Kawan Bertuah

Nak cerita pasal tong tong minyak ni.

Alkisahnya, saya dan kawan2, tiga orang kesemuanya, bercadang untuk pergi short trip ke Melaka. Kawan saya, si A fan si B ni beriya iya lah ajak saya untuk pergi sekali sebab saya ada kereta. Iya je cakap nak minyak tong tong la, tol nanti bahagi dua antara si A dan si B sebab kereta saya punya. Saya pun bersetuju lah dengan aturan yg dibuat tu.

Lalu kami pun bertolak la ke Melaka. Duit minyak dan duit tol saya dahulu kan dulu, sebab saya ada smart tag. Lebih mudah. Sesampai di Melaka, Kami pergi la meronda satu Melaka. Sesudah seharian berjalan, kami pun pulang la ke IIUM tercinta.

Nak dijadikan bahan cerita, si A Dan si B ni hanya bayar saya sepuluh ringgit seorang. Kira totalnya saya hanya dapat pulangan sebanyak rm20 sahaja untuk duit minyak dan tol pergi balik Melaka, duit minyak berjalan beround round kat sana. Bayangkan bertapa terasanya saya dipergunakan oleh mereka.

Saya bagitahu la kat mereka ni, mana cukup duit ni utk trip tu. Alasan mereka, mereka tak ada duit, the itu je yang mampu dorg sumbangkan. Saya balas, eh, mana boleh macam tu. Korang yg ajak saya, and dah janji nak tanggung tol. Dah berjimba, macam macam la pulak. Selepas itu, dorang cakap saya ni berkira dengan kawan . Ya Allah, sakitnya hati saya.

Dan sekarang ni, mereka dah jauh dgn saya. Dah la duit saya Tak bayar. Bermusuh pulak dgn saya. Geram nya

– Tuan Kereta

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *