Kelantanese Why Like That?

Disclaimer : Tujuan confession ni dibuat bukan untuk sebarkan kebencian, tetapi meluaskan pemikiran.

Pertama sekali, saya seorang traveller. Every cuti sem, saya akan habiskan 1 mggu bp ke negeri orang, then baru balik kampung. Satu semenanjung saya dah pusing kecuali Perlis je x sampai lagi. InsyaAllah lepas raya. Seronok belajar semua budaya, adat dan masakan setiap negeri. Ada keunikan tersendiri.

Cuma ada satu perbezaan jurang yang besar yang saya dapat lihat di Kelantan berbanding negeri lain. Ya. Pembangunan.

Bila saya ke Kota Bharu, bandar dia seakan akan bukan bandar. Tak lebih daripada sebuah pekan di perkampungan. Berbeza dengan bandar Kuala Terengganu, Kuantan. Jurang perbezaan tu agak ketara. 'Feel' bandar tu tak ada.

Sepanjang perjalanan daripada Gua Musang sampai ke Kota Bharu, 'main road' dia masyaAllah. Satu jalan je. Kalau 3 juta kenderaan balik kelantan, memg tak pelik lah perjalanan 5-6 jam boleh jadi 13-14 jam. Yang ini saya amat hairan. Bayangkan highway KL yang 5 lane pun boleh jam bila raya, apetah lagi main road 1 jalan.

Saya tak ada sebarang kebencian terhadap Kelantanese. Maaf kalau title misleading (saje nak attract reader). Adat, budaya, makanan. Semua molek molek belako. Cuma satu je saya harap untuk lihat di negeri serambi mekah ni, kemajuan pembangunan. Tak molek lah, bila kita nak martabatkan Kelantan sebagai bumi Islam, tapi pembangunannya mundur. Seolah olah kena pilih, nak islam atau nak maju. kan baik kalau org kata, wah majunya Kelantan, negeri serambi mekah pulak tu. Kita ambil iktibar daripada Indonesia, kita contohi Brunei.

Kita buang mana mana politikus yang tunggang agama. Agama untuk dihayati, bukan ditunggang.

– Zul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,059 Comments

  1. Hebat komen smuo nih.tu la…jgn sempit sgt pmikiran.maaf bukn niat nk mmperkecilkan encik traveller.tp alang2 nk bt confession..cer duk lamo cket kat kelate bru tau bnda sbnar.

  2. Aq syak dia maghi klate 10 tahun lpas, thun ni bru tulih…ph, dye oyk kuala tganu lgy maju dri klate, dye xtaw kalih gak ore tganu sdri mari shopping di klate.phtu sow lgy, dye xingt bokalih yg Brunei tu xdok umno

  3. Majunya pembangunan bukan ukuran majunya tahap iman dan amal dalam diri seorang muslim tu. yang disoal esok tetap iman dan amal. Bukan banyak mana pembangunan yg kita bina.

  4. Sebenarnya kalau cakap pasal banyaknya bangunan tu sendiri dan banyaknya orang, Kelantan, esp KB rasa je bandar, at least hampir je rasa macam Kuantan dan rasa lebih bandar dari K. Trg pun. KB siap ada flyover kot.

    Tapi betullah, perancangan bandar oleh kerajaan negeri ni kurang cekap sikit pada pendapat aku.

    Contohnya sbgmana yang bro ni bgtau, jalan dia kureng. Nak habis Ramadan ni dah siap pun Jalan cantik 2 lorong K. Trg-K. Brg kalau di Terengganu.

    Tambahan lagi ada isu sampah dan perparitan. Isu sampah tu sama ada Majlis Daerah san Perbandaran yang tak betul2 regulate dgn tegas atau malas nak buang sampah. Nak kata orang Kelantan ni tak bayar cukai pintu, rasanya generally tengok rumah satu-satu orang Kelantan ni lagi kaya, say daripada orang Terengganu. Even tempat-tempat yang macam “buruk” sikit di Terengganu macam Bukit Payong, K. Berang pun lagi terasa bersih berbanding daerah yang lebih besar di Kelantan macam Tanah Merah contohnya.

  5. Dia cuma sharing je. Good one. Kdg2 bile kte dah biasa dgn environment tempat tu,kte rasa takde masalah.sbb dah adapt.tp org yg travel,lain.org travel mmg akan compare.mcm aku,travel dari kg baru pegi kota damansara pun compare.(travel sangat). Jadi,it’s just his opinion.mana yg baik kte ambil,yg sebaliknya x payah.

    • Cuma orang yg pernah ‘travel’ ke kelantan saje yg faham apa orang tu maksudkan . Sama macam muadzam , kalau orang first time datang/ datang sekali sekala mesti cakap ‘camne kau boleh hidup kat sini’ . Tapi kalau orang yg dh biasa duduk dekat situ mesti cakap ‘entah boleh je hidup’ . Its different orang yg first time pergi denga orang yg dh biasa .

  6. masalahnya dgn org kelantan, dia tetap nak org beraliran agama utk jd pemimpin pengurusan, walaupun hakikatnya expertise diaorg bukan ke arah situ..bawak2 la berubah..islam tak ada suruh kejar akhirat je, and abaikan dunia, kalau tak beratus tahun la org islam kena pijak

    • De Adams, ramai je yg beraliran agama pandai bab2 pengurusan. Bukti, lepasan maahadians, sekolah agama ramai je jadi doc, accountant, engineer n etc. Bahkan ramai je buat double degree, ada PHD semua. Orang agama ni dia diberkati, ada barakah. Sebab tu kelantan memilih untuk ditadbir para agamawan. Dan lagi satu untuk incik confessor, nanti mintak tolong perhatikan ye pembangunan di Kelantan dari dulu sampai sekarang. Banyak yg dah berubah. Kalau ikutkan, kelantan boleh je nak lebih maju. Tapi apa guna maju pembangunan tapi tak maju jati diri n agama.

      p/s isu kenegerian tak kan timbul kalau sama2 pandai jaga kata. Sama2 saudara seislam.

    • Najihah Marzuki kalau ad background doc engineer, tu category profesional, ni skrg yg profesional pon dh kena tendang, tinggal lah pemimpin2 yg background agama tapi nak manage negeri, hasilnya? yg dedah aurat di kejar tapi rumah mangsa banjir sampai skrg tak siap

    • i’m not kenegerian, and why org kelantanese terlalu paranoid dgn pandangan dr negeri org lain, aku just rasa kelantan dederved more than apa yg rakyat dia nikmati

    • Bro MB klntan tu mungkin ustaz tpi dia dikelilingi oleh exco2 yg profesional..ada pesara kerajaan, profesional, usahawan berjaya, bekas pensyarah, lawyer, doktor dll..kau jgn tgok diorng pkai kopiah putih atas kepala kau pukul rata semua tu pak lebai..sorry to say bro..klau xtau jgn berckp nmpk jahil tu..get the fact right first then do the talking..klau benci kt pas pom agak2 lah..

    • Fitra Fauzi ada aku cakap lebai ke..kalau ada yg profesional alhamdullilah, mungkin dah byk berubah..ahaks.. (Y)

    • Thanks untuk kritikan dan teguran. Malas nak tarik panjang2. Tak guna kita duk bahas panjang2 tapi tak de kesan atau perubahan yg ada dalam diri kita. Kalau kita nak lihat perubahan mulakan dgn diri kita. Apapun Quran dan Sunnah tak boleh dipisahkan dari kehidupan seharian walaupun dari segi bab pengurusan. Hidup dengan agama tak de apa dan siapa yg rugi.

    • Sbb org yg beraliran agama tadbir negeri kelantan ni la takde kelab malam,xde disko,xde pggung wayang… yg kebanyakannya merupakan pusat maksiat kat kelantan tu. Kau nk org yg perintah negeri tu dr golongan mana? Golongan yg utamakan hiburan… kekayaan… kemasyuran? Gitu? Golongan yg belakangkan agama demi nama? Kalau bagi kau kemajuan tu dilihat dr segi banyaknya bangunan pencakar langit…. banyaknya tmpat hiburan mmg kau silap la bro… usah di tegakkan benang yg basah… golongan agama pun bukannya kolot sgt smpai xpandai memerintah… cuba kau pegi negeri kelantan sekali… masuk bandar kb… xdenye mundur sgt… kau nk kata jalan kt kelantan tu rosak… tu tggunjwab sape? Highway tu tggungjwb sape? At least klaux nak peduli pun jgn smpai sekat kewangan… kut2 kau ni macai kan

    • Izzuzzuddin Suffian hai..dah la melabel2 org macai, lepastu pepandai je bgtahu apa definisi kemajuan pada fahaman aku..kipidap bro, jgn memalukan mahasiswa dgn cara hujah murahan..huhuhu

    • Susah nak cakap kalau org bagi idea untuk improve ni dia melenting pulak ni punca negara kita susah nak bergerak dari mentaliti dunia kelas kedua ke kelas pertama. Okay kita tahu kau lebih kenal dgn tempat kau berbanding kami, tapi tak bermakna kami tak blh nak bagi pendapat dan krtikan dlm konteks untuk memajukan dan menambah baik bagi yg sedia. Sifat keterbukaan dan bersedia untuk terima kritikan itu penting. Jika kami tersilap maafkan kami dan tegurlah dgn elok . Sama- sama kita berganding bahu untuk kebaikkan bersama.

    • ni aku setuju..sila chechk latar blakang pndidikan klantan adminstor ada ke berpebdidikan ekonomi atau sains universiti antarabangsa? klu lulusan pondok pn blh jadi mb memang hancur le…blan nk agungkan tmpat pngajian luar tp taraf pendidikan pmimpin tu menentukan levelnya..pkr pilihan tetbaik krana seimbang dunia&akhirat

  7. Aku rasa pembangunan dan fasiliti kat sini buat masa ni memuaskan semua ada….apakah jenis pembangunan yang kau cari?adakah panggung wayang?adakah kelab hiburan?pusat karaoke atau apa yang kau cari?jika benar kau telah dtg ke negeri tersebut….x kah kau lihat ekonomi nya bagaimana?adakah kau tahu knapa jalan hanya satu lane sahaja?aku bukan nak marah cuma mungkin apabila kau kemukan fakta berserta rujukan baru aku lebih tertarik utk membacanya….kalau hanya tinggal sebulan dan hnya cakap dari segi pancaindera kau tu…aku juga bisa

  8. Ak sedikit setuju dgn confession nie..kelantan punya prmbangunan mmg lembab,traffic jam..p ak x salahkan kelantan sbb ak tahu tekanan politik yg mmg nk burukkan kelantan..yg ak x setuju adalah bila anda compare dgn b.trganu..melawak ke ape b.trganu ad feel?cb..org trgnu pun trun k.bharu n kuantan tuk shopping..hahaha

  9. Confessor ni traveller,tapi aku ni perantau. Anak kelate yg meninggalkan bumi kelate untuk ilmu. Since tingkatan 1 aku hidup 5 tahun dekat terengganu,bagi aku bandar terengganu lagi kecik dari kb. Orang ganu pun dtg shopping kat kb,xpun pegi kuantan. Mall? Kat kelate lagi banyak mall berbanding terengganu. Jalan se lorong tu,kena la fikir jugak. Nak buat semua tu guna wang/duit tapi kalau dinafikan haknya,mana nak dapat?

  10. Pembangunan? Oh please. Kat KL ni setiap ceruk naik kondo. We need more greens. Wait till the day when you have to pay for clean air,that’s when even a million dollar condo worth nothing.

  11. Mundur2 pong, Giant hok xdok pun ado doh. Tesco besar kemain lg pong ado doh. Pah aeon sekong tepi Sg. kelate tu namo ghima. Sero antra hok terbesr di Asia Tenggara doh. Pah bbunyi kaba IKEA nok buat doh di klate kt Bndr baru Tunjong. Mundur gitu more nah klate sbb bndr xsrupo bndr gamoknyo.
    .
    Sero jalan alternative kelik klate serbo mok niko ceruk ado haluan tp doh nok jem nok wt guano. kat bukit 7 xdop doh sbb highway baru. 10 line pong klu main nge 3juta nyoh jem po tulo jgok adik kakok abe dio wei. Thn ni 3juta. Thn dpn jale 10 line bajet utk 3 juta masuk pun tp dok sero ttamboh 5 juta mugo spesis membiak tu gk.
    .
    Mundur pmbgnan pong, skrg nyo xdok lg psrya hok xtutup time maye Jumaat. 12.30 tu keno hambak tubik doh. Setiap azan pong msti bernotifikasi. Mundur pmbgnan pong, byk doh daeroh di kelate naik rltaraf jd bndr baru, bndr satelit walaupong dokleh iktiraf sbg kota metropolitan supo Jepung. Skrgnyo stiap daerah ado sgalo mokniko. Keda 2ya pong rato2 ad. Huk alohh nok royat serbo hok ado xdea tange ambo nok taip. Braso duk dap duk dap jh nok karang blako.
    .
    Maaf deh bro konfessor. Ambo pong peseng dok brehi ngato negeri ore sbb kito bukenyo duk negeri tu. Pah pulok kito xtahu lagu mano welfare and administration ssbuah negeri tersebut.
    .
    Huk aloh kesot hati kito baco confession nih. Sekian la deh. ✌

  12. duit terhad bos, royalti pn tak bagi.. projek nak lebar jalan tu kalau federal bg duit, selesai la masalah.. nak harap hasil negeri berape sen je..bnyak projek tar jalan masa pilihanraya je..

  13. Saya lebih suka tgok kelantan yg takde kemajuan yg mendadak sbb boleh tgok bintang bila malam dan haiwan pon boleh membiak ngan elok kat sini sbb pncemaran udara kurang. Sorry saya x begitu kolot sbb saya ada tgok orang buat perbandingan index pencemaran udara kat Malaysia.

  14. Tak kisah laa tkder pembangunan pun.. Apa yg pasti atas jalan2 raya kt KB dimonopoli oleh kereta2 baru dan mewah milik org melayu itu sendiri. Setakat cina tu, melayu kelantan boleh lawan bisnes sama level jer..

    #zultravellertahikkucing

    • Ko ni nk ckp biar berakal sikit..peratus cina kt kelantat 3.8% je compare melayu 95%..sbb tu ko nmpk yg pki kete mewah byk melayu..tu pn aku perasan dr 10 org pki kete mewah 4 org nye cine..3.8% punye populasi dh boleh nk overtake 95% melayu kelantat punye kekayaan..bodoh punye kelantat..patut org2 kelantat keluar kelantat..negeri miskin pmbangunan sampah..

    • racist ni Azizul Md Sani…Alhamdulillah.. mujur kitorang masih mengekalkan populasi melayu.. tidak membiarkan cina memonopoli perniagaan di negeri kelantan.. xsame dgn negeri.. Ap2 pun yg korang ckp.. tpi sy bangga ngan kelantan yg mempunyai mknn2 murah2..tiada salah faham pengambilan wang rakyat dalam politik..

    • adik Azizul Md Sani.. orang kelantan keluar mencari rezeki. jd orang kaya. kira la millionaire banyak asal dari negeri mne..? kira yang expose je. xyah kira yang silent millionaire tu.. tengok macam bijak statistik sangat tu. kata2 tu jaga la adik. bijak math. tp akhlak, mulut boleh kena basuh dengan api. confesser kaitkan mundur dengan agama. sapa yang x sentap. ? jalanraya tu guna supposed to be keje kerajaan berpusat. bkn kerajaan negeri. harap duit negeri. bila nak hebad mcm kolompu tu. tp ada jgk jalan sbb rakyat kelantan yg dikatakan miskin yang duk derma dengan kerajaan negeri yang berusaha.so, lain kali. taip kata2 tu bg bijak la. macam adq hebat statistik ni oke. jangan malukan diri sndiri. takut adq ni je asal dari negeri pembangunan masyarakat sampah.

  15. Cari baloh sggh post bnda lagu ni…
    Jange wak gitu awe…
    Boroh mulut demo kecek pasa negeri kawe lagu tu…
    Klu nk ukur pembangunae caro demo ni, alamatnyo demo supo budok x ngaji skoloh…
    Klu kawe sebut negeri hk kononnya membangun menurut demo tu msih lagi hidup maso zame keno jajah ko british lagi kae ado hok kato kawe ni buat2 cerito..
    Pade2 lah nk lapa jadi soho…
    Kae klu ore kato mace2 ko demo, demo settok angin pulok.

  16. jalan raya utama tu tggjawab kerajaan pusat..kalo saudara nampak teruk tu ko kne paham lah sape yg tak bertggjawab jd mcm tu lah..nampak sgt pengetahuan am kurang wlpn bnyak travel..haha

  17. Eh, celah mana bandar k.terengganu feel ‘bandar’. Ambe orang ganu pior! K.twrengganu la bnadar paling mundur kt pantai timur! Shopim pun kena gi kelantan atau kuantan. Brg serba mahal entah apa2..Kalu gi kelantan macam heaven shoping..

    Terengganu kaya minyak royalti billonsss..40tahun gituw je la.Duwet kena telan masuk poket pembesar pembesar haprak..

  18. Bagi saya pembangunan (e.g. jalan raya besar, bangunan tinggi, shopping complex) bukan kayu ukur keimanan/ketenangan hati/kedalaman ilmu etc..itu cuma kemudahan dunia je..

  19. Ramai betul butthurt Kelantanese. Dia nak bagitau kalau nampak membangun sikit Kelantan tu bagus lah sikit, tapi semua dok bash, bahasa cantik2 plak tu semua. Baru nampak perangai orang Kelantan yang sebenar, patutlah kalah bola bakar stadium

  20. Hahahahha first aku bukan tahap traveler mcm pengulas ni yg da memang traveler 1 dunia cara dia ulas.huhuhu tp aku rasa dia ni xcukup lg pengalaman travel ke semua tempat. Maaf cakap.. bg aku kelantan kemajuan dia agak pesat jugak… tp aku xpaham mcm mana dia kata kelantan mundur? Hahahaha maaf la nak cakap. Aku rasa baik hang pi travel banyak tempat lg sebelom nk ulas gaya acah2 traveler hebat.. hehehehe aku suka gaya kelantan & cara hidup di kelantan… aku xpaham mcm mana cara hang travel yg kata kelantan agal mundur tu.huhuhuhu banyakkan travel ke tempat2 lain lg yer sebelom nk ulas acah2 power nk tarik org membaca.. agak kejam ulasan mukadimah tu bg aku.. sedangkan hang xpernah sampai ke semporna n lihat kemnunduran dia.. xpernah sampai ke perlis.. hang compare ganu dengan kelantan. Bg aku kelantan lg menarik.. maaf org terenganu. Bukan nk perlekeh terenganu tp alang2 da bro ni ulas mcm tu..

  21. Aliran agama , xsemestinya xmahir pengurusan .. xsemestinya hanya pandai baca kitab .. bagi yang benar2 menghargai , dan melihat dengan mata hati .. bersyukurlah duduk di negeri kelantan nie , walaupon ada yang kata kelantan mundur .. kat mana2 ada penunggang agama , kita bukan penghukum , selagimana tidak zahir dari individu itu apa2 arahan atau tindakan menyalahi syarak , jgn mudah2 nak claim dia penunggang agama .. dia ikhlas atau tidak bukan urusan kita .. bukannya xde langsung golongan professional dalam pentadbiran , organisasi nie bukan hanya bertunjangkan seorang individu , bahkan banyak individu yang turut sama kerah tenaga zahir dan ilmu untuk bangunkan negeri nie .. bukan hanya nak bangunkan infrastruktur , bahkan jiwa rakyat sekali .. dua2 nak kena jaga ..

    wallahu’alam ..

  22. Apa feel kau tentang bandar ea? kau nak feel KB jadi macam KT, KTN, JB, KL ke? kau kena kaji balik apa kerajaan persekutuan dah buat pada Kelantan tentang oil area diorang…aku rasa KB dengan Somban samo yo…nak berhibur pergi Danok, Hatyai la…

  23. huhu bro tak tengok lagi agaknya di lembah sirih, lepas ni inshaAllah jika takda aral, ikea untuk bahagia timur akan di kota bharu. kenapa bina di kelantan? sebab kuasa beli org kelantan. tak caya gi aeon. tgk kuasa pembeli.di selatan johor utara di penang. tu belim naik plazinum mall2 dan lulu hypermarket ( milik orang kaya arab saudi). kelantan bro kalau dapat royalti minyak dah siap dah highway. tp dpt wang ihsan jeee tu pun masuk dekat jpp kalau xsilap. kelantan kurang dana tapi masih lagi membangun.tapi betul bro mungkin ada ada jugk mungkin ya mungkin ad politikus yg mengguna pangkat mereka utk kikis sikit duit tu tp mungkin la sikit je kot. huhu

  24. maknanya apa ? makna nya sakni sia je mu travel.xdop pekdoh.prabih duit.travel koho jauh otok makin mengecut.haha..bakpe aku kata gtu ? aku org ganu.xdop menda.g shopping raya pun kat kota bharu.dengar2 ikea pn nk bukok kat kelate…haha..sian..mohon simpan skit kebodohan.

  25. Salam…awk punye confession sgt lucu …kne nilai dgn mata hati, bkn hanya dgn mata kasar..what do u mean cm pekan perkampungan je???…saudara Zul kne dtg travel lgi ni.nati kite bwk saudara g round semua plusuk Kelantan..kne byk bc lgi psl Kelantan..’mundur ‘ tu x de dlm bhasa rkyat Kelantan dah skrg…peace no war…✌

  26. Pentadbir yg baik akan cuba sebaik mungkin dgn apa sumber yg termampu. Satu drpd kekuatan negeri klate ialah rakyatnya yg bersikap entrepreneurship. Kalau bijak mengolah sumber ini tak mustahil kelantan jd satu enjin ekonomi pantai timur. Tgk contoh korea dan singapore. Sumber alam krg, tp human capital first class.

  27. Kau ukur pembngunan berdasarkan saiz jln jer eh boss…tu lar hasilnya 25 thun jdi anak tiri..highway pom xdpt2….pelabur disekat dr msuk, bantuan krajaan xmsuk akaun krjan ngeri…kesian kau..xckup travel lgi tu…bnyk2 kan belajar lgi yer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *