Hai assalamualaikum. Nama aku Fara bukan nama sebenar ye. Bekerja di ibu kota sebagai pegawai perhubungan pelanggan pun bukan kerja sebenar tapi kerja aku banyak related dengan client-client dan hari-hari dihabiskan dengan jumpa client dan kalau waktu free masuk ofis kejap buat apa yang patut mostly memang jaranglah masuk ofis.
Walaupun dulu kerap di ofis tapi sejak-sejak dah take part jumpa client ni memang seminggu 4 5x lah kena keluar. Aku dah 27 tahun ni dan dah 3 tahun bekerja di syarikat sekarang. Lepas degree terus dapat kerja walaupun sektor swasta tapi syarikat ni ada building sendiri 3 tingkat lagi alhamdulillah dapat survive kat ibu kota ni. Korang just baca je lah kisah aku ni buat santai-santai.
Okay ceritanya macam ni aku ni dulu bukanlah menarik, cantik, berpenampilan menarik or what so ever lah sebab dulu berat pun hampir cecah 90kg pergi kerja pun pakai apa yang muat sahaja diterima bekerja mungkin sebab result cantik sikit kut.
Tahun pertama kerja dalam syarikat biasalah buat kerja macam biasa Staf-staf semua baik mahupun lelaki dan perempuan layan aku macam biasa dan aku okay je dengan semua dalam tu. So adalah beberapa orang staf lelaki yang masih bujang. Dah nama bujang confirm-confirm lah aku ada menyimpan hasrat berharap salah sorang nak tackle aku kan.
Ye lah dah 24 tahun masa tu tak pernah bercinta pula sebab tak pandai nak ada teman lelaki ke apa tapi more to takda orang yang nak pun sebab makan je apa yang ada depan mata tolak batu dengan kayu je. Tapi itulah hanya berharap sahaja memang tak ada pun yang nak tackle. Hahahaha.
Ada seorang staf yang duduk dekat dengan aku ni namanya Romi, suka sangat buat lawak dengan aku dan aku rasa macam selesalah dengan dia sebab attitude dia tu dan mungkin ada menyimpan serba sedikit perasaan dekat dia.
Suatu hari ada kejadian yang paling buat aku terasa sangat dengan staff-staff lelaki mahupun yang dah kahwin ataupun yang bujang aku terdengar diorang berbual di tangga sambil hisap rokok. Bukan niat nak curi dengar pun tapi sebab terdengar diorang sebut nama aku. Lebih kurang macam ‘eh Romi kau kan nak cari isteri kau tak nak try ke fara tu aku tengok kau dengan dia macam ngam je’.
Romi tu terus respon ‘tak nak lah aku, aku nak cari macam mira filzah ke, wany hasrita ke tak pun janna nick pun takpe dah. Macam fara tu eh malu keluarga aku kat orang kampung. 2x ganda aku tu’. Ya Allah terasa sangat tau. Sangat malu sangat sedih tapi aku diamkan diri sahaja. Sampai macamtu diorang mempermainkan nama aku.
Itu baru apa yang aku dengar belum yang tak dengar lagi. Tapi tak apa lah aku terima sebab memang aku besar pun aku sedar. Kadang bila buat makan-makan diorang memang perli-perli aku. ‘Tak apa nanti fara habiskan lah tu’ ‘fara ni kalau pancit senang,spare tyre banyak’ lepas tu gelak-gelak cakap gurau je jangan ambil hati. Yang perempuan takda pun nak gurau macamtu, lelaki pulak yang melebih.
Bukan di situ saja semua kejadian body shaming ni berlaku, banyak lagi yang berlaku. Ada satu tu bos suruh aku pergi jumpa client dia suruh terang itu ini aku pun pergilah jumpa atas hal urusan syarikat. Masa jumpa client tu tak pandang aku langsung. Macam tak selesa dengan aku pun ada pandangan dia dekat aku macam dia jijik pula nak pandang aku.
Aku okay je cuma nak je cakap kau tu pun bukan elok sangat,perut pun dah kedepan ye lah laki orang kan sebab ada duit je tu yang nampak bergaya sikit. So aku panggil dia encik Arman.
Aku kena uruskan semua kerja-kerja syarikat yang berkaitan dengan encik Arman sepanjang kontrak syarikat dengan dia tapi boleh pula dia request nak suruh bos aku tukar aku dengan salah sorang staf dalam ofis aku. Minta staf yang elok lah sikit gayanya tu. So bos tukar aku dengan staf lain yang boleh sedap mata dia memandang kut.
Banyak lagi kejadian yang aku terasa hati sangat. Kalau client datang ofis macam nak tak nak je ambil aku urus urusan hal diorang tapi diorang still layan aku biasa sebab kerja aku tip top tak pernah buat salah banyak dan mempermudahkan urusan diorang semua.
So hampir setahun aku kerja kat syarikat tu aku nekad nak ubah diri aku sebab aku pun sebenarnya tak confident sangat dengan diri aku. Lagipun bos dah tukarkan aku dari pekerja ofis biasa ke jawatan pegawai perhubungan. Nak ke tak nak memang kena ubah diri sebab akan jumpa orang hari-hari. Bos pun banyak bagi kata-kata yang kearah suruh aku kuruskan badan dan ubah penampilan.
Dari situ aku ubah tabiat hidup aku. Makanan bergula semua aku tinggalkan, makan yang sihat-sihat, exercise waktu cuti dan waktu terluang memang akan exercise, joint marathon, hiking semua-semualah dan sampai satu tahap selama setahun aku berjaya turunkan lebih 30kg. Alhamdulillah baju semua aku tukar kepada size s atau m itupun saiz m longgar mengerbang kadang.
Apa yang berubah. Ha meh nak cerita. Banyak sangat berubah tau. Si Romi dah mula duk wassap malam-malam haishh serabut lah. Datang ofis mula cari alasan nak datang berbual tempat aku. Pa hal mamat ni duit nak kahwin pun duk struggle simpan lagi duk buat kias-kias pulak dengan aku. So aku ignore je dia anggap kawan biasa macam selalu. Kawan ofis je pun.
Itu bab romi tak masuk lagi bab encik arman. Kenapa dengan encik arman ha, aku kena ambil alih tugas staf yang urus kerja dia sebab staf tu bersalin. Eh dah lama tak jumpa encik arman rasanya dah dalam 5 6 bulan gitu. Jumpa dia pun sebab projek dia dengan syarikat dah nak settle. So masa jumpa dia terkejut beruk lah kawan eh kita dah stok2 50kg dah sekarang pakai blazer kemas siap dengan shawl viral.
Ha kau baru padan muka dia. Eh sekarang tiap-tiap hari wassap aku ajak coffee talk la, dinner talk la tanya pulak aku ni dah berpunya ke belum. Kau sedar tak kau tu ada anak bini serabut aku. Kalau perempuan mata duitan ni dah lama terjebak dengan kau sebab pakai pun Audi. Haha dengan aku memang tak la.
Bukan dia je sekarang ni kalau jumpa client boleh kata 90% wajib akan wassap peribadi luar waktu kerja. Nak kata aku tak layan memang bohong lah kan. Ada ja aku layan tiga empat yang bujang dari yang pakai kereta biasa2 sampai ke bmw, merc aku keluar tapi entah aku rasa macam fake sangat diorang konon2 jatuh cinta pandang pertama dengan aku. Adoi belum lihat kut aku yang 90kg dulu.
Yang pakai porsche ada ja bukan tak da tapi stok2 laki orang lah buat aku ni kengkonon tempat luah masalah rumah tangga la, masalah company lah. Eh aku pula nak kena dengar. Dalam sebulan ada lah 2 3x bunga yang sampai ke meja. Tapi aku happy sebab apa sebab Romi nampak je aku dapat bunga tu siap aku senyum-senyum lagi depan dia. Siapa tak suka sebab mana aku pernah dapat semua ni.
Aku tak pasti lah Romi ni dia berdendam ape dengan aku. Ini staf lain la sampai kan kat aku entah betul entah tidak tapi aku iya kan je. Si Romi ni cakap aku banyak berubah tak ingat asal usul. Dulu masa aku tak da apa-apa aku gemuk dia je yang terima aku seadanya. Mentang-mentang sekarang dah cantik dah ramai lelaki kaya tackle terus lupa dia.
Tapi aku ada ja baca status2 dekat social media dia pasal tu mungkin dia nak tuju ke orang lain kut aku selalu fikir macam tu sebab bahasa dia macam berkias-kias gitu. Lantaklah dia tak tahu ke aku ni lah dulu yang dia hina cakap malu kat orang kampung kononnya.
Yang paling best ada client-client company siap apa tau nak set aku suruh urus butik-butik diorang, urus kedai-kedai diorang ye lah kalau aku dah bosan kerja company aku ni boleh je nak minta apa-apa dengan diorang.
Eh sorry bos aku lah yang terbaik terima aku sebab prestasi aku korang tu kalau aku gemuk balik mungkin aku dipecat kut. Haha. Mungkinlah best sebab aku rasa hidup aku macam drama sangat. Aku pun suka jugak melayan drama-drama diorang tu. Dalam 10 aku layan 8 tu suami orang. Hahaha kalau nak cerita pasal suami-suami orang ni aku rasa 10 page karangan pun tak habis tau.
Bukan layan pelik2 ye just layan wassap dan kadang bosan-bosan bolehla keluar-keluar makan ye lah diorang belanja semua, jimat duit makan aku. Tak apa lah next aku cerita jenis-jenis client aku yang bergelar suami orang ni. Macam-macam perangai diorang ni.
Client-client aku semua terdiri daripada owner-owner bisnes, engineer, doctor, pegawai uniform, pegawai kerajaan and so on lah yang rata-rata rate gaji 5k dan ke atas so dah boleh agak kerja aku more to aset lah bergaul dengan geng-geng yang melabur dalam aset.
So aku dah 27 tahun ni dan masih tak berkahwin sebab apa sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Hahaha. Tak ada lah sebenarnya soal jodoh aku serah dekat keluarga aku, aku suruh diorang carikan sebab aku tak rasa aku boleh pilih orang yang betul sebab selama ni aku terlampau banyak jumpa orang dan aku banyak terasa hati dengan diorang.
Banyak sangat yang fake. Maybe sebab diorang rasa diorang ada duit so diorang deserve better. Si Romi memang aku tolak jauh-jauh sebab dia pun dah nak kahwin tahun ni dah jumpa la kut janna nick dia tu. Nak tunggu aku asyik dapat bluetick je. Tak apa lah aku harap kau bahagia dengan bakal wife yang tak memalukan keluarga kau tu.
Client-client yang banyak duit. Ada apa pada duit kalau lepas kau kahwin pun kau akan tetap labur sikit duit tu ke perempuan lain. Aduh dah paranoid betul aku dengan lelaki-lelaki banyak duit dah. Maafkan aku ye tak semua lelaki macam tu. Maafkan aku ini aku cerita berdasarkan pengalaman aku sahaja. Banyak lagi lelaki yang baik cuma aku je tak jumpa. Aku pun bukan baik sangat. Hehe.
Actually baru semalam orang datang merisik aku mak aku suruh terima sebab tu anak kawan dia, kerja apa usahlah aku bagitau yang penting stabil urusan hidup dia. Mak ayah aku pun kelas okay kalau apa-apa jadi kat aku memang aku balik ke pangkuan mak ayah aku je. So aku cakap dekat mak aku kalau itu yang dia nak aku ikutkan sahaja dan aku suruh dia doakan kebahagiaan aku dengan lelaki tu.
Aku cakap kat mak aku suruh cakap kat lelaki tu andai suatu hari nanti aku gemuk macam dulu balik aku harap dia masih terima aku macam mana dia terima aku sekarang. Aku percaya dengan pilihan mak ayah aku. Bercinta lepas kahwin kan lagi best. Tak sabarnya nak bercinta nanti.
Anyway semua thanks sebab sudi baca cerita aku. Aku doakan wanita-wanita obes, keep fighting jangan mengalah ubah diri tak pe ambil kata-kata hinaan tu sebagai pencetus untuk anda. Setahun tak lama korang tahan je setahun tu dan tahun-tahun akan datang inshaallah kita akan disanjungi. Eh pulak
Yang benar,
– Fara comel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit