JanganTerlaluBerharap

assalamualaikum.

Aku nak bercerita tentang pengalaman pahit aku yang sampai sekarang susah utk aku lupakan. Yes, sad story of my life. Aku dah grad and semua org akan fikir psl kawen lepas grad kan. Same goes to me. Aku ada boyfriend since first year kt uia. Mcm couple lain, everyday makan sama sama. Every week keluar sama sama. Sampailah kitorg grad. Mmg since first year lagi dah plan nak kahwin smua ni. Tapi masing masing tunggu habis degree. Parents kitorg dah kenal each other. Sape tak excited kan lepas habis grad. Kalau korg pun korg akan excited apetah lagi pikir pasal kahwin. Lepas grad tu mmg tak sabar gila tunggu bila nak kahwin. Parents kitorg pun dah plan nak buat akhir tahun. And nak buat tunang sekali dgn nikah. Jimat duit sikit. Lgpun taknak tunang lama lama. Nanti jadi lain pulak. So aku ni lagi lah excited. Walaupun kahwin akhir tahun tp aku lah org paling excited sekali. Maybe sbb aku perempuan. Dia aku nampak biasa biasa je. seriously aku excited sgt sgt. Dlm bulan 4 mcm tu aku dh siap cari brg untuk hantaran bg pihak laki. After grad haritu dia dpt tawaran kerja and interview semua and dpt kerja. Awl bulan 9 kitorg plan nk keluar sesama sbb nak smbut birthday aku hari sabtu. Mmg tiap tiap tahun smbut birthday sesama. Hari jumaat tu, aku tak terima pape call or whatsapp dari dia. Tp tu perkara biasa dh. Lagipun hari jumaat kan mesti dia prepare utk solat jumaat. So aku biarkan jelah. Dalam pukul 4.30 mcm tu aku dapat call and mati mati aku ingt dia call. Rupanya umi call. (Umi tu mak dia) aku pun jawab mcm biasa sbb mmg selalu umi call so aku x syak pape. Then aku dgr suara dia mcm sekat sekat nk ckp dgn aku. Maybe line tak clear. Then aku dgr umi ckp ‘ya, dtg hospital skrg, wan tgh nazak ni’ tiba tiba phone jatuh dr tgn aku. Hancur hati aku time tu. rasa mcm dah takde hati. Mcm kosong. Aku cpt2 inform mama aku and kitorg terus gerak pergi hospital. Time tu aku nonstop nangis. Mama drive sbb aku nak duduk pun terketar ketar time tu. Allah je tau perasaan aku mcm mne time tu. smpai je kt hospital, terus aku pergi jmpe umi. Tp time tu aku tgk satu family dia nangis. No no aku rasa lain. Aku nak jawapan positif. Aku smpai je terus umi peluk and ckp ‘wan dah takde’ . Dia accident time keluar rumah after solat jumaat. Kau tau ape yg buat aku lg sedih? Dia accident lepas beli cake birthday aku . aku terduduk time tu jugak. Rasa mcm otak stop function and kosong. Harapan aku nak kahwin musnah. Org aku syg, org aku tgk selama 4 tahun kt uia. Org yg bakal jd suami aku tak lama je lg dah pergi untuk selamanya. Esoknya birthday aku. Yes, aku tulis confession ni sambil menangis. Aku redha. Aku berhenti berharap. Sbb apa yg aku harapkan dah hancur. Salah aku letak harapan tinggi sgt. Salah aku. Life must go on.

Terima kasih admin sudi share.

– #MissSad

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *