, balik la jumpa orang tua. Sekejap pun takpe. Who knows it will be your last meeting with them. Balik even weekend. Tengok wajah diorang puas2. Aku kan stress je belajar, tapi bila balik kampung secara automatik stress tu hilang. padahal aku bukan buat apa sangat pun kat rumah. Lepak tgk tv masak sembang2 dengan family. tu je. two days is enough for me to refresh my minds.

Lagi satu, aku masak almost every day kalo tak busy. So, banyak la duit aku boleh save. Tang ni kena rajin siket. Tips nak pandai masak, kau baca resepi, tgk youtube/any videos, call talian hayat orang yang pandai masak (kalo aku of course my beloved mommy, then makcik2 yang rapat and orang yang recommand recipes tu). Then kau try buat. In sha Allah jadi. Dont hesitate. Just do it.

Tapi kan, biasala hidup berkawan ni kan. mesti ada yang ajak hangout. Nak2 aku yang belajar di uni private yang dikelilingi kawan2 yang mostly kaya. Yang duit does not really a matter for them. Yang makan luar setiap hari. Yang suka keluar situ sini. Aku nak je join, tapi kan top most problem is duit. So aku kadang2 rasa terpinggir jugak la, sebab aku kurang rapat siket dengan diorang sebab aku jarang ikut diornang hangout.So, last2 aku lone ranger. Aku tak jumpa lagi orang yang betul2 sekepala and senasib dengan aku. So susah siket la. Sebab tu aku selalu keluar sorang2. Sebab kalau aku keluar aku habiskan duit kat tambang je biasanya. Makan tu aku cari yang sehabis murah. And tekak aku bukan boleh telan sangat fast food. Dah la mahal, tak sihat lagi. Memang tak la kan. Kalo keluar dengan kengkawan aku yang lain, tak makan tempat la selain fast food, nando's, chicken rice shop etc yang harganya RM15 and above. Internally screaming weyh kena bayar RM30 for one meal. Aku boleh beli barang dapur utk almost 2 minggu makan dh tu.

So, to wrap up my not really confession today , bersyukur dengan apa yang kau ada. Use the every single chance you have to do anything. Hargai parents. If you cant change something, then you yourself need to change. Brace yourself!

————————————————————

Okey, ni aku just nak cakap thankyou for all confessors and respondents sebab tolong aku selesaikan bnyk masalah aku. Banyak je masalah aku sama dengan korang. So indirectly korang membantu aku untuk ubah diri aku melalui confessions and nasihat korang. Keep it up gais. Sekarang aku tengah dalam process and stabalize hidup aku yang tunggang-langgang. I'm inspired by reading iium confessions. May Allah bless all of you and jumpa di syurga in sha Allah.

Special thanks to admin for posting this. Have a nice day.

Cheers,
Ailurophile meow meow

– ailurophile

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *