Bersyukur dan Jangan Mengeluh

Hai semua.. Aku adalah seorang Guru Prasekolah di sekolah rendah. Aku sangat bersyukur dengan tugas aku sebagai guru yang mendidik murid dari umur 5 hingga 6 tahun.. tapi aku sedih dan geram dengan sikap SESETENGAH rakan seperjuangan aku yang lain.

Kalau nak dibandingkan dengan cikgu tadika swasta jauh panggang dari api. Aku geram sangat sampai menggigil tau nak menaip ni, lama sangat pendam.. sebab aku ade terbaca satu confessions seorang cikgu tadika swasta untuk cikgu tu, (https://iiumc.com/dilema-seorang-guru/). Saya harap semoga awak murah rezeki teruskan cita2 awak untuk mendidik anak2 walaupun gaji kecik..

Ok now aku nak luahkan ape yang aku geram sangat. Semua tahu kan starting gaji seorang guru kerajaan berapa.. Lepas tu ramai yang dah berapa puluh tahun kerje.. gaji paling sikit pun 4k campur elaun semua. Kerja pulak ada seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) akan bantu untuk setiap kelas.. murid 1 kelas cuma ada 25 orang sahaja.. Itu pun bukan hari2 semua murid datang sekolah..

Kerja dari pukul 7.30pagi sampai 1.30 petang je tu pun banyak lagi complaint, ada meeting la apa lepas kelas.. meeting pun bukan sampai malam pun paling lewat habis pukul 4 petang.. sama je dengan PPM balik kerja, tu pn dorang 4.30 baru balik.. habis tu tak kan nak buat meeting hari sabtu lagi la banyak bunyi kan.

Kalau ade koko pun pukul 3petang dah balik dah tu pun setiap hari rabu je.. tu pun masih ramai lagi mengeluh cakap penat la apa hari2 balik petang.. lambat nak amik anak la ape.. aku pun ada anak jugak tapi aku tak rasa pun balik lambat sikit dari biasa tu satu perkara yang menyusahkan rutin harian aku. Lepas tu esoknya datang sekolah penatnyaaaa balik lambat semalam.. halahhh balik awal pun kau membuta jugak sampai ke petang kannnnn..

Jangan cakap aku tipu sebab aku pun macam tu jugak petang2 balik sekolah.. hahaha.. Cikgu2 perdana aku takde pula dengar complaint balik lewat ada yang kene training budak petang2 tu.. kalau kena kursus ke kene pegi meeting dekat ppd ke kena datang hari sabtu ke lagi laaaaaaaaa banyak bunyi dia 40hari 40malam tak habis.. (gurau) hehehe.. Kalau cikgu tadika swasta kerja macam nak mati gaji setakat tu jelah tak naik2.. Sabtu ahad pun ada yang kene datang tak de pulak diaorang bunyi sebab diaorang tahu kerja hakiki diaorang..

Bahan Bantu Mengajar (BBM) pulak buat pagi bila nak mengajar.. tapi kalau tahu ppd ke pentadbir nak turun tahu pula buat awal2.. dah la boleh mintak PPM tolong buat BBM tu bukan buat sorang2 tau.. tapi masih lagi ada yang complaint penat banyak kerja.. bila terasa malas mengajar ada je yg bukak video suruh budak tengok.. Aku rasa banyak lagi kerja PPM tu daripada cikgu.. PPM datang pagi buat sarapan untuk murid, terpekik terlolong kejar budak lagi, pastu masak untuk murid time rehat, masa budak makan kene tengok budak2 tu makan, lepas budak makan bersepah2 kena kemas basuh pinggan mangkuk semua..

Dah siap yang tu duduk dalam kelas pulak tolong cikgu masa cikgu mengajar.. tapi gaji PPM sikit je dari gaji cikgu tapi kerja PPM lagi banyak dari kerja cikgu.. aku salute PPM aku walaupun tua dari aku tapi kuat lagi buat kerja.. aku tengok pun letih tengah masak ni ada budak terkencing terberak pergi uruskan budak tu lagi tu belum budak yang buat perangai lagi.. thank you akak.. hargai lah PPM anda ye cikgu2 dia banyak tolong awak tau.. hehehe..

Parents pulak lain dengan parents yg hantar anak ke tadika swasta sebab pra tiada bayaran bulanan. So parents tak akan demand tinggi sangat lah.. kalau hantar anak ke swasta boleh la kalau nak demand tinggi2 kan.. macam confessions yang sebelum ni cakap, tengah2 malam parents whatsapp pasal botol susu anak dia, haha.

Ada banyak lagi nak luah tapi macam dah lupa sebab lama sangat pendam dan banyak sangat nak luah sampai terlupa, haha.. Nanti kalau dah ingat saya confess lagi.. So, kepada cikgu2 jangan lah merungut janganlah mengeluh, buat kerja dengan seikhlas hati biar berbaloi dengan gaji yang pihak kerajaan bagi.. Ini tak, bagi kerja banyak sikit mengeluh macam la suruh buat bangunan sekolah.. Jangan sampai orang menyampah dengan cikgu zaman sekarang ni manja sangat..

P/s : saya cakap sesetengah je tau yamg mana terasa tu andalah yang saya maksudkan..

– Tiara

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *