Assalamualaikum, bila baca tajuk pun mesti ramai yang tahu apa yang aku nak kongsikan.Ya, aku nak kongsikan tentang masalah aku dan ketagihan terhadap bahan-bahan pornografi.
Aku budak bijak (secara akademik), pandai berdebat dan semangat buat kerja tapi itu semua aku boleh buat hanya selepas aku layan bahan pornografi. Kadang-kadang aku cuba tahan, paling lama empat hari – aku tak boleh nak study. Tak tahu kenapa, mungkin mentaliti aku tapi aku telah bermula terlalu muda. Sejak aku sekolah rendah lagi sampai sudah jadi tabiat aku.
Berhenti?
Siapa kata aku tak nak berhenti, setiap kali lepas layan pornografi mesti aku nekad nak berhenti sebab rasa bersalah. Namun, selepas dua hari nafsu aku akan membuak balik.
Lagi satu, aku akan kahwin atas dasar cinta tapi aku tak ada nafsu lagi sekarang pada perempuan. Mana aku tahu? Aku pernah hadapi situasi terperangkap dalam lif dengan perempuan, tapi sedikit pun tak bernafsu. Tapi, nafsu aku hanya pada video pornografi sahaja sekarang.
Aku nak minta tolong!
Kepada lelaki, macam mana korang berhenti layan pornografi. Aku nak sangat berhenti tapi aku malu nak cerita secara terbuka. Harap ada nasihat yang berguna
– Lelaki