Judgemental.

Aku ni datang dari keluarga yang tak sempurna. Mak ayah aku dah bercerai dari aku kecik. Sebab bercerai tak pernah aku tahu sampai skrg sbb aku lahir2 je diorang dah bercerai. Mak aku ni macam di pulau kan saudara mara jugak..orang kampung kalau tahu aku ni anak siapa mesti pandang serong. Mula-mula borak baik je dengan aku, tapi bila tahu aku ni anak siapa tibe2 makcik tu dah duduk 2,3 meter dari aku. Sedih memang sedih. kadang2 terfikir ape salah aku. kenapa nak judge berdasarkan siapa family aku?

Masa aku kecik, selalu orang kampung tak bagi anak diorang kawan dengan aku. Aku perasan kalau anak diorang buat salah terus tak bagi kawan dengan aku. Macam aku ni yang hasut anak dia jadi jahat. Padahal anak dia yg ajar aku buat jahat. Bila sekolah menengah aku dapat masuk sekolah agama. Masa ni aku tekad nak belajar pandai2 dan nak jadi baik walau siapa pon latar belakang family aku.

Alhamdulillah sekarang ni aku dah pon habis belajar dr sekolah agama masuk Uia dan sekarang dah pon bekerja.

Dan now satu lagi masalah adalah jodoh. Orang sekeliling dah start tanya bila huhu aku ni rupa ada la jugak. ramai jugak nak berkenalan..tapi awal2 aku dah tolak. Sebab aku tak rasa ada orang sanggup nak masuk dalam family aku. yela kahwin ni bukan setakat kahwin dgn individu je tapi dengan 1 family dia jugak. Tipula kalau aku kata aku taknak kahwin..

Macam hari ni hari rayaa..kitorang raya satu family je. mak, abang n aku. Sedara aku dah lama tak bertegur sapa. Bukan aku tak nak, tapi aku kecik hati. Dulu aku selalu tebalkan muka jumpa diorang tapi diorang pulau kan aku. Tengah2 borak bila aku datang terus senyap. Gila kau tak terasaaa.. Bila aku nak kawan diorang jauhkan diri. Kalau yang diorang tak suka tu mak aku, kenapa hukum aku? Abang aku pon dah jadi pendiam..tak bercakap dgn orang mungkin sebab tekanan. Aku sedih tapi aku bersyukur aku ada kawan2 baik yang supportive. sangat memahami, kalau aku stress aku cerita kat diorang tapi sekarang sorang2 dah nak kahwin. memang contact lagi tapi masa bersama tu tak macam dulu.

Kalau aku cerita kat orang..semua bagi solution suruh aku kahwin. tapi masalahnya aku tak yakin ade orang yang dapat terima family aku. yela dalam Islam pon ada cakap kalau nak cari isteri pilih dari segi agama, rupa, harta, dan keluarga. memang aku tak layak la kan..

Itu je la confession aku. aku just nak luahkan je. sebab tibe2 rasa sedih hari raya ni.

– aku

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *