Perlukan nasihat

Assalamualaikum..
Saya pelajar tingkatan empat dan bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan. Saya selalu membaca luahan hati abang-abang dan kakak-kakak semua.

Saya nak luahkan serba sedikit tentang rasa kekesalan di hati.

Sejak sekolah rendah, saya seorang yang cerdik. Selalu mendapat pujian daripada guru-guru dan rakan-rakan kerana kecemerlangan yang saya peroleh sepanjang bergelar pelajar. Rahsia kejayaan saya tidak sama seperti pelajar-pelajar lain. Mungkin pelajar-pelajar lain selalu mengulangkaji pelajaran, menjaga pemakanan dan sebangainya. Tapi saya tak, saya hanya perlu fokus dengan perkara yang diajar oleh guru ketika berada di dalam kelas. Kemudian, saya boleh bawa ilmu tu sampai ke hari peperiksaan. Mudah sangat nak ingat semua ilmu tu. Ulangkaji pelajaran pun tak perlu buat. Saya rasa saya manusia yang bertuah sebab dapat kelebihan sebegitu.

Malangnya ketika awal tahun ni, keputusan peperiksaan saya mulai merosot. Saya berusaha membuat ulangkaji dan lebih kerap bertanya kepada guru tentang subjek-subjek yang kurang difahami. Saya mulai bimbang kerana segala ilmu yang guru sampaikan amat sukar untuk saya fahami. Jika saya faham, saya akan mudah lupa walaupun untuk formula-formula mudah.

Saya amat sedih kerana saya tidak dapat menjadi pelajar cemerlang seperti sebelum ini. Saya khuatir saya akan mengecewakan keluarga dengan keputusan SPM yang bakal saya peroleh.

Saya sendiri pun tak tahu kesalahan apa yang saya dah buat sehinggakan ilmu tu terlalu payah nak lekat. Saya takut saya tertekan sebab terlalu kerap mengulangkaji pelajaran.

Saya minta maaf kalau bahasa yang saya gunakan kurang sesuai. Saya cuma mengharapkan nasihat daripada anda yang lebih berpengalaman.

– bakal spm

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *