Kisah Kemurungan Si Matahari (Ramadan Yang Berbeza)

Untuk Part I – https://iiumc.com/ramadan-yang-berbeza/

Hai semua, Matahari Kembali lagi dengan InshaAllah cerita terakhir. Kali dah tak nak cerita tentang madu dan suami, Cuma nak berkongsi tentang kisah kemurungan.

Yes, 6 bulan yang lalu bila madu contact Matahari, masa tu dunia ni seakan akan dah terbalik menimpa kepala. Tapi masa tu Matahari chill je.

Bila dia cakap dia juga isteri suami, Matahari Cuma cakap ok. Bagusla kalau dah nikah. So kita buat je hal masing masing.

Dia pun setuju dan katanya tak nak suami ceraikan Matahari as if keputusan kami berdua nak bercerai atau berpisah terpulang pada dia.

Dalam tempoh seminggu tu suami melarikan diri, tak explain dan juga tidak duduk berbincang. So lama lama Matahari rasa macam sedih dan nak marah. Sepatutnya suami pujuk kan? But he chose to ignore me. Ok fine.

Dari sedih perasaan tu bertukar menjadi marah. Masa tu Matahari dah start hilang selera makan dan susah untuk tidur. Tak boleh focus pada kerja dan hilang semangat untuk meneruskan hidup.

Masa tu rasa terlalu kecewa dan marah bersilih ganti tapi tak tahu nak lepas pada siapa. Madu patut bersyukur Matahari tak serang dia tau.

Masa tu suicidal thoughts Kembali datang seperti mana 3 tahun yang lalu. Rasa nak kelar tangan, nak gantung leher, nak telan pil banyak banyak, nak langgar tiang bila drive… semua tu datang semakin kuat.

Kecewa nak meneruskan hidup dan nak hilangkan perasaan sedih kecewa ni dengan segera. Nasib baik Allah jadikan Matahari ni penakut, so memang fikir Panjang.

Tapi pernah la acu pisau ke lengan dan tikam gunting ke perut. Acah acah nak tahu sakit ke tak.

To cut things short, Matahari tahu diri ini dah mula depressed. Rasa nak tidur je tak nak bangun bangun sedangkan Matahari ni jenis tak suka tidur siang, malam pun susah nak tidur.

Akhirnya Matahari google dan bertanya kepada kaunselor yang Matahari kenal, macamana cara nak dapatkan rawatan psikiatri. Risau symptom yang ada semakin teruk, Matahari nak cepat cepat sihat mental fizikal.

Alhamdulillah dipermudahkan urusan, akhirnya tak pernah sangka nama Matahari sekarang berada dalam senarai pesakit klinik psikiatri.

Sebelum ni hanya dok baca kisah kemurungan, apa yang berlaku pada orang yang murung..tup tup kali ni diri sendiri doctor diagnos sebagai mild depression.

Dalam tempoh 6 bulan ni Matahari berulang alik ke hospital untuk temujanji dan terpaksa juga ambil ubat anti kemurungan.

Kali pertama temujanji, 2 jam nonstop Matahari menangis. Luahkan semua pada doctor yang attend hari tersebut. Dengan doctor tu sendiri menangis. Sorry Dr Fabiha.

Untuk temujanji seterusnya, Matahari masih menangis bila ditanya oleh doctor keadaan terkini.

Alhamdulillah, masuk temujanji yang ke 4, kali ni Matahari dah boleh bagitahu doctor yang Matahari semakin okay dan mungkin doctor dan boleh panjangkan tempoh sebelum next temujanji.

Buat masa ni keadaan Matahari semakin okay, perasaan nak mati tu boleh kata 90% hilang dan airmata pun dah tak mengalir lama dan banyak seperti sebelum ini.

Ada masa masa tertentu, bila Matahari lupa untuk ambil ubat ikut dos yang doctor suruh, emosi Matahari tak akan stabil. Jadi perengus dan mudah marah marah.

Not sure how it works, but sejak dari itu selagi boleh Matahari memang akan ambil ubat tu setiap malam. Sebab Matahari dah taknak bersedih dan hilang kegembiraan untuk teruskan hidup.

Depression ni tak tahulah nak cakap, tapi betul, dalam keadaan macam ni, kita hilang minat untuk buat benda yang kita suka. Kita cuma nak termenung, bersedih dan biarkan Sahaja fikiran ni kosong sebab kita taknak fikirkan benda yang sedih.

Masuk bulan ke6 ini, alhamdulillah I am getting better. Dah boleh pergi kerja tanpa perlu paksa diri. Kembali enjoy dengan hidup dan yang penting, apa Sahaja yang madu dan suami buat, dah tak jadi kudis di hati.

Dalam setiap doa, Matahari Cuma nak Bahagia dan ketenangan. Dizalimi dan diabaikan suami, di perlekehkan dan di perli oleh madu, yang tu biarlah Allah Sahaja yang membuat Keputusan.

Terima kasih Allah kerana bukakan hati Matahari untuk segera bertindak demi Kesihatan mental Matahari.

Memang malu melangkah kaki ke klinik psikiatri, tetapi Matahari tetap yakin, Allah tetap bersama dengan orang yang sabar dan teraniaya.

Bukan mahukan balasan syurga, cukupla sekadar untuk menguatkan diri untuk meneruskan sisa saki baki kehidupan yang sementara ini.

Memang Matahari seorang wanita yang berdikari dan berkerjaya, ada rupa dan boleh survive tanpa suami..

Tapi setelah berbelas tahun perhatian dan pengorbanan hanya kepada suami, Matahari mungkin perlukan masa untuk kuat dan keluar dari perkahwinan ini.

Doakan supaya Matahari boleh membuat keputusan yang tepat untuk masa depan Matahari.

Terima kasih atas komen dari orang orang baik dalam page ni. Semoga segala kebaikan berbalik kepada kamu semua. Terima kasih juga kepada admin IIUM Confession.

Selamat Hari Raya dan semoga raya tahun ini memberi seribu kebahagiaan dan kesyukuran kepada kita semua. Jumpa lagi.

– Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam Akak, hope you are doing well.

    Akak tahun ni saya tak beraya sangat. Mak saya dah meninggal & bapak saya ada keluarga lain. Saya dah besar and adik saya duduk luar tak balik beraya.

    Kalau akak perlukan teman, boleh reach out kat saya. Akak boleh email saya kat [email protected] atau carik saya kat X @meloramalynn.

    I pray that Allah grants you an out from this trial. Ameen.

    Love,

    Your sister in Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *