Lambat Bertanya

Hi pembaca, saya kenalkan diri saya sebagai Ali. Saya bekerja di KL dengan pendapatan yang baik dan mempunyai kelulusan pendidikan yang tinggi.

Saya berulang alik kerja dengan MRT kerana saya tinggal luar dari Selangor.

Dipendekkan cerita, sewaktu perjalanan balik, saya disapa oleh seorang rakan sekerja wanita dan saya gelarkan dia sebagai Ina. Kami berhenti di stesen MRT yang sama.

Semenjak dari itu, kami sering bertembung di MRT. Jika ade berdekatan, kami akan berborak sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir sejam.

Saya menyukai personalitinya yang manja, lembut dan berdikari. Topik perbualan kami merangkumi hal kerja, hal kereta dan kehidupan.

Namun ade sedikit kegusaran di hati. Saya mengetahui die telah mempunyai seorang anak dan Ina ada bercerita mengenai anaknya.

Saya tidak bertanya mengenai suaminya kerana tidak berminat untuk ambil tahu. Saya beranggapan Ina telah berkahwin dan saya tidak mahu menggoda isteri orang.

Hubungan kami sekadar bertembung di pejabat dan di tren dan ia berlarutan sehingga setahun.

Kadang kala saya berfikiran bahawa Ina tidak pernah memikirkan suaminya sehingga sanggup melayan lelaki lain.

Namun saya tetap menyukai kerana personalitinya yang manja tetapi masih ada ketagasan seperti sifat ibu-ibu.

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita yang tak pernah saya fikirkan. Ina memaklumkan bahawa dia akan berkahwin dan mengadakan majlis kecil kecilan seperti doa selamat.

Alangkah terkejutnya saya kerana sebelum ini saya menganggap Ina sebagai isteri orang tetapi Ina adalah balu!

Saya terus mengambil cuti dan mengenangkan masa-masa saya bersama Ina. Air mata saya tumpah juga. Saya tak tahu macam mana nak menggambarkan kekesalan saya.

Saya menyesal kerana tidak tahu status Ina dan tidak pernah bertanya mengenai arwah suaminya.

Ina akan berkahwin dengan seorang duda anak 2. Jiwa saya hilang. Andai saja waktu boleh diundur.

Apa yang perlu saya lakukan? Perlukah saya beritahu perasaan saya? Jahatkah saya jika buat begitu.

Saya buntu dan menyesal. Tak tahu nak cakap macam mana. Sedih sangat.

Selepas ini pasti Ina tidak akan menaiki MRT lagi kerana bakal suaminya akan menghantar Ina bekerja dan saya masih menyesali dengan tindakan saya.

Yang menyesal,

– Ali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Move on je…anggap tiada jodoh antara kalian…ada sebab Allah tak jentik hati awak untuk bertanya…redha je…

  2. Boleh cuba luahkan perasaan awak.. maybe dia pun ada perasaan dgn awak.. ataupun dia just nak uji awak je???

  3. Ali, jalan terbaik buat kau adalah move on dan lupakan saja dia.
    Ramqi lagi perempuan diluar sana yang kau bolsh jadikan isteri. Bak kata oaran sulu2, bunga bukan sekuntum….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *