Assalamualaikum wbt.. Saya menulis kisah ini sebagai pengajaran dan mungkin panduan buat semua yang pernah melalui pengalaman ni. Saya terpanggil untuk kongsi kisah ini selepas baca kisah Cik Anne (https://iiumc.com/pengajaran-untuk-semua/) dan Cik Dina (https://iiumc.com/redha-dan-bersabarlah/).
Saya seorang wanita berusia awal 30an. Saya pernah melalui kisah yang lebih kurang sama dengan mereka. Pada mula saya baca kisah mereka, saya menangis dan sayu teringat apa yang pernah berlaku pada saya. Ditipu 2 kali oleh lelaki berbeza dan kali k- 2 lelaki tersebut menggunakan sihir.
Saya mengenali A (lelaki pertama) di sebuah laman web chatting. Perkenalan yang singkat dan keserasian antara kami memang wujud. Pada masa itu, saya rasa saya dah jumpa lelaki yang sesuai sebagai teman hidup saya. Kami memang rapat dan pernah keluar beberapa kali sehinggalah saya yang terlalu mempercayai A.
Pada pertemuan kali ke-3, A telah melakukan sesuatu pada saya dan saya antara takut dan sayang merelakan perbuatan A. Waktu tu, saya seolah terlupa yang hubungan kami mungkin akan terputus bila-bila masa saja.
Sebulan lepas pertemuan ke 3, pada hari lahir A saya mendapat petunjuk yang A menipu saya. A sebenarnya telah mempunyai kekasih hati dan akan berkahwin pada Bulan DIsember. Waktu saya tahu perkara tersebut, A langsung tidak ada rasa bersalah dan hanya menyuruh saya lupakan dia.
Alasan yang diberi, dia terpaksa menerima perempuan tersebut kerana keluarga . Sedih dan kecewanya saya dengan kenyataan A, Sedikit demi sedikit saya mula jauhkan diri dari A.
Tapi, mungkin kerana saya naif dalam dunia percintaan..Saya telah mengenali F. F berbeza dengan A. F lelaki yang tegas dan ada pendirian sendiri. Pada mula perkenalan, F tidak menunjukkan dia seorang lelaki yang tidak budiman. F sebenarnya berlindung dari wataknya yang supportive dan baik pada saya.
Setelah 3 bulan berkenalan, saya merasa terikat dengan F. Segala kemahuan F saya turutkan. F selalu mengajak saya berjumpa dengannya dan setiap kali jumpa, F akan menyuruh saya memuaskan nafsunya secara oral. Mulanya saya membantah tapi lama-kelamaan, saya hanya menurut permintaan F.
Setiap kali keluar dengan F, saya jadi bingung dan akan mengikut sahaja kata-kata F. Saya pernah ponteng kerja kerana F dan bila saya tak jumpa F, saya akan gelisah resah. Sedangkan, bila dengan F hati saya tak gembira pun. Saya takut dengan F dan apa yang dia nak, saya ikutkan saja. Saya memang ingat, F pernah bawa saya ke sebuah apartmen dan menyuruh saya melayan dia.
Waktu tu, saya langsung tak rasa takut dan tak ada dalam fikiran saya jika saya ditangkap berdua-duaan dengan F. Saya hanya turutkan kata F dan seingat saya waktu tu F beri makanan pada saya nasi goreng dan air. Sejak dari itu, siang malam saya hanya ingat pada F. Selalu menanti jika F ajak saya berjumpa.
Sepanjang saya dengan F, A masih hubungi saya dan A tahu tentang F apabila saya cerita pada A. Niat saya hanya nak bagi A cemburu dan saya nak balas dendam pada F atas apa yang dia lakukan pada saya. A berkali-kali menasihatkan saya untuk tinggalkan F bila dia dapat tahu F hanya pergunakan saya untuk nafsunya saja. Tapi, saya tak pedulikan pun nasihat A malah saya membenci A.
Yang buat saya tersedar saya dipergunakan F apabila seorang kawan serumah saya menyatakan yang saya nampak terlalu pucat dan selalu termenung. Kawan tersebut mencadangkan saya untuk berjumpa doktor. Saya merasakan saya sihat dan keputusan medical check-up saya normal.
Kawan serumah telah membawa saya berubat secara perubatan islam apabila saya tiba-tiba demam kuat dan masih tak kebah setelah ke klinik. Sejak mendapat rawatan perubatan islam, barulah saya tahu yang saya disihir. Perawat tersebut berusaha membantu dan merawat saya sehingga saya akhirnya berhenti kerja dan pulang ke kampung.
Di kampung, saya masih meneruskan rawatan dan saya mula pulih sedikit demi sedikit. Ustaz tak memberitahu siapa pelakunya tapi saya dapt mengagak ia adalah F kerana F telah menghantar mesej meminta maaf kepada saya secara tiba-tiba. Saya hanya membaca saja dan tidak membalas mesejnya.
Saya mula menjauhkan diri dari F dan A juga telah selamat bernikah dengan pasangannya. Sejak A bernikah, saya terus terputus hubungan dengannya dan saya pun telah reda dengan apa yang berlaku pada hubungan kami.
Ada antara kawan menasihatkan saya untuk membuat laporan polis tentang A tapi saya tak lakukan. Saya takut kisah itu diketahui keluarga dan saya lepaskan dia kerana dia saya tak nak dia dihina oleh bakal isteri yang menganggap dia seperti Malaikat.
A seorang ternama dalam dunia keusahawanan dan seorang coach ilmu bisnes. Mujur saya hanya dipergunakan F untuk nafsunya sahaja. F tidak pernah meminta duit atau menggunkan kenderaan saya cuma setiap kali keluar, saya yang akan membayar segala perbelanjaan. F hanya pernah mengeluarkan duitnya sekali saja.
Mulanya, saya rasa down juga dan rasa depress bila saya sembuh dari sihir. Saya merasa hina, jijik dan memandang diri saya tak berguna. Saya selalu menangis mengenangkan apa yang berlaku pada saya.
Sehingga kini, saya tak mampu untuk ke Negeri S dan saya takut andai satu hari saya akan terjumpa F di mana-mana. Saya telah menukar no.hp saya dan sampai hari ini keluarga tidak tahu apa yang berlaku pada saya. Saya hanya maklumkan pada keluarga yang saya jatuh sakit dan tidak berupaya untuk bekerja atas faktor kesihatan.
Untuk Cik Anne dan Cik Dina, saya tahu… perit untuk lalui apa yang telah kita lalui ini. Tapi, percayalah suatu hari nanti, kalian akan dapat lalui perkara ini dengan baik. Saya juga mengambil masa untuk bangkit. Apa yang saya lakukan, saya telah perbanyakkan solat taubat, solat di mana-mana masjid setiap hujung minggu dan saya dekati diri dengan majlis ilmu.
Saya juga menebus kesalahan saya dengan menyerta projek amal. Setiap kali saya rasa down, saya akan tulis segala kisah yang menyakitkan itu pada kertas dan kemudian saya akan membakar kertas tersebut. Saya membayangkan yang saya bunuh kedua-dua lelaki tersebut.
Kedengaran kejam tapi itu saja yang mampu saya buat agar hati saya tidak lagi sakit dan saya tidak lagi depresi. Saya pernah menghadiri sesi kaunseling dan terapi untu menghilangkan duka saya. Saya juga sesekali akan ke pantai untuk menenangkan hati. Saya faham, mungkin masih ada ketakutan pada diri Cik Anne untuk keluar rumah.
Saya juga begitu tapi, apa yang saya lakukan.. setiap hari, saya cuba untuk keluar dari rumah selama 10 minit untuk ke padang permainan di sekitar rumah. Dan bila saya dah boleh berdikari sendiri dan kurang takut, barulah saya berani keluar ke pusat membeli belah ditemani ibu saya.
Kini, saya cuba untuk memberanikan diri keluar bersendirian untuk hiburkan hati saya melalui window shopping. Saya juga tidak lagi fikir untuk mencari pasangan dan saya serahkan urusan hati pada Allah. Biarlah satu masa Allah akan beri yang terbaik selayaknya pada saya. Untuk Cik Anne dan Cik Dina, kalian wanita luar biasa. Kalian tidak hina cuma kalian tersilap langkah.
Untuk apa yang telah berlaku, kita tak mampu nak ubah lagi tapi kita hanya mampu untuk terus jalani apa yang ada dalam hidup kita. Syukurlah kita masih ada keluarga yang sentiasa di sisi. Memang susah untuk lupakan apa yang dah berlaku dan sesekali akan datang rasa rindu pada mereka. Tapi, saya tahu kalian kuat. Kita perlu bangkit dan tunjukkan yang kita jua berhak lalui hidup ini sebaiknya.
Ambil la masa kalian untuk pulih tapi jangan berlama di situ. Lelaki durjana tu pasti akan dapat balasannya. Tak di dunia tapi di akhirat kelak. Moga selepas ini, kita akan lebih berhat-hati dalam menjalin hubungan dan moga Allah pelihara kita agar tak jatuh lagi pada lembah itu.
– Cik Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit