Kelantanese Why Like That?

Disclaimer : Tujuan confession ni dibuat bukan untuk sebarkan kebencian, tetapi meluaskan pemikiran.

Pertama sekali, saya seorang traveller. Every cuti sem, saya akan habiskan 1 mggu bp ke negeri orang, then baru balik kampung. Satu semenanjung saya dah pusing kecuali Perlis je x sampai lagi. InsyaAllah lepas raya. Seronok belajar semua budaya, adat dan masakan setiap negeri. Ada keunikan tersendiri.

Cuma ada satu perbezaan jurang yang besar yang saya dapat lihat di Kelantan berbanding negeri lain. Ya. Pembangunan.

Bila saya ke Kota Bharu, bandar dia seakan akan bukan bandar. Tak lebih daripada sebuah pekan di perkampungan. Berbeza dengan bandar Kuala Terengganu, Kuantan. Jurang perbezaan tu agak ketara. 'Feel' bandar tu tak ada.

Sepanjang perjalanan daripada Gua Musang sampai ke Kota Bharu, 'main road' dia masyaAllah. Satu jalan je. Kalau 3 juta kenderaan balik kelantan, memg tak pelik lah perjalanan 5-6 jam boleh jadi 13-14 jam. Yang ini saya amat hairan. Bayangkan highway KL yang 5 lane pun boleh jam bila raya, apetah lagi main road 1 jalan.

Saya tak ada sebarang kebencian terhadap Kelantanese. Maaf kalau title misleading (saje nak attract reader). Adat, budaya, makanan. Semua molek molek belako. Cuma satu je saya harap untuk lihat di negeri serambi mekah ni, kemajuan pembangunan. Tak molek lah, bila kita nak martabatkan Kelantan sebagai bumi Islam, tapi pembangunannya mundur. Seolah olah kena pilih, nak islam atau nak maju. kan baik kalau org kata, wah majunya Kelantan, negeri serambi mekah pulak tu. Kita ambil iktibar daripada Indonesia, kita contohi Brunei.

Kita buang mana mana politikus yang tunggang agama. Agama untuk dihayati, bukan ditunggang.

– Zul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,059 Comments

  1. Memalukan nama zul je..setakat travel dalam negara, tak yah la nak bajet2 ko luas pemandangan..pergi ke luar negara seperti india,arab n Europe..ko akan rase negara ko duduk skang ni korup..moga pemandangan ko yg luas tu akan luaskan pemikiran ko yg sempit tu..

  2. xtau nape msloh confesor ni…sedehhh..kite org ganu g kb shoping…the best la shoping kt kelantan…ade feel kate org…haha…ke gane Beras Usang Tkcm

  3. Demo caro ko negeri demo la..
    Mugo demo tafsir mmbngun tu ikut caro demo..
    Ikut caro negeri demo..
    Psl isu jln utama kna sdia maklum la tu tggjwb sapo..
    Buke nyo rakyat klate x maklum.. thu blako tggjwb sapo.. tp blo bnyi kelate jh pehe2 la..
    Gotu goni kna sekat..
    Di anak tirikn ore kato..
    Pah blo nk bleh mmbgngn supo negeri demo..

    X hrp blas ehsan demo…. pehe pn ckup la..

  4. Disagree. Saya org terengganu. Setiap bulan travel ke kb. Walaupun perjalanan ambil masa sedikit, saya lebih suka bandar kb berbanding kuantan atau kt sendiri. Makanan, pakaian, kat sana lebih byk pilihan lg dan harga lebih murah.

  5. I’m kelantanese too n aku tgok ramai gilo ore klate butthurt. Ambik je la opinion saudara ni sbgai satu cara utk bekki diri. Butthurt sajo pun leh wak gpo. Toksoh duk assobiah sgt kito tu oversensitive sgt ore nk tegur. Klu sero ore klate sgt, cu trimo pendapat ore dgn terbuka.

    • Betul sis. Setuju sgt. Kalu ore usik sikit gak nk meleting laluh payoh la weh. Jgn sapa ore napok ore klate ni xleh nk tegur takut cari baloh. Komen murni2 dohla pakat dgr pndapat masing2. Huk aloh sedih jgk tgk

    • I don’t wanna make you mad or anything as you are my friend. However i have to say that eventhough the government in kelantan isn’t perfect, but because we are under PAS ‘kita dianaktirikan’. We don’t have enough funds for everything and we are denied from our royalty from oil which is a lot of money… (I have to add that after Tok guru, PAS has not become as great as before too)

    • Satu lg komen terengganu lebih bandar… Xdok gapo kot kat situ. Mall hok gempak pun xdok… Airport dio ado keda mcm keda runcit gitu jual kicap maso gi thn lepas. Airport klate ado dunkin donut lah gapo…

    • Siti Hajar Zabri mehhh I’m not mad. Ur exactly correct there. We are dianaktirikan lol. Poor us. But seriously, why would these ppl easily flip out man idek. Ppl from other states they don’t really understand so why not we clear things up in a peaceful way xD

    • Buke xsey dgr pndapat kak dio terr. Dio xlayok nk bui pendapat skadar duk smnggu. Kalu duk 30taon nasaboh jgk. Tra kak g tmpat ore bleh smggu pah komen hok xmolep psl tmpat tu. Kno timbuk kokre rsnya.

    • Nk kecek psal mrtabtkan islam.. dio xthu cramoh agama tiap2 mnggu brapa kali.. btol la..mrtabatkan islam seiiring pembangunan.. klntan xdop club2 mlm smua ni..bnding ngn ngeri mju hop lain..brsepah kelab mlm..

    • Hahaha butthurt tu cpt melenting xD ada betul jugok dio oyak. Kito sek klate rilek sudoh. Jge duk neting cepat sgt. Kito jah tau klate gno. Dio tengok first glance mmey dok keney. Kito lebih tahu. Biarlah dio. Jgan sbab kito ore klate sdiri hok buruk nmo ore klate dgn sikap kito.

    • Dyo tgok atas teguran ore tu jgk kak…. kak x tgok ko ayat last congessor tu gpo? Kak x napok ko dyo supo salohkan kerajaan pas,hk memerintah cara islam… dlm membangunkan negeri klate ni kak? Penat klu kak x pehe hktu… ore tidok duk maroh ko dyo kato klate x maju… ore maroh ko statement dyo hk salahkea ‘islam’ dlm mnyebabkan negeri tu mundur… padahal kak sdiri pon tahu kea,gpo masalah utama kelate ni,tmboh2 dr segi kewangan… klu kak xtahu gak parok la kak

    • Alahaii lek la bro. Bakpo nk ngato ko ore kokse pulok. Ore wi nasihat xleh trimo gak xsoh la duk kato gpo2. Duk diam2 sudoh. Simpan dlm hati tu. Tokleh seleh sikit nah dih.

    • betul tuan admin oyak..xdnafikan meme klate kurang dari segi infrastruktur…yolo doh..jale gua musang ko kb 1 lane buat jale sesok…pah..nk maroh gapo….buke hino pn..bare betul…tolok tepi politik..tgk dari segi realiti..

    • They hear your words, but they feel the attitude. I think they react to the manner of speaking. Haha both sides ade argument masing masing. Masalahnye attitude je.

    • Pastu apo solution dio??? Acu oyak nak membangun lagu mano …hihi…dari satu lane nak jadi 10 pun boleh tp sumber nak ambik mano??? Hihi…

    • Serupa jugak ore yg post ni, jange lah ngato koksey ko negeri orang. Maaf saya x ngato koksey ko ore jugok tapi tak berehi benar jenih ngato kokse ni

    • Jgn la korang gaduh..confessor pun flawed and stupid..x tahu history kelantan..tapi nak berckp….
      berpuluh tahun Kelantan di denied hak.
      Dari negeri termiskin now no more..ikea pun nk bukak sana..airport pun international..flight ke kl 5x sehari..miskin ke nih? Ada negeri lain..airport pun xde la weh..so tenang2 kelatanese…deh… set ni bodo xtahu gapo..

  6. mai la kedah…tu pun ada aman central ja yg pling bsaq…..haha…..kami rilek ja……bnyak2 padi lg baguih….pmbngunan bnyak2 nak buat pa……haha…..

    • Seriously korg rase Kelantan x maju.. Huiii.. Ape agaknye kayu ukur sebuah kemajuan. Nk kne jDi macam KL baru maju ke.. Okey pendapat dia.. Ni pendapat aku jugak..

    • Okey.. Minta maaf lah kalau x setuju dgn pendapat saye ni.. Saye cuma rasa.. Xde masalah pun dgn kemajuan di Kelantan… Jalan satu lane? Negeri lain pun ade jalan satu lane.. Selain Jalan. Boleh tgok sndiri pembangunan mall2..pasaraya2 besar.. Ckp pasal jalan kota bharu-gua musang di Kelantan.. Kat pahang pun ade Jalan satu lane yg mcm jalan confessor mention.. Kat pahang dn terengganu pun ade je Bandar yg krik2, jalan satu lane..Kalau Bandar kota bharu yg confessor maksd kan xde feeling Bandar tu. Mgkin dia dah biasa dgn bndar besar mcm kl atau jb tu dia x rasa Bandar kota bharu mcm Bandar.. Sy cuma rase x adil bila Kelantan dilabel negeri yg x membangun.. Kalau rajin bace la komen2 yg lain..saye pun cm confessor.. Selalu travel..kt semenanjung ni..dah habis sy pergi.. Kalau x setuju nvm.. Lg satu.. Bukan Kelantan je negeri islam.. Kita satu Malaysia kan negara Islam.. Contoh diberi. Brunei.. Brunei negara.. Ape confessor rase Kelantan sebuah negara. Hmmmm..

  7. Nak tya , bila aeon mall bukak dekat KB asal ehh jalan trganu – kelantan jem ? Asal rmai bukan kelantanese eh masa memula aeon bukak ? Aku balik hari kot trganu – kel kerja . Kau bru duk sminggu kot kel xyah sembang lebih . Kata jelah xckup duit nak shopping . Bahahahahaha opsss

  8. Biasa la negeri kelantan ni anak tiri kerajaan pusat…apa yang ada tu tetap jadi kebanggaan kami walau pembangunan tak maju macam negeri lain

  9. Kau cakap ja xsuka Pas..Dok musing2 apa..Ko sorg ja kot yg nmpk gitu..Lain kali selidik dulu puncanya..Jngnlah jd student yg nmpk xcerdik.

  10. Tak usahla berkata-kata saudara. Kita orang kelantan tak inginkan pembangunan sangat. Kita orang redha je. Syok la bandar kitorang. Takpela kalau rasa boring kitorang lepak kuala lompo. Hahahahaha tapi memang kitorang suka kelantan cenggini

  11. Ketamadunan sesuatu bangsa/masyarakat tidak diukur dengan betapa tingginya bangunan di negeri/negara itu, betapa banyaknya mall atau betapa meriahnya bandar tersebut dengan pusat hiburan.

    Datang sesuatu tempat sekadar nak berhibur je ke?

    Seremban, k. Trganu, kb, Ipoh, alor setar lebih kurang sama je bandar dia. Kalau moden ikut sesaknya bandar tu g new york je la, traveller.

  12. Tak faham knp semua nak bash confessor dgn srcasm bagai lg. Cuba utarakan pendapat masing2 dgn tenang, xperlu marah perli dgn bahasa kasar lg. Kalau rasa apa yg confessor ckp tu xsemua betul, abaikan la. Amik point yg baik2 sudah. Sembang biar nmpak berilmiah, malu kang org luar tgk.

    • Setuju. Ramai plak tiba2 emosi dan defend pentadbiran negeri tanpa actually tgk secara positif apa yg cuba nak disampaikan oleh confessor ni.

    • sebagaimana confessor ada hak nk utarakan pendapat. begitu juga orang lain ada hak nak komen kn..? siapa yang mentaliti kelas kedua cik Syiema Omar.?

    • Benda yg salah perlu disangkal… Jgn jd pokko angguk jah.. X semua perkara kita prlu diam.. Ada masa kita kena bahaskan… Bila bab maki2 jer yg x patutnya…

    • Siti Nur Rasyidah sy mksdkn confessor..ad byk sudut lg beliau boley utarakn.bkn psl jln je.ap pn yg dok komen2 guna la bhs yg lebey sopan.

    • Masing2 ada pendapat . Tp confessor ni deepdown dia main tarik tali last2 attack orang . Acah2 tak attack . Kelantan mmg tak maju . Sebab apa ? Sebab tekanan politik yg dihadapi . Nak buat highway pon pakai duit sumbangan . Sebenarnya kelantan palin kaya sbb ada royalti . Tu sebab najib nak . Sbb tu org marah . Pemikiran sempit pastu nak acah2 tolak politik . Bodo apa ?

    • “Bahasa cerminan bangsa” confessor ni cuma bagi suggestion as a traveller, what he saw and he felt like needed to address. Based on his confession, saya rasa tak ada choice of words yg indicate negativity or to persuade or to initiate rage (please refer to his disclaimer) which apparently ramai pulak yg terasa. Saya rasa simple je. Confessor maybe tak tahu apa sebenarnya yg berlaku di Kelantan bcs he’s obviously not from there. That is why dia bagi pendapat as a traveller. So, the problem here is that commenters yg asal usul dari Kelantan perlu ke marah marah, use words like ‘idiot’, ‘small minded’ etc that are inappropriate. Wouldn’t it be better if you the local expertise to show him, the lost confessor with better comments that doesn’t require mockery (boleh cakap baik baik kan) and tak overly emosi hahahaha

      Oh btw here’s an example, kalau seorang pelajar tak tahu tentang sesuatu, and he/she gives his/her opinion on a particular topic, as a teacher, would you mock him/her with inappropriate language saying stuff like idiot and small minded? would you? If i were you, I wouldn’t cause first I know for a fact that he/she is giving an opinion and second of all he/she maybe isn’t familiar with the topic Thus why would I insult his/her intelligence based on a simple opinion/ suggestion? Idk. Lain org lain cara kan.

      Just remember, one is entitled to his/her opinion and one’s opinion reflects his/ her intelligence. So selamat berpuasa ?

    • So lain kli Jgn mainkn pasal ngri Kelantan k…Dah tw klntn ngri mskin sjak azali lgi pemikiran korang dibasuh dgn pkataan ngri klntn miskin…So skrg jgn petik name klntn dlm post2 yg xmbngun….

  13. Ni msti sbb demo g jale sore2 ni xdop ore nk bwak pusing2…sbb tu laa xkenal jale kelate ni lagu mna…asal ngeri mna gak awk tuhh…cu g perlis ado giant jah hk besar nyoo…(sori ore perlis buke nk ngata….sya pom stdy kt perlis)✌✌

  14. Sy 3 tahun duk stdy sana… Pastu extra pula sbb nikah dgn org sana.. 1st p sana sy n semua kwn dr luar pakad menangis duk ceruk..xdr karaoke,xd movie..time maghrib xleh mmbeli…nk beli brg kena beratur ikut kaunter… Xsemua tempat. Bila da lama duduk.. Syukur sgt dapat diberi peluang ke kelantan…. Syukur sgt sebb bndar yg org kata mundur ni xde karaoke,xde laa nak melagha memekik huha huha.. Syukur sgt xd movie… Xd laa duit melayang p enjoy sakan..pastu time maghrib xyah laa kua..bkn dpt mmbeli pun…lgpun bkn masanya keluar time maghrib..beratur kaunter asing2 alhamdulillah xd laa laki sebok nk berhimpit time nk mbayar.. Perempuan pun apa kurangnya.
    Syukur sgt negeri yg mundur ni byk buka mata saya tentang indahnya kesederhanaan. Malah peniaga melayu pun merata2… Xmcm negeri lain..melayu hilang..xtau p mana. Harga brg n makanan murah2.. Nasi kukus ayam bakar rm3 woihh… Time 2014. Air siraprm0.50 pun wujud lg. Pemandangan cantik2.. Rindu sgt pantai2 Kelantan..semua cantik.. Pemandangan sawah..dengan kerbau beratus2 tengah ragut rumput.. Saya suka Kelantan.☺

  15. Chiaa chiaa chiaa.. Well, klate ni mmg feel kmpung2 skit. That’s why best duk klate xsrabut perut lah mano. Kalu demo sero klate mundur gak xsoh mari la. Nk feel bandar tlajok g aloh ko amareka sarikat baru jolo.

    • Orang atas aku ni cari pasal ke??bodo dooh lalu statement..nok cari buruk negeri orang tehh kite..mok pok ajor molek doh asenye

    • Azizul..mu pn sembang xthu ape2.. ni org pggil ckp xda fakta.. nk tuduh jah ngeri pnagih dadah or byk pesakit hiv.. meh nk bgthu skit ke mu biar sedar skit.. mu thu x psal apa pngih dadah n pesakit hiv byk di klntan.. itu sbb di klntan (di daerah tumpat) ni trdapt pusat yg mnempatkn penagih dadah n pesakit hiv dari sluruh negara.. sbb tu mngikut statistik, klntan plg tggi..sbb jumlah semua pesakit di pusat tu dikira di bwh statistik kelantan.

  16. Saya pernah diberitahu, belanjawan tahunan untuk negeri kelantan, akan diberi kepada kerajaan pada suku akhir tahun. Apabila masuk tahun seterusnya, lebihan baki belanjawan akan dipulangkan kepada Pusat. Disini kita lihat pada akhir tahun terutama nya, banjir dan hujan adalah satu kebisaan, pada masa ini duit yg dibekalkan tidak dapat digunakan sepenuh nya untuk pembangunan, terutama sekali untuk jalan raya… Kesimpulannya inilah negeri yg dianak tirikan. Klu sapa2 yg bru masuk kelantan, jgn persoalkan jalan raya.

  17. Bukan pembangunan yg melapangkan dada rakyat Kelantan, bahkan kesuburan iman & taqwa yg wujud menjadikan rakyat Kelantan merasa cukup & bersyukur apa yg dipersembahkan kerajaan Kelantan. :)

  18. ya Allah…truk kena hentam.
    hmm sbr ye..sbb tu bila nk kluarkan kyataan kne fikir dan fikir dan fikir. barulah tekan button ‘send confession’. okay ke okay? sbr ye sbr…aii aiii gere aku budok ni gak kutey sbutir barunyo ngaduh.

  19. Bro ni pndai tp sebenarnya masih cetek sngt ilmu ni . Ko sembang bab jalan kan? Ikot dlm senarai jalan , highway semua tu bwh bidang kuasa sape? Senarai negeri ke? Persekutuan ke ? Ke senarai bersama? Bro tmbh skit ilmu bab tugas2 kerajaan ni bro . Dlm hal ni .. Mmg kelantan dianaktirikan . Bab jalan ni dr rmk 9 lg kot xbuat2 , zmn mahathir lg bro . klau bro rse kurang yakin , beli buku yg brkaitan dgn tugas2 ni , hadam btul2 sblum buat statement mcm bdk xsekolah ni ..

  20. Rasanya kelantan kena jana ekonomi sendiri, dan ada pendapatan negeri sendiri, jadi negeri tak perlu bergantung pada royalti(namun hak royalti patut diperjuangkan tanpa henti) atau kerajaan pusat. Lepas tu cuba2 la plan balik negeri. Carilah pakar2 atau idealist untuk bina negeri. Kita tau yg kelantan dah lama ditindas, tapi sampai bila nak jadi ‘mangsa’. Kena jugak bangkit dan berdikari. Rakyat kelantan pon ramai yg cerdik. Kalau kerajaan negeri sebuah kerajaan yg terbuka, cuba ambil kritikan orang lain tak kira dari kerajaan atau rakyat lain sbg satu pemangkin untuk bina negeri sendiri..bukan butthurt sana sini.

  21. Mahamad Ismail haha.. Dia tak tau yg kota bharu lagi membangun dari kuala terengganu.. To confessor, bndar kuala terengganu tu baru nak naik.. Kota bharu dah naik awal dari kuala terengganu

  22. Nak berkata kata , selidik dulu . bukan main kata je . matang sikit , geram pulak aku . kitorang org kelantan bahagia je duduk sini . takde merana pun sebab pembangunan x sepesat ngeri lain sumbak budu dale hidung baru tahu

    • Confesor ni leh jadikan topik ni sebagai research topic. Tu pun kalau dia berminat lah nk tgk kelantan maju. Hhe. Ala kita kat sana ok je kan Ainurshahidah Arbain? Xmati pun hidup je huhu. Dulu lagi la, zaman2 tesco n jusco lom ada lagi kot, mampoo je hidup. Choii confesor ni tau

    • hahaha bihaaa.. aah.. aku heran betul yg kata tak maju la, apa yg dorang nak senanye.. nak rasa cm lat key ell, meh sini dok sini.. ghase sikit nak g pasar pun jam..
      kira okay pe.. keadaan tenang.. sesak tu bila raya jerr..
      haha baru g seminggu keccoh.. haha

  23. Mesti kena upah utk tulis mcmni..hehe.
    Cmana ukuran kau sbg negeri maju.nak kna macam bukit bintang tu ke?.pub kna bersepah baru nmpak maju..?
    Cuba banding harga makanan di klantan dgn tempat lain plak.banyak benda lain ko kna observe budak..jadila traveler yg celik akal skit.
    Selamat bsahur.

  24. Zi Kerry Hmmm. Ganah sangat confessor ni kecek Yuni weh. Haha.

    Meme diakui lah jale-jale di Kelate ni x supo di negeri confessor. Saya sendiri pun kade-kade ado merungut jugok sebab kalu ado highway ko, flyover ko, jale duo lorong ko, maso perjalane tu lebih jimat. Mace saya kelik kapung rayo ni, nok buleh ko sapa kapung krai ni, amik 8 jam.

    TAPI

    Saya gembira dan hepy jah biarpun jale gini. Sebab apo ? Saya tahu, kerajae negeri saya sudoh berusaha sehabis molek. Negeri demo, kerajae persekutuan tulung naik jale, negeri kito ? Mohon confessor study lah sikit. Bakpo jale kelate lagu tu. Gapo usaha sudah dilakukan dan apa masalah hop menghalang dari kerajae negeri meneruskan usaha buat jale. Kalu confessor pernah came across an interview of Tun Mahathir with BBC (cant remember the host name), its been said by host that “Mahathir wasnt well-executed the development of several states in Malaysia”. Maksudnya, meme sebutir dunio tahu yg kerajae berlaku berat salah dalam pembangunan di sesetengah negeri di Malaysia.

    Buke nak buruk ko Mahathir ko gapo ko, tp itu realiti lapok yg masih kekal sapa loni.

    Mengenai KB mace pekan kecil, eh kecek tu biar la berasas. Namo kea ado jugak sy g buat documentary tepek masok youtube tag namo confessor suruh kelih. Yolo ko mari Kelate “travel” ? Kot nyo mari Kelate duk dale bilik hotel sajo gak, tak aci. Hihi.

    Sekian kak ngoh dio bleber. Banyok lagi nak oyak, tp malas nak taip panje-panje, takot demo x baco. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *