Kemanisan Rumahtangga Atas Siapa?

Kemanisan Rumahtangga Atas Siapa?

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin dah terima confession aku. Sebenarnya tak ada nak cakap banyak pun cuma nak buat sedikit confession untuk para lelaki yang dah berkahwin ataupun belum berkahwin dan juga perempuan yang sudah berkahwin ataupun belum. Aku nak sentuh dua2. Kalau sentuh lelaki je macam tak fair kan ? heeeee~

Sekarang ni banyak kes kita dengar, lelaki nak kawen dua la. Bini bercinta dengan laki lain la. Dah kawen baru 2 3 bulan dah nak cerai alasan tak bersefahaman bagai apa semua. Okay sekarang ni masalah kat dua-dua pihak.

Kalau hang dah kawen, bini dah jaga makan pakai, lahirkan anak untuk hang, pasaipa hang nak pi cari pompuan lain ? Lepastu hang duk marah-marah bini hang tak pandai melawa apa semua. Hang ingat tak apa yang hang dah janji dengan mak ayah dia waktu hang nak amik dia jadi bini hang ? Bukan main cantik manis elok ayat hang.

Waktu hang bercinta dulu dengan bini hang bukan main kepit. Ayat manih kalah ayaq gula, madu apa semua. Sekarang ni dah kawen, hang nak tinggal dia. Hang nak cari pompuan lain ? Tak kesian ka kat bini ? Dia dah korban macam-macam untuk hang. Bila hang nak wat camtu kat bini hang, hang pikiaq balik. Duduk sorang-sorang muhasabah balik diri tu.

Lagi satu, kalau tengok bini tengah kemas rumah, tolong-tolong la sama. Keje rumah yang bini hang selalu duk buat kemas kain, lipat kain, sidai kain, masak, kemas rumah bagai semua tu, tu keje laki tau. Tanya ustaz kalau tak caya. Bini hang buat tu atas ehsan dia ja. Kalau time cuti bawak anak bini jalan-jalan. Jangan nak lepak dengan kawan-kawan. Ingat yang hang tu dah kawen. Nak lepak boleh tapi bukan selalu. Dah kawen buat cara dah kawen. Kalau hang bujang lagi tak pa.

Bagi perempuan yang dah berkahwin. Tolong la lepas kawen pun hang kena jaga jugak diri. Bersiap la macam hang belum kawen dlu. Bagi laki hang tu rasa tergugat sikit. Belajar pakai mekap sikit. Pakai baju lawa-lawa walaupun hang duduk kat rumah. Mesti laki hang suka tengok hang cantik-cantik untuk dia. Lepastu jangan pi mengatal dengan laki lain pulak. Ingat dosa sikit ea. Ada je yang perempuan yang dah kawen pi mengatal dengan laki orang. Tak baik naaa. Dengan laki orang ka , bukan laki orang ka. Dah ada rumah tangga jaga elok-elok.

Untuk perempuan yang belum kawen, mintak tolong sesangat jangan la kacau rumah tangga orang lain. Kalau dah tahu laki tu laki orang, jangan layan. Biasa la laki. Tak boleh tengok perempuan cantik sikit, dahi licin sikit mula la kacau bagai semua. Jangan layan ! Kadang-kadang dia nak main-main ja dengan hampa. Kita sebagai perempuan kena pikir jugak, kalau kita kat tempat bini dia apa yang kita rasa ? Pikir macam tu. Jangan sesekali runtuhkan masjid orang. Tak baik.

Aku cakap macam ni bukan apa. Aku kesian tengok rumah tangga hancur sebab gara-gara macam ni la. Mintak dijauhkan perkara macam ni berlaku dalam rumah tangga kita semua. Tolong jaga rumah tangga masing-masing. Time cuti ajak-ajak la bini pi jalan-jalan. Bawak pi dinner ka. Ajak pi masjid berjemaah ka. Manisnya rumah tangga atas pasangan masing-masing macam mana nak kekalkan kemanisan rumah tangga tu.

Okay, takat ni ja aku nak bebel. Aku tengah intern ni. Tak pasai satgi bos aku nampak naya wey! Hahaha. Gerak lu pape rojer.

Yang ikhlas,

– AYANA ZAINAL

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit