KERETA

Hai kawan kawan, post ini khas untuk orang yang ingin kan sebuah kereta tapi kurang pengetahuan tentang prosedur yang akan dihadapi selepas membelinya. Tak kira lah jika anda seorang yang kaya dan membeli sebuah audi R8 secara cash atau jika anda seorang rakyat golongan pertengahan dan membeli hanya sebuah myVi secara hutang jangan risau, prosedur tetap sama.

Setiap tahun anda perlu memperbaharui insurans perlindungan kereta. Terdapat lebih daripada 12 buah syarikat yang menjual insurans untuk kereta ni. Tahu tak kenapa kene renew insurans? alaa yang orang orang selalu panggil covernote semua tu? Sebabnya, kalau tak renew insurans, roadtax tak boleh dikeluarkan. haaaa ingat tau! Roadtax atau cukai jalan ni kene renew setahun sekali atau 6 bulan sekali.

Kita cerita tentang harga pula. Harga insurans untuk kereta baru, panas, bersalut plastik keluar dari kedai kebiasaanya sangat mahal. Terutama untuk kereta bersisi besar. Hmmm jadi, siapa yang ada audi tu, standby lah poket tebal. Yang ada myVi pun apa kurangnya hehe. Namun, harga insurans boleh berkurang mengikut tahun demi tahun terletak pada diskaun yang diberikan kepada anda daripada syarikat insurans anda. Selain itu, kadar NCD yang bertambah juga mampu membantu mengurangkan harga insurans. Kadar maksimum NCD boleh mencecah sehingga 55% penurunan harga (WOW) murahlah ceritanya. Kalau anda seorang yang prihatin terhadap keselamatan cermin, haa tambah lah duit. Sama juga untuk pemandu kedua. Tambah duit, semua terlindung. InsyaALLAH.

Harga insurans pula adalah harga tetap mengikut sisi kereta anda. Namun disebabkan GST yang diamalkan oleh kerajaan, harga mungkin berubah mengikut kadar GST. Kalau setakat ni 6%, so tambah 6% jelah harga, kalau GST naik. Makin mahal lah. Huhuhu. Sedih!

Jadi jika kereta baru, tiada diskaun insurans, sisi pulak besar, menurut pengalaman, kebiasaanya mampu mencecah RM5000 contoh kereta; hilux,jenis super car, mers.tapi kalau kancil, roadtax rm20 je, hehe kalau viva, myV rm70.
ikut lah sisi kereta.

Sebelum undur diri, nak tambah satu lagi info. Untuk sesiapa yang banyak duit lepastu beli kereta cash, hati hati kerana income tax akan kejar anda. Make sure anda seorang yang kaya dan memiliki pendapatan tetap atau senang cite dapat gaji lah setiap bulan. Okay babaiii

– adiza

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *