Hina?Hina tu bila sedar buat dosa pastu buat lagi tak pernah taubat2.Aku faham keadaan kau. Let say we are in the same boat.
Aku tahu kau harap,rasa,percaya dia akan berubah. Percaya cakap aku ni sebab aku dah hadap keadaan ni. LELAKI YANG BETUL2 SAYANG KAU TAKKAN SANGGUP HANCURKAN MASA DEPAN KAU. Dia layan kau baik "macam wife" tu sama konsep macam dia "beli" kau sebenarnya.
Tapi jenis lelaki y soft spoken "gentle" mcm ni, hidup dia cuma sekadar nak lempias nafsu je dan buat kita keliru bermain kata cinta. Hati dia kosong! Allah dia boleh pandang sebelah mata..inikan kau? 10000000 kali dia kata dia sayang pun, aku berani kerat jari.Tu bohong!
Okay,aku taknak citer pasal jenis lelaki y mcm ni.Kau betul dah sedia nak berubah?
Okay..selalunya bila buat dosa besar, kau takkan solat, kalau solat pun tak penuh, hati kau resah,otak kau penuh dia je.rasa seronok masa buat dosa. Rasa mcm tak boleh hidup tanpa lelaki tu.
Aku faham kau masih tak nampak hakikat hidup ni sebenarnya. Rasa mcm 'cinta padamu'tu lah segalanya. Kalau kau nak tahu, y "segalanya" tu sebenarnya hanya selaut najis yang perlu kau jauhi dan pergi.Percaya aku. Aku pernah alami dan aku nak tolong yang senasib dengan aku. Kau takkan rugi! Tapi kau akan mati kalau kau masih stick dgn llk mcm tu.
1. Paksa diri kau pergi jauh secepatnya.Tukar num,jgn jumpa lansung,jgn ada contact apa2. Buang semua gambar,barang,kenangan,semua!
2. Anggap diri kau mmg hina sbb relakan lelaki suka2 nodai kau atas alasan apa sekalipun. Anggap kaulah manusia paling hina kat bumi ni. Nescaya tekanan y kau rasa akan buat kau tak putus nangis.
3. Bila kau dah boleh nangis sesal gila ttg dosa kau. Allah akan ganti dgn rasa tenang.Nangis dan meraunglah kat Allah. Time sujud. Merayu2 kat Allah dengan perassan hina y kau rasa. Bayangkn kau nk pujuk Allah ampunkan dosa kau y penuh seluruh bumi ni.
4. Tukar pemakaian & pergaulan kau.Pakaian y baik boleh tlg baiki akhlak y baik. Kalau boleh buang segala jenis social network unless y btl2 penting2 je. Tapayah nak update pasal artis2. Lagu2 lagha tu semua hentikan dengar. Susah kan nak bersihkan kerak kuali? So jgn tambah kerak lagi.
5. Bykkn dgr ceramah ustaz badli shah pasal kiamat. Ustaz ebit liew pasal baik n penyayangnya Allah.
6. Bayangkan mak ayah kau kena belasah teruk kat sana nanti disebabkan KAU.Semua yang kau dah buat dah terakam macam cctv pastu kau kena paksa tengok semua tu siap kne bakar dan azab. Malu dan takut kan?
7. Jangan cerita kisah kau pada sesiapa. Kau akan rasa keajaiban bahawa tak ada y mustahil bagi Allah dan lagi bagus kau akan rasa hina rendah diri dari org lain.
8. Buat aktiviti kebajikan as punishment atas dosa2 kau. (Sesungguhnya kebaikan dapat menggantikan kejahatan)
9. Terus paksa diri jangan cari atau layan lelaki macam tu lagi.
Jangan layan perasaan rindu dendam segala.Tu syaitan semata.
10. Perasaan sayang tu masih ada? Mintak Allah ganti dengan rasa cinta paling dalam kat Allah. Nanti lama-lama baru kau faham ikhlas tu apa. Manisnya bercinta dengan Allah tu apa.
11. Istighfar 100x setiap solat..mula2 paksa sikit2 dulu. Percayalah..mujarab.Asal kau duduk sendiri je istighfar..zikir..bayangkan Allah tengah tengok kau.
12. Paksa cari kawan yang baik. Paksa diri buat baik. Banyak kan sedekah even bagi kuih singgit kat siapa2. 1 lagi. Jaga hati supaya selalu sangka baik.
13. Kalau boleh mengaji makesure kau tengok terjemahan mintak Allah fahamkan biar meresap kedalam hati.
14. Jaga mata. Sebab tu aku suh padam semua laman sosial or kurangkan tgk tv ke apa y buat kau teringat n terbuat lagi benda tu. Kira mcm utk 3 bulan pertama kau kuarantin diri.
15. Kalau kau mampu belajar agama, pergilah mana2 tempat pengajian y sohih nescaya kau akan rasa keindahannya.
Last pesanan aku, untuk orang mcm kita..kita mmg hina…tak macam orang lain y tak tertipu dan terpelihara. Kita pernah bodoh, tak pakai otak. Kita derhaka, maka, kita mmg hina dan penuh dosa..tapi kita Ada Allah yang syg sgt kita semua. Bukti?dia tak matikan kita time kita buat dosa. Allah cuma nak kita betul2 balik dan cintakan DIA.
Letak Allah teratas dalam hati. Sesungguhnya hidup ini hanyalah untuk buat Allah sayang dan redha dengan kita.
Lelaki? Cinta? Harta? Keluarga? It's just a test. Bila hati dah terketuk untuk kembali, tolong jangan tangguh sampai mati.
Jodoh? Soalan ini aku masih tak terjawab lagi. Iye, siapa mahu macam kita? Mereka tetap nak y baik2 sahaja. Aku dah pasrah lama. Kau pun kena mula rasa redha kalau jodoh tu takde kat dunia. Focus kejar cinta Allah dan buat bekal byk2.
Allah dah atur semua..tenang,yakin,sabar.
Allah tahu semua pasal kita, Allah tahu kita nak disayangi, tapi kalau kita sendiri bagi peluang orang hancurkan diri kita, kita derhaka, mana mungkin Allah sudi bersama kita?
Syaitan tu lagi bijak dari orang paling bijak untuk tarik manusia jadi geng dia. Tolong tanamkan rasa benci kat syaitan dan perbuatan2 syaitan.
Perjalanan kita berbeza2. Tapi peluang kita untuk jadi orang baik adalah sama. Semoga Allah tolong kita dan kita mampu istiqamah.
Semakin Allah dihati,semakin dunia tiada erti.
– TerbangTunduk