Kawan Sampah

Kawan Sampah

Assalamualaikum. First of all, thanks admin. Kalau baca tajuk mesti semua fikir aku ada kawan sampah tapi actually aku nak cerita pasal diri aku. Masa diploma aku ada ramai kawan susah senang tapi bila aku masuk degree aku jadi down sangat sebab kawan-kawan dah jauh. Dan ada yang tak habis diploma lagi dan aku ni kawan dengan ramai junior la.

So, di pendekkan cerita masa degree aku jumpa seorang kawan (A) ni still tak sebaya. Dan kami lain kampus tapi satu Uni la. Dia ni seriously sangat baik dan aku dapat rasa dia ikhlas kawan dengan aku. Kami mula rapat sebab dia banyak tahu pasal aku minat aku dan selalu join aku buat apa yang aku suka. Pergi hiking, cycling, mandi sungai dan macam-macam la. Weekend kalau tak da progam aku gigih naik bas pergi kampus dia lepak sana. Makin hari makin rapat. Dan of course aku mula sayang kawang aku ni macam family sendiri.

Dia ni serious tak pernah la buat aku marah or terasa. Dia banyak layan aku dengar masalah aku. Kadang kejut aku bangun untuk study. Sakit demam aku pon dia tahu dan peduli. Walaupun kami tak satu kampus tapi tak la jauh sangat. Sampai la next sem, kawan-kawan aku time diploma dapat sambung degree satu kampus dengan aku. Aku memang happy gila. Aku cari rumah sewa sesama dan kami duduk sekali. Dan sejak tu aku dah jarang pergi lepak dengan si A. Tapi still contact dan jumpa la.

Then lama-lama aku lebihkan kawan-kawan aku yang sama-sama time diploma. Evertyhing yang aku peduli diorang la of course. Dia still baik dengan aku mesej call macam biasa. Aku balas nak tak nak ja. Then aku dah mula perangai sampah aku bila masa tu cuti midsem aku balik kampung then dia decide balik kampus awal dan nak jumpa aku kat rumah sewa aku. Bila aku dapat tahu aku terus tukar tiket bas padahal setiap kali cuti aku memang akan balik awal dari housemate yang lain. Aku bagitahu dia yang aku tak boleh balik awal ada hal. Kononnya laa. Tapi dia kata tak pa dia lepak dengan housemate aku ja.

Masa dia datang rumah sewa aku memang aku tak da. Dan housemate aku kebetulan ada yang balik awal. Dan housemate aku ni memang kenal dengan si A ni. Tak silap aku dua hari dia kat situ dan aku still kat kampung dan aku langsung tak peduli. Aku just mesej housemate aku tanya sama ada dia still ada atau tak. Sampai housemate aku pelik sebab selalu dia datang aku mesti ada tapi kali ni tak. End up dia balik kampus dia then baru aku balik rumah sewa aku.

Aku sendiri pon tak faham kenapa aku buat dia macam tu. Since haritu aku dah mula kurang balas mesej dia. Tapi dia still macam biasa akan mesej tanya aku okay ka tak. Kadang aku baca kadang aku delete ja. Kalau mood aku okay aku balas la. Tu pon sepatah sepatah ja. Tapi aku tahu walau macam mana pon aku ignore dia dia tetap ambil tahu pasal aku. Macam-macam dia buat utk tahu pasal perkembangan aku. Dan dia tak kacau aku pon dan seolah faham yang aku tak nak dia ganggu aku.

Sampai satu program tu aku baik dengan seorang ni dan dia ada kat situ. Aku punya la jahat aku niat nak bagi dia jealous dan sakit hati. Aku memang ignore dia dan layan kawan tu lebih-lebih depan dia. Aku tahu dia sedih tapi sikit pon tak tunjuk. Dalam hati aku happy gila. Ye la dah buat dia sakit hati sedih. Aku buat macam-macam untuk sakitkan hati dia sampai la dia dah last sem dan sejak aku pindah duduk dengan kawan-kawan diploma aku. Aku langsung tak jejak kaki dah kat tempat dia. Aku spend masa aku dengan kawan-kawan aku.

Lepas dia habis degree dia still contact aku juga. Aku ada lagi satu sem baki sebab aku dari diploma ke degree.dan si A ni budak matrik dan dia masuk degree pon lagi awal pada aku. Aku macam biasa layan tak layan tapi lepas ja dia habis degree aku mula hadap macam-macam masalah. Biasalah dah nak habis degree masalah dengan classmate, assignment, fyp dan segala benda yang kadang tak masuk akal. Aku mula down dan korang tahu sapa yang always support aku? Of course si A. Dia sentiasa ada. Dan aku take advantage dengan kebaikan dia. Ada masalah aku akan cari dia dan cerita kat dia. Tapi bila aku happy aku akan ignore dia.

Bila aku habis degree aku cuba nasib nak kerja luar jauh dari kampung tapi masa tu aku serious tak da saving langsung tapi Alhamdulillah aku dapat kerja. Masa nak bertahan sebulan before aku dapat first gaji tu aku banyak jimat sebab memang aku tak da duit langsung. Aku skip makan. Pergi kerja pon pinjam moto orang. Of course masa genting macam tu si A ada dengan aku. Time tu mestilah aku akan cari dia. Last aku decide berhenti kerja dan balik kampung. Tapi aku langsung tak da duit. Nak buat tambang balik. Aku malu nak minta dengan family aku. Dan aku bukan jenis pinjam duit orang. Tapi si A ni still offer untuk tolong aku. Untuk beli tiket bas aku and so on.

Lepas balik kampung dan stay kat kampung aku macam cool down balik. Dan bila aku okay. Macam biasa la. Aku ignore si A. Aku kerja dan jumpa kawan baru. Aku keluar berjalan dan enjoy hidup aku. Tapi sayang tak lama. Aku kat bawah balik. Jatuh. Dan sampai sekarang aku masih cari jalan untuk hidup aku. Dan sepanjang aku macam ni. Si A tetap ada. Aku rasa aku betul-betul kawan sampah dan aku rasa aku tak layak ada kawan macam si A. Tapi si A tetap sabar dan still sayang aku nak kawan dengan aku. Kat mana pon aku ada dia sentiasa support aku. Walaupun aku layan dia macam sampah sedangkan aku yang patut jadi sampah. Dan aku yakin Allah uji aku ni pon sebang dosa aku dengan si A.

Dan aku harap sangat aku dapat berubah. Harap korang doakan aku untuk belajar hargai orang. Minta maaf kalau confession aku ni macam so so ja. Tapi aku serious terkesan dengan apa yang aku buat dekat si A. Aku minta maaf kalau kau dapat rasa confess ni untuk kau. Dan jujur aku rindu kita yang dulu before aku berubah bila jumpa balik kawan-kawan diploma aku. Walaupun masing-masing dah habis belajar aku tahu kau still support aku dan ada dengan aku. Thanks.

– FY

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit