Isteri Pendosa

Assalammualaikum, ini kisah aku, aku seorang isteri berumur pertengahan 20an, perkahwinan kami baru menjangkau 2 tahun. Kami masih belum memiliki zuriat. Aku redha sekiranya ini ujian untuk aku.

Disaat aku menaip coretan ini, air mata aku tidak henti-henti mengalir. Aku terlalu sebak dengan layanan suami aku. Sebelum berkahwin aku mempunyai sahabat lelaki, kesemuanya lelaki iaitu 4 orang, kami berkawan dari sekolah, even family aku pun kenal mereka.

Aku selesa bila berbual dgn mereka mungkin kerana pemikiran mereka yang lebih kehadapan tapi selepas bertunang suami aku perlahan-lahan mendidik aku supaya menjauhi mereka kerana baginya persahabatan aku itu akan menimbulkan fitnah di kendian hari. Aku turuti.

Tapi, hal ini tidak tamat begitu sahaja, apabila selisih faham suami aku akan membahasakan aku “pergilah kat kawan-kawan lelaki awak tu”.

Aku sedih sebab sejak berkahwin aku sudah tidak menghubungi mereka, group whatsapp juga sudah tidak berbunyi. Aku memang tak ramai kawan perempuan, sebab bagi aku sukar untuk aku hadamkan gosip-gosip merapu mereka tu.

Hari ini aku terlihat iklan yang artis kesukaan aku akan membuat konsert di Malaysia, aku teruja sebab pergi ke konsert adalah salah satu impian yang aku impikan. Lagi-lagi bila dapat pergi dengan yang tersayang.

Tapi itu cuma angan-angan aku, ternyata suami aku membantah malah mengatakan bahawa aku terlalu obses dan menyatakan aku terlalu gila dengan lelaki.

Apa salah aku, salah ke kalau nak tengok konsert, aku bukan jenis terkinja-kinja, aku cuma mahu tengok je. Lagi-lagi artis itu bukan sekadar penyanyi, dia juga lepasan kedoktoran dan selalu memberi ucapan-ucapan inspirasi.

Sekarang ni, aku rasa diri aku dah berubah menjadi orang lain, aku tak macam dahulu. Aku juga berubah dari seorang yang periang menjadi seorang yang aggresif. Aku sunyi, aku terlalu sunyi. Terasa semua tak kena dimata suami aku. Sehingga aku jadi takut untuk berbuat apa-apa.

Bila aku marah, aku mula mencampak semua barang, aku sudah mula mencederakan diri aku sendiri bahkan aku juga menyakitkan tubuh badan suami aku sampai lebam-lebam. Aku rasa berdosa.

Bayangkan suami aku kerja malam, aku pula kerja siang. Kami berjumpa hanya selepas aku balik kerja selama beberapa jam sahaja. Itu pun dia sedang berehat, aku faham sebab kerja malam tidak sama dengan kerja siang tapi aku rasa keseorangan sangat, nak berbual pun tak sempat.

Tapi macam mana? untuk gembirakan diri sendiri juga aku takut suami aku bising.

Disebabkan itu, aku banyak membaca buku-buku motivasi & melihat video-video inspirasi sebagai peneman aku, dulu aku pernah juga jadi dropship tapi akhirnya stop sebab suami tak benarkan.

Sekarang aku rasa sorang-sorang sangat, kalaulah suami aku boleh cuba faham perasaan aku, aku rasa mesti dia akan tunjuk usaha untuk tukar kerja atau belanja aku masa. Tapi suami hanya memberi janji dan meminta aku bersabar. Aku cuba bersabar sebab sabar aku tiada batas.

Aku sedar aku bukan isteri yang baik, sebelum kami berkahwin suami juga ada menyebut bahawa dia tidak sanggup menanggung dosa aku, mana tidaknya, gambar aku tidak bertudung bersepah didalam google. Apa aku boleh buat, aku tidak tahu macam mana nak padam daripada google.

Suami aku juga menyatakan selama-lamanya dosa aku akan terus mengalir dan dia terpaksa tanggung disebabkan gambar-gambar aku tu. Aku menangis semahu aku.

Aku memang bukan seorang yang baik dahulu, aku masih mencuba untuk berubah. Berilah aku peluang dan seretlah aku bersama ke Syurga bersama. Aku juga ingin ke sana.

Maaf sekiranya penulisan aku tidak teratur, aku cuma mahukan kata-kata semangat untuk aku terus bersabar. Aku mungkin sudah tidak sekuat dahulu lagi.

– Penghuni Neraka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *