Influencer Dunia Tipu-Tipu II

Aku sebenarnya beli juga buku influencer tadi. Sampai saja buku itu semalam terus aku check setiap page. Nampak gigih, tapi aku tak mahu fitnah anak orang.

Untuk part I, (https://iiumc.com/influencer-dunia-tipu-tipu/).

Izinkan aku menyambung confession part II cerita influencer dunia tipu-tipu. Kiranya sambungan cerita haritu.

Aku sebenarnya beli juga buku influencer tadi. Sampai je buku tu semalam terus aku check setiap page. Nampak gigih, tapi aku tak mahu fitnah anak orang.

Ok tak syak lagi memang confirm hampir 90% plagiat lukisan MK, yang lagi tak guna quotes internet banyak dalam tu.

Ini merupakan buku pertama influencer tadi dalam bahasa Inggeris. Dua buku sebelum ni dalam Bahasa Malaysia.

Kemudian sebagai pembaca, aku juga buat report kepada MPH. MK juga buat report kepada MPH.

Harini MPH dah hubungi aku sendiri. Mereka memang dah mula siasat kes ni, dan mereka tak akan tolak ansur dengan isu plagiat.

Aku kongsi sedikit mesej MPH. Sebab ini melibatkan nama besar company buku ni. Jadi aku kena jelaskan disini yang mereka sudah ambil tindakan.

“Hi Mr. Mat,

in addition, kindly note that these allegations are serious, and as a reputable book retailer, MPH Bookstores does not condone plagiarism and will not promote or sell works containing plagiarised material.

We have taken note of the allegations, and the publisher has launched an investigation into the matter. Pending the outcome, we will be taking copies of the book off our shelves.

Once again, we thank you for your understanding and cooperation in this matter,”

Kesemua promosi mengenai buku influencer tadi telah dipadam.

Kesemua buku influencer tadi telah diturunkan dari rak.

Kalau kau orang pergi cari lukisan influencer tadi, memang tinggal sikit. Kesemuanya sudah dipadam influencer tadi.

Yang sempat tengok memang boleh bezakan sendiri di Instagram MK. Aku tak menuduh, memang betul dia tiru.

MK juga ada kongsikan perbualan dia dengan influencer tu.

“I’m not mad and I don’t hate you. I’m just asking you to not do that again and don’t profit from that!”

Kata MK dia sangat kecewa. Dia berkali kali ulang supaya jangan sesekali copy hasil karya orang lain untuk commercial purposes. MK juga cakap dia bukan mahu apa apa keuntungan.

Dia cuma mahu MPH hentikan jualan buku plagiat ni dan kemungkinan dia hanya mahu influencer tadi buat permohonan maaf secara terbuka di Facebook.

Baiknya Yahudi ni. Sebagai orang Islam aku malu bila orang Islam sendiri buat begini.

Aku lihat harini dia sedikit pun tak tunjuk rasa bersalah. Masih cakap orang keliling khianat dia.

Kak, ini bukan khianat. Saya tak ada kepentingan dalam hidup kak. Saya pun kena fikir nak makan apa esok ni janji halal sumbernya.

Pengajaran untuk semua pembaca,

Tak payahlah nak plagiat tulisan orang, karya orang kalau tanpa izin. Dunia buku ni luas.

Kalau kau tiru pelukis dari Africa pun satu hari nanti orang tahu. Jangan buat main dengan kuasa netizen Malaysia. Bijak sangat semuanya mencari jawapan sampai ke lubang cacing.

Tapi kalau manusia lain tak tahu pun Ingatlah, Tuhan kau tahu.

Itu pun dah cukup gerun aku rasa.

– Rahmat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit